Nuffnang

Monday, 5 May 2014

Sumber Inspirasiku

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah. Hari ini pada tarikh 5 Mei 2014, secara rasminya saya berpeluang memperkenalkan blog WAHM Corner: Panduan Berniaga Dari Rumah ini kepada ibu mertua saya secara 'live' di kediaman saya sendiri. Sebelum ini saya belum berkesempatan untuk menunjukkan kepada beliau, tapi hari ini dengan izin-Nya saya berpeluang menceritakan keseluruhan perjalanan bisnes yang saya jalankan sejak lebih kurang tiga bulan lalu. Kebetulan beliau datang ke Putrajaya minggu ini, terus saya ambil peluang ini untuk menceritakan kepada beliau.

Apabila kita mengambil keputusan untuk bekerja di rumah, sangat penting sebenarnya untuk kita kongsikan apa-apa aktiviti perjalanan bisnes kita kepada mereka yang berada dekat dengan diri kita. Maksudnya di sini kita kongsikan dan beritahu apa yang sedang kita lakukan kepada keluarga kita. Ini termasuklah suami, anak-anak, ibu bapa, ibu bapa mertua dan seterusnya adik-beradik yang lain. Mungkin ada di kalangan kita yang pernah rasa apa yang saya lalui. Setahun yang lalu, semasa mula-mula saya bergelar SAHM, agak sukar sebenarnya saya hendak kawal emosi dan tekanan apabila ramai yang bertanya kenapa berhenti bekerja. Lebih tertekan apabila mereka yang tanya adalah di kalangan ahli keluarga dan mereka agak tidak boleh menerima keputusan tersebut. Pelbagai pertanyaan demi pertanyaan mereka akan tanya.

Alhamdulillah, kini saya dapat kawal emosi dan tekanan tersebut. Kunci utama adalah sabar dan sentiasa berprasangka baik. Apabila berada dalam keadaan tersebut seboleh-bolehnya kita mesti selalu berfikiran positif. Dalam masa yang sama pula kita cuba untuk cari peluang. Peluang untuk memberitahu dan menerangkan kepada mereka secara baik. Seterusnya ambil peluang ini juga untuk terus memperbaiki diri dan bina kekuatan untuk terus berjaya melangkah ke hadapan.

Seperti hari ini, saya rasa sangat gembira kerana berjaya menerangkan kepada ibu mertua saya tentang bisnes yang saya jalankan. Alhamdulillah, beliau juga sangat positif dan memberi kata-kata semangat untuk terus berjaya dalam bisnes online ini. Kata beliau, tidak rugi sebenarnya kita berbisnes ini. Mula dahulu secara kecil-kecilan, insyaAllah bila kita sudah tahu selok-belok pasaran, lama-kelamaan kita akan mudah untuk mengembangkan lagi bisnes. Yang penting kita ada kesungguhan, fokus dan bekerja keras untuk mencapai sesuatu kejayaan. Bagi saya dalam bisnes ini, ibu mertua saya juga adalah inspirasi dalam perniagaan saya. Ini kerana beliau juga mempunyai SOHO di kediaman beliau. Beliau memang meminati bisnes dan jadikan bisnes ini secara sambilan ketika beliau masih bekerja lagi. Kini, walaupun beliau telah pencen, tetapi SOHO beliau masih berjalan seperti biasa. Malah kini SOHO yang ada dipelbagaikan lagi dengan produk yang sememangnya masih lagi ada permintaan di pasaran.

Selain ibu mertua saya, suami dan anak-anak adalah inspirasi utama saya 24 jam dalam berbisnes ini. Sejak menjadi WAHM, saya suka bercerita dan bincang dengan suami tentang blog dan bisnes online yang dijalankan. Jadi di sini kita tidak akan rasa stress dan keseorangan bila bekerja di rumah. Begitu juga sekiranya kita mempunyai anak-anak lebih-lebih lagi yang masih kecil. Mereka sentiasa perlukan kasih sayang dan perhatian kita di rumah. Ambil peluang kita bekerja di rumah ini dengan mengajak sekali mereka bermain sambil kita melakukan kerja. Sebagai ummi yang bekerja dari rumah, seringkali juga anak sulung saya bertanya seperti ini: Ummi, ummi tengah buat apa tu? (Keadaan saya ketika itu sedang mengemaskini entri terkini di blog). Terus saya terangkan kepada anak saya yang saya sedang bekerja dan cuba fahamkan si kecil ini yang Ummi bekerja secara online.


Sumber inspirasi penulis 24 jam.
Ibu mertua sebagai sumber inspirasi penulis dalam berbisnes
Inspirasi bagi saya ada di mana-mana. Inspirasi sangat penting untuk terus memotivasikan diri kita. Kadang-kadang inspirasi itu akan datang secara tiba-tiba. Sebagai contoh, sedang saya menulis entri sambil mendengar muzik terus saya dapat sesuatu idea untuk dituliskan dalam entri. Begitu juga ketika membaca buku berkisar kejayaan seseorang, secara tidak langsung ia juga menjadi sumber inspirasi saya untuk terus mengharungi cabaran sebagai seorang WAHM. Melihat anak-anak sedang bermain di depan mata juga kadang-kadang menjadi inspirasi saya untuk terus menulis.

Jadi, untuk mengekalkan momentum supaya kita terus berinspirasi, saya berpendapat perlu bagi kita untuk sentiasa lapangkan minda dan hati kita. Kemudian kita cuba untuk adaptasikan dengan keadaan semasa kita. Kita mesti membuat pilihan untuk menjadi positif. Tidak dinafikan adakalanya kita berada di dalam keadaaan emosi dan tekanan (stress). Untuk tangani keadaan ini, kita mesti cuba untuk wujudkan aura positif dalam diri kita sendiri. InsyaAllah bila hati dan minda kita terbuka dan positif, mudah sebenarnya inspirasi itu akan datang.

Selalulah kita bayangkan kejayaan kita di masa akan datang. Tidak salah bukan untuk kita berangan-angan. Cuba bayangkan kejayaan yang akan kita kecapi suatu hari nanti. Bagi saya, ianya sedikit sebanyak akan membantu untuk saya terus bersemangat mengorak langkah ke hadapan. Sedikit perkongsian daripada Majalah Inspirasi Kejayaan (IK) yang saya baca sebentar tadi. Dari meja editor majalah IK, saudara Razzi Rahman, beliau ada kongsikan tentang satu pesanan Sifu Perniagaan Internet, saudara Irfan Khairi kepada beliau. Kata beliau, "Jangan dekatkan diri pada kegagalan dan kemusnahan, agar diri sentiasa di garisan kejayaan". Sebagai contoh, apa yang boleh kita lakukan untuk mendekatkan diri kepada kejayaan adalah seperti berikut:
  • Selalu mendekatkan diri dengan mereka yang telah berjaya melakukannya.
  • Membaca kisah-kisah kejayaan orang yang memberi inspirasi.
  • Melihat gambar-gambar kejayaan, kekayaan dan kebahagiaan agar ianya terus melekat di minda dan di jiwa kita.
  • Selalu membayangkan kejayaan yang bakal kita capai dan perolehi suatu hari nanti.
Secara kesimpulannya, dengan beberapa cara yang dibincangkan di atas tadi, ianya juga adalah cara untuk saya terus mendapatkan inspirasi. Inspirasi untuk saya terus tabah dan berjaya dalam dunia bekerja di rumah ini. InsyaAllah.

Wallahua'lam.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat dan inspirasi kepada kalian.

Salam kasih sayang,
Yati Dbahri
WAHM Corner: Panduan Berniaga Dari Rumah
1 WAHM, 1 Bisnes Dari Rumah

*****
Ayuh bergabung dengan kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR): mencecah 700 blog, 13 guru online, 2 trainer kewangan/akaun dan berpuluh rakan niaga ABDR.

-->> Untuk mengetahui pakej kelas ABDR: Sila klik di sini: PAKEJ KELAS ABDR

-->> Untuk pakej ebook ABDR: Sila klik di sini: EBOOK ABDR

-->> Untuk menjadi rakan niaga (pengurus online) ABDR: Sila klik di sini: RAKAN NIAGA ABDR

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG