Nuffnang

Thursday, 29 May 2014

Wajah Baru Dengan Semangat Dan Motivasi Baru

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.


Salam hari Khamis. Alhamdulillah hari ini blog WAHM Corner berwajah baru lagi. Kalian perasan tak perubahan yang berlaku pada blog WAHM Corner ini? Ya, saya tukar lagi tajuk blog dan desain header blog yang baru. Tajuk blog yang baru seperti yang tertera di header blog iaitu WAHM Corner: Inspirasi Suri Bekerja Di Rumah. Ini kali ketiga saya menukar tajuk blog dan saya rasakan pada kali ini lebih serasi dan menepati apa yang saya mahukan. Walaupun kini saya telah selesai tugasan kelas online asas blog yang saya sertai, hari demi hari saya akan membuat penambahbaikan. Penambaikan yang saya buat adalah berdasarkan ilmu-ilmu yang saya pelajari dalam kelas online asas blog. Bagi usahawan kecil yang baru mulakan langkah seperti saya, ilmu dan perancangan yg rapi adalah kunci untuk saya melangkah ke hadapan. Ibarat kita mahu bergerak menggunakan sebuah kereta. Sudah tentu kita perlu tahu memandu dan juga tahu halatuju untuk ke mana. Begitu juga dengan seorang WAHM seperti saya dan rakan-rakan lain di akademi, kami jadikan ilmu dan mentor sebagai kunci untuk membawa ke arah matlamat kami. Matlamat yang merupakan halatuju kami untuk menjana pendapatan dari rumah dan dalam masa yang sama dapat menjaga amanah Allah s.w.t iaitu anak-anak dan keluarga dengan sebaiknya.

Baik, entri pada kali ini sebenarnya saya ingin kongsikan kaitan blog ini dengan rutin harian saya sebagai seorang WAHM. Jika dahulu ketika saya bekerjaya, rutin utama saya adalah menyediakan laporan mingguan pelaksanaan projek kepada majikan pada setiap hari isnin dan jumaat. Saya akan pastikan laporan tersebut lengkap dan menepati standard yang telah ditetapkan. Begitu juga kini apabila menjadi seorang WAHM. Sejak saya menjalankan bisnes secara online, saya jadikan platform blog ini sebagai medium perkongsian ilmu antara saya dan pembaca. Blog ini ibarat rumah maya saya di internet. Jadi, saya akan pastikan blog ini sangat disukai dan selesa dikunjungi oleh pembaca. Maksudnya ia bukan sahaja perkongsian ilmu yang bermanfaat di blog, malah ia juga meliputi keseluruhan persembahan blog ini. Ini termasuklah ciri-ciri blog seperti tajuk blog, header blog, warna tema blog, logo dan tagline blog dan susun atur widget-widget tambahan di blog. Bagi saya ini amat penting sebagai langkah penjenamaan blog dan perniagaan yang saya jalankan.

Apa pendapat kalian apabila melihat tajuk blog dan desain header blog WAHM Corner yang baru ini? Seperti saya, saya akan rasa bersemangat lagi untuk terus menulis dan rasa sangat motivasi untuk merealisasikan matlamat yang telah ditetapkan. Ya, harapan saya kalian juga akan rasa bersemangat dan mempunyai motivasi diri untuk melakukan sesuatu perubahan. Perubahan yang mungkin pada kalian adalah mustahil untuk dilakukan. Padahal ia akan menjadi realiti apabila kita berani mencuba dan berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan perubahan tersebut. Jadi, kunci utama di sini, kita harus berani mencuba. Jangan takut pada kegagalan. Kerana sekiranya kita gagal, kegagalan itulah yang akan menjadi punca untuk kita terus bangun dan menjadi pendorong untuk kita mencapai sesuatu kejayaan.

Alhamdulillah, saya rasa bersyukur sangat kepada Allah swt kerana diberi jalan dan  peluang untuk bersama-sama bergerak secara berjemaah dalam rangkaian Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Lebih-lebih lagi seperti saya yang baru setahun jagung dalam bisnes ini. Apa yang saya mahukan semuanya ada di ABDR. Saya mula dalam bisnes daripada zero. Walaupun saya mempunyai ijazah dalam perniagaan, ianya tidak sama apabila kita berguru dan belajar daripada orang yang telah berjaya melakukannya. Ilmu tanpa amal tidak akan ke mana-mana. Jadi, pastikan apa yang kita pelajari dimanfaatkan sebaiknya. Manfaatkan bukan sahaja untuk diri sendiri, malah manfaatkan juga untuk lebih ramai orang lain. InsyaAllah, inilah yang sedang saya lakukan. Kehidupan juga ibarat sebuah perniagaan. Ada masanya kita di atas dan ada masanya kita di bawah. Begitu juga perniagaan. Adakalanya kita untung dan adakalanya kita rugi. Ini semua asam garam kehidupan dan perniagaan. Semua perkara yang berlaku inilah yang menjadi cabaran yang akan memotivasikan diri kita sendiri. Untuk itu, setiap pagi apabila bangun dari lena, saya akan pastikan diri saya bersemangat dan sentiasa ada motivasi diri untuk terus melangkah ke hadapan. Yang pasti saya akan memilih untuk menjadi bahagia dengan pilihan yang saya lakukan kini iaitu WAHM. 


Wallahua'lam.

Salam kasih sayang,

Yati Dbahri
WAHM Corner: Inspirasi Suri Bekerja Di Rumah
1 Suri, 1 Perniagaan Dari Rumah

*****
Ayuh bergabung dengan kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR): mencecah 700 blog, 11 guru online, 2 trainer kewangan/akaun dan berpuluh rakan niaga ABDR.

-->> Untuk mengetahui pakej kelas ABDR: Sila klik di sini: PAKEJ KELAS ABDR

-->> Untuk pakej ebook ABDR: Sila klik di sini: EBOOK ABDR

-->> Untuk menjadi rakan niaga (pengurus online) ABDR: Sila klik di sini: RAKAN NIAGA ABDR

-->> Untuk tempahan desain header blog, watermark dan logo seperti di atas, kalian boleh terus hubungi Puan Sue Haida atau jemput singgah ke laman blog beliau di sini: www.suesukasusun.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG