Nuffnang

Thursday, 1 May 2014

Singgah di Restoran Sup Urat Keting

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum w.b.t

Selamat Hari Pekerja dan Salam 1 Rejab!

Alhamdulillah, hari ini adalah cuti umum untuk semua. Kebetulan esok pula hari jumaat, sudah tentu ada di kalangan kita yang mengambil peluang ini untuk sambung cuti dan seterusnya menghabiskan cuti tersebut bersama keluarga tersayang. 

Sudah dua hari encik suami bertugas di luar kawasan, cuti umum hari ini kami meluangkan masa bersama anak-anak makan tengahari di luar. Destinasi kami kali ini hanya di sekitar Bangi sahaja. Hari ini encik suami teringin hendak makan sup urat keting UK. Jadi, terus kami singgah makan di restoran yang menjadi pilihan ramai iaitu Restoran Sup Urat Keting, Seksyen 7, Bangi, Selangor. Untuk pengetahuan semua, menu special restoran ini yang sememangnya popular dan sedap adalah sup urat ketin UK. Selain itu, menu sate UK juga menjadi pilihan ramai. Di sini juga terdapat pelbagai juadah lauk-pauk untuk makan tengahari. Kita pilih sahaja menu yang menjadi pilihan hati, semuanya memang sedap dan tersedia untuk dinikmati. 

Ok, jom kita tengok gambar ni. Kredit kepada FB Restoran Sup Urat Keting untuk koleksi gambar ini. Sayang sekali tadi saya tidak berkesempatan mengambil gambar kerana telefon bimbit kehabisan bateri.






Perasaan tak tajuk dalam gambar yang pertama tadi. 'Dulu Pencuci Pinggan, Kini Tauke Restoran'. Itulah dia gambar En Sabul Ismail, pemilik restoran sup urat ketin UK ini. Beliau berada di hadapan Restoran Sup Urat Ketin yang menjadi bukti kejayaannya. Saya kagum sebenarnya dengan kejayaan beliau. Berkat hasil usaha gigihnya daripada seorang pencuci pinggan, kini beliau berjaya menjadi seorang usahawan yang berjaya. 

Itulah dunia perniagaan. Setiap apa yang kita usahakan insyaAllah pasti ada hasilnya. Yang penting kita sentiasa berusaha dan jangan mudah berputus asa. Sekiranya kita gagal, anggaplah kegagalan kita itu sebagai sesuatu pencetus semangat untuk kita belajar sesuatu dan bangun untuk lebih terus berjaya.

Ok, ringkas sahaja entri saya pada kali ini. Bagi kalian yang teringin hendak makan sup UK ni, boleh singgah ke Seksyen 7, Bangi, Selangor. Sudah rasa sup UK ini, kalian pasti hendak makan lagi. Seperti saya, saya lebih gemar makan Sate UK di sini. Memang sedap dan berpuas hati. 

Untuk maklumat lanjut berkenaan restoran ini, kalian boleh layari laman facebook restoran ini di sini: RESTORAN SUP URAT KETING 

Salam kasih sayang,
Yati Dbahri
WAHM Corner: Panduan Berniaga Dari Rumah
1 WAHM, 1 Bisnes Dari Rumah

*****
Ayuh bergabung dengan kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR): 600 blog, 13 guru online, 2 trainer kewangan/akaun dan berpuluh rakan niaga ABDR.

-->> Untuk mengetahui pakej kelas ABDR: Sila klik di sini: PAKEJ KELAS ABDR

-->> Untuk pakej ebook ABDR: Sila klik di sini: EBOOK ABDR

-->> Untuk menjadi rakan niaga (pengurus online) ABDR: Sila klik di sini: RAKAN NIAGA ABDR

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG