Nuffnang

Sunday, 29 June 2014

Salam Ramadhan Kareem 1435H

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Ahlan wasahlan ya Ramadhan Kareem. Alhamdulillah, hari ini 1 Ramadhan 1435H bersamaan 29 Jun 2014, bagi semua pengunjung dan pembaca blog WAHM Corner yang beragama Islam, saya ucapkan salam ramadhan dan selamat berpuasa. Di kesempatan ini, dengan rasa rendah diri saya mohon maaf atas segala salah dan silap sepanjang saya menulis di blog WAHM Corner ini. Manalah tahu seandainya ada penulisan saya yang menyentuh sensitiviti kalian, terkasar bahasa, tersilap tulis dan segalanya. Semoga ramadhan kali ini adalah ramadhan yang terbaik untuk kita semua dan semoga ibadah puasa kita dipermudahkan oleh-Nya pada tahun ini. Amin.

Hari ini bersamaan 29 Jun 2014 juga, genaplah usia enam tahun anakanda sulung tersayang, Arissa Safiya binti Mohd Sufian. Juga anakanda bongsu Harith Imran bin Mohd Sufian yang lahir pada 1 Ramadhan 1433H tiga tahun yang lalu. Ummi dan Abah sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kakak dan adik. Semoga menjadi anak yang soleh dan solehah, bertanggungjawab dan berjaya dunia dan akhirat kelak. InsyaAllah.


"Selamat menyambut bulan Ramadhan Kareem".

Friday, 27 June 2014

Cara Mudah Backup Template Blogspot

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Salam jumaat. Alhamdulillah, dengan izin-Nya saya dapat menggunakan laptop ini untuk terus menulis di WAHM Corner. Hampir seminggu saya hanya bersiaran online menerusi telefon bimbit sahaja. Laptop yang selalu saya gunakan tiba-tiba tidak boleh dibuka. Mungkin usianya yang telah lama dan berkemungkinan rosak. Harapnya dapat dibetulkan dan yang lebih penting segala data dalam laptop tersebut masih ada.Terima kasih kepada Encik Suami atas ehsan beliau memberi keizinan untuk menggunakan laptop ini sementara laptop tersebut dibetulkan. Kadang-kadang kita tidak duga apa yang akan berlaku. Oleh itu, kita perlu lebih bersedia dan membuat sesuatu supaya kita tidak panik apabila dugaan sebegini berlaku.

Untuk entri kali ini saya terpanggil untuk kongsikan cara untuk backup template blogspot kita. Sejak saya berblogging, saya belum pernah backup template blog yang saya kendalikan. Apabila laptop saya tiba-tiba rosak hari selasa yang lalu, terus saya mencari tutorial untuk backup template blogspot. Bukannya apa, saya rasa langkah ini amat penting sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya apa-apa berlaku semasa kita ubah template blog. Manalah tahu tiba-tiba kita terpadam kod-kod HTML tertentu dalam blog. Makanya kita sudah ada backup template sekiranya perkara ini berlaku. Begitu juga dengan semua data yang kita simpan dalam laptop, biasanya saya akan buat backup data setiap minggu pada hari Jumaat. 

Baik, jom kita backup template blogspot dengan ikuti langkah demi langkah seperti yang telah saya lakukan ini.

1. Langkah pertama, kita perlu ke dashboard , di bahagian Template. Klik butang Backup/Restore di sebelah kanan atas dashboard.


2. Paparan seperti di bawah akan keluar. Klik butang Download full template



Monday, 23 June 2014

Seronok Ke Bekerja Di Rumah

Teks: Haryati Dulbahri 

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera



Salam pagi Isnin. Hari ini saya teringat kembali akan perbualan antara saya dan kenalan seuniversiti dahulu apabila beliau tahu saya kini bekerja di rumah. Antara maklumbalas beliau kepada saya, "Seronoknya, boleh bersama anak-anak kat rumah, banyak masa boleh pantau anak-anak ...". Seronok ke bekerja di rumah? Soalan ini saya rasa agak subjektif untuk dijawab. Bagi suri yang bekerja dan mempunyai anak-anak, kalian mungkin mempunyai impian untuk bekerja di rumah dan dapat melihat anak-anak membesar di depan mata. 

Alangkah seronoknya sekiranya kita dapat peluang bekerja di rumah. Apabila bekerja di rumah saya tidak perlu risaukan lagi tentang anak-anak yang masih kecil dan sering sakit. Saya tidak perlu bergegas lagi untuk menghantar mereka ke taska. Kemudian, pada waktu pagi dan waktu balik, saya tidak perlu lagi menghadapi kesesakan trafik. Di rumah pula, saya berpeluang menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya iaitu mengasuh anak sendiri dan berpeluang menyediakan makanan untuk keluarga, Kalau anak sakit pula saya tidak perlu risau lagi untuk mengambil cuti. 

Begitu juga dengan tekanan kerja di pejabat. Saya tidak perlu memikirkan lagi untuk menyediakan laporan setiap minggu, tidak perlu mengejar deadline tugasan dan tiada lagi tugasan adhoc. Kalau dahulu setiap hari jumaat dan isnin sahaja saya akan rasa berdebar-debar kerana saya perlu menyerahkan laporan mingguan kepada pihak atasan. Tugas saya memang kena fokus dan konsisten. Maklumat yang saya laporkan mesti tepat dan dikemaskini setiap hari. Dari segi masa, saya lebih fleksibel bersama keluarga berbanding ketika bekerja di pejabat dahulu. Bercakap tentang cuti pula, kalau dahulu apabila hendak mengambil cuti yang panjang saya perlu merancang dahulu dengan majikan. Tetapi sebaliknya apabila bekerja di rumah, saya lebih bebas untuk menentukan jadual bekerja saya sendiri. Dan bermacam-macam lagi cabaran ketika bekerjaya dahulu sebenarnya yang saya rasakan alangkah seronoknya sekira dapat diberi peluang pula untuk bekerja di rumah.


Friday, 20 June 2014

Ulasan Kelas Online Asas Blog - Pn Zaridah Hj Hashim

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, bertemu lagi di hari jumaat, hari yang penuh barakah. Semoga kita semua diberkati hari ini. Hari ini saya sambung lagi untuk siapkan blog kedai baru saya. InsyaAllah sudah siap nanti saya maklumkan ya pada entri yang akan datang.

Petang Jumaat ni saya nak kongsikan ulasan kelas protege di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Moga catatan ulasan ini memberi manfaat kepada kalian. Jom kita baca sama-sama!

Sumber: http://zaridahashim.blogspot.com/2014/06/UlasanKelasAsasBlogDanPenulisan.html


Bagaimana Saya Bermula
Ianya bermula selepas saya terbaca satu artikel Pn. Masayu di Majalah Mingguan Wanita, maka timbul keinginan untuk mengenali beliau dan dalam masa yang sama saya ternampak satu "posting" dari Pn. Anys di FB Pn. Masayu. Lalu saya "add" Pn. Anys sebagai rakan Facebook saya.

Di pendekkan cerita, selepas saya menghantar "PM" kepada Pn. Anys untuk mengetahui matlumat lanjut tentang Kelas Asas Blog Dan Penulisan. Beliau menerangkan tentang pakej yang ditawarkan dan yuran yang perlu dijelaskan serta apa kelebihan yang boleh dapat dari penyertaan kelas ini, saya memilih untuk mengambil tawaran pakej Kelas Asas Blog Dan Penulisan memandangkan saya perlu mengetahui bagaimana untuk membuat blog dan penulisan yang menarik minat pengunjung.

Perlukan Bimbingan
Sebelum ini saya juga telah mempunyai beberapa blog tetapi saya sangat teruja untuk memperlajari lagi tentang blog kerana selama ini saya hanya "out source" kepada individu yang membuat perkhidmatan "up-grade" blog untuk saya.

Sebenarnya saya rasa saya perlukan bimbingan dari mereka yang berpengalaman kerana saya perlu mengetahui teknik yang betul agar saya tidak meninggalkan blog saya seperti blog-blog saya yang terdahulu.

Thursday, 19 June 2014

Jom Floria Putrajaya 2014

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera


Saya masih ingat dua tahun yang lalu, ketika itu saya berada di hospital menanti kelahiran anakanda kedua, Harith Imran. Kandungan saya ketika itu pada usia 32 minggu dan direhatkan di hospital sehingga kandungan lahir. Kebetulan pada ketika itu Festival Floria 2011 sedang berlangsung di Putrajaya. Setiap jam 10 malam, saya dan rakan di hospital akan tunggu dan menghabiskan masa bersama melepaskan tekanan berada di hospital dengan melihat acara bunga api sempena Festival Floria 2011 tersebut. Semua itu tinggal kenangan. Kenangan dan juga pengalaman pertama kali tinggal untuk tempoh yang lama di hospital.

Kini, Floria Putrajaya 2014 kembali lagi. Ceritanya malam tadi kami sekeluarga keluar sebentar ke rumah upline Tupperware untuk mengambil tempahan Tupperware pelanggan. Selesai urusan tersebut, kami pun singgah sebentar ke Festival Floria Putrajaya 2014 ini. Alhamdulillah, sudah menetap hampir enam tahun lebih di Putrajaya, tetapi baru kali ini kami berkesempatan untuk berkunjung ke festival ini. Malam tadi adalah masa saya untuk reward diri sendiri bersama keluarga. Walaupun hanya sekejap, kami sekeluarga seronok menghabiskan masa bersama.

Floria Putrajaya adalah acara tahunan yang di adakan di Putrajaya, Pada tahun ini, Floria Putrajaya adalah bertemakan "Pesona Warna". Jadi, pelbagai jenis flora yang berwarna-warni dan menarik perhatian kita ada dipamerkan di sini. Apabila sampai sahaja di pintu masuk, anak-anak agak terpegun dan terpesona dengan keceriaan payung-payung yang berwarna-warni. Memang sangat kreatif dan cantik! Kami terus berjalan sedikit demi sedikit, saya lihat di sebelah kanan kami ada dipamerkan reka bentuk taman dalaman dan taman luaran. Kami berhenti seketika untuk mengambil gambar dan terus ke ruang legar pameran bunga dan pelbagai jenis tumbuhan hijau. Saya lihat pelbagai jenis bunga yang dipamerkan di sini. Yang paling menarik perhatian saya ada pelbagai warna dan jenis bunga orkid. Mulalah saya dan suami berangan alangkah seronoknya dapat menanam dan menghias rumah dengan bunga orkid ini.

Wednesday, 18 June 2014

Buku Jana RM Dari Rumah

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

Alhamdulillah. Dengan izin-Nya hari ini saya berpeluang lagi untuk berkongsi ilmu dan manfaat dengan pembaca WAHM Corner semua. Jazakallah kerana kalian sudi singgah di blog ini dan seterusnya dapat memberi manfaat kepada kalian semua.

Cerita hari ini, pagi tadi saya menerima mesej lagi daripada kenalan di facebook. Kami berkenalan di facebook apabila saya menjadi salah seorang pelanggan beliau. Pada tahun lepas saya ada mendapatkan perkhidmatan beliau. Alhamdulillah, ukhuwah ini berpanjangan di facebook dan sehinggalah pagi tadi beliau menyatakan hasratnya untuk menjadi WAHM. Saya sarankan beliau supaya membuat perancangan rapi dahulu sebelum membuat keputusan untuk meletakkan jawatan yang sedia ada. Beliau pula memberi maklumbalas yang beliau 'blur', tidak pasti bagaimana untuk membuat perancangan atau persediaan sebelum menghantar notis perletakan jawatan.

Sebagai salah seorang yang kini telah bergelar WAHM dan masih baru dalam fasa ini, saya dengan rendah diri memberi cadangan kepada beliau untuk turut sama membaca dahulu naskhah buku Jana RM Dari Rumah. Ini kerana saya juga merujuk kepada naskhah ini yang saya beli pada bulan Mei yang lepas. InsyaAllah, ulasan mengenai buku ini akan menyusul pada entri saya yang akan datang. Berbalik kepada kenalan saya tadi, alhamdulillah, sebentar tadi dipermudahkan oleh-Nya untuk beliau memiliki buku ini. InsyaAllah esok atau lusa buku ini akan sampai ke tangan beliau. Semoga buku ini dapat menjadi panduan lengkap sebagai persediaan beliau menjadi WAHM. Komunikasi kami dari pagi hingga tengahari tadi diakhiri dengan berita gembira apabila beliau juga turut berhasrat untuk menyertai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) hujung bulan ini sebagai langkah awal untuk menjadi WAHM nanti. Saya doakan segala niat dan urusan beliau untuk menjadi WAHM dipermudahkan dan menjadi nyata suatu hari nanti. Amin.


Tuesday, 17 June 2014

Travelog SAHM Kepada WAHM

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Alhamdulillah, saya menjadi surirumah sepenuh masa pada usia 33 tahun dan ketika mempunyai sepasang cahaya mata yang comel dan semakin membesar. Sebelum itu, hampir 8 tahun lebih saya telah berkhidmat di sektor swasta dan juga sektor kerajaan. Kalau dahulu sebelum berkahwin dan mempunyai anak, sejujurnya saya tidak pernah merancang untuk menjadi surirumah sepenuh masa dan apatah lagi kini menjadi seorang WAHM (Working At Home Mom). Lebih-lebih lagi sekiranya kalian pernah mengenali saya, saya merupakan seorang yang sangat komited dengan kerja dan suka kepada kesempurnaan dalam melakukan sesuatu perkara. Dalam erti kata lain, saya seorang yang agak cerewet dan detail.

Tetapi apabila saya sudah mempunyai anak yang kedua (Harith Imran), pernah juga saya mengusulkan pada suami alangkah seronoknya kalau dapat menjadi surirumah sepernuh masa. Ketika itu, anak kedua kami lahir pra matang di usia 34 minggu. Kemudian pada usia dua hari beliau disahkan pula menghidap jaundis. Masalah jaundis berlarutan dan disahkan pula prolong jaundis sehinggalah usianya 51 hari. Alhamdulillah kembali sihat dan setelah habis cuti dua bulan berpantang saya kembali semula bekerja di pejabat. Apabila mempunyai anak yang kedua, pengalaman yang dialami amat berbeza ketika mempunyai anak seorang dahulu. Lebih-lebih lagi kali ini berbeza dari segi penjagaan anak yang pramatang. Walaupun lahir pada usia pramatang alhamdulillah, Harith mempunyai berat yang normal seperti bayi yang lain. Cuma saiznya agak kecil berbanding kakaknya yang lahir pada usia matang. 

Setiap kali hantar anak ke taska, perasaan kita sebagai ibu akan sentiasa memikirkan anak-anak yang masih kecil diletakkan di bawah penjagaan orang lain. Betul tak? Lebih-lebih lagi sejak di hantar ke taska, Harith seringkali demam dan dijangkiti batuk selesema. Mungkin keadaannya yang lahir pra matang amat sensitif kepada keadaan sekeliling di taska. Masalah batuk dan selsema berlarutan dari usianya 2 bulan sehinggalah usianya 8 bulan. Harith kemudiannya dirujuk ke Pakar Kanak-Kanak di Hospital Putrajaya. Pakar mengesahkan kemungkinan Harith akan menghidap asma sekiranya tidak mendapatkan rawatan selanjutnya. Sejak itu, bermulalah fasa rawatan Harith di Hospital Putrajaya. Setiap 6 bulan kami akan membawanya ke hospital untuk rawatan susulan. Di rumah pula, Harith dibekalkan nebulizer yang perlu diberi 2 kali sehari dan bila perlu.

Friday, 13 June 2014

Kuasa Blog Dalam Kehidupan WAHM

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Alhamdulillah. Salam Jumaat penghulu segala hari. Malam tadi adalah malam Nisfu Syaaban. InsyaAllah, dua minggu lagi kita akan menyambut Ramadhan Karim pula. Semoga kita semua beroleh keberkatan dari-Nya.

Pagi semalam saya dihubungi lagi oleh seseorang melalui aplikasi whatsApp di telefon bimbit. Beliau sebenarnya adalah salah seorang pembaca blog saya di WAHM Corner. Menurut beliau, beliau sebenarnya telah beberapa bulan mengikuti blog saya selama ini. Melalui penulisan saya di blog, beliau memperkenalkan diri di talian bimbit dan dari situ mula perkenalan kami. Kami tidak pernah kenal sebelum ini. Tapi melalui blog kami telah ditemukan dan kami bertukar-tukar pendapat dan pengalaman tentang perniagaan. Alhamdulillah, apa yang saya usahakan selama ini dengan berblogging mula menampakkan manfaatnya. Begitu juga sebelum ini, ada juga pembaca yang mengikuti blog saya kini berminat pula untuk menyertai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) dan kebanyakan pelanggan saya juga adalah di kalangan mereka yang mengikuti blog WAHM Corner ini. Alhamdulillah, niat saya untuk berkongsi ilmu dengan lebih ramai orang dipermudahkan oleh-Nya. Begitu juga khusus untuk para suri di luar sana, insyaAllah penulisan di blog ini dapat menarik lebih ramai para suri untuk sama-sama bekerja dan menjana pendapatan di rumah. Itulah dia kuasa blog dalam kehidupan saya kini sebagai seorang WAHM. Berkat usaha yang konsisten pasti akan membuahkan hasil. InsyaAllah dengan nawaitu yang betul segalanya pasti dipermudahkan oleh-Nya. Terima kasih Ya Allah dan terima kasih juga kepada kalian yang sudi membaca dan mengikuti penulisan saya di blog WAHM Corner ini. Moga ianya terus memberi manfaat kepada kalian semua.

Untuk itu, berdasarkan pengalaman saya berblogging saya berpendapat amat rugi sekiranya kita tidak menggunakan medium ini sebagai salah satu daripada cabang platform kita dalam memasarkan perniagaan kita di khalayak. Lebih-lebih lagi dengan perkembangan teknologi IT di masa kini yang hanya berada di hujung jari. Trendnya kini lebih ramai di kalangan rakyat Malaysia mula membeli belah secara online. Begitu juga usahawan-usahawan kecil di Malaysia, perniagaan internet sudah menjadi pilihan ramai usahawan kecil di luar sana. Sebagai seorang WAHM, saya juga tidak ketinggalan untuk turut sama menjalankan perniagaan internet ini. 

Baik, di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) juga sekiranya kalian ikuti perkembangan blog-blog rakan akademi, banyak lagi kisah pengalaman sebenar tentang kuasa blog dalam kehidupan mereka sebagai seorang WAHM dan usahawan. Kami semua di ABDR menjadikan medium blog sebagai platform untuk kami mengembangkan lagi minat, bakat dan kemahiran yang ada. Dengan minat, bakat dan kemahiran yang ada kami kembangkan pula menjadi idea perniagaan. Jadi, daripada penulisan di blog, kami berkongsi ilmu dan informasi yang bermanfaat kepada pembaca. Kemudian daripada pembaca bertukar menjadi prospek pelanggan kami. Kalian nampak bukan kuasa berblogging ini. Dengan berblogging kita bukan sahaja dapat memberi ilmu dan manfaat kepada pembaca, malah ianya boleh bertukar menjadi prospek pelanggan dan seterusnya sebagai medium untuk kita mempromosi perniagaan kepada khalayak.

Jadi, kuncinya di sini kita mesti menggunakan sebanyak mungkin medium internet yang ada sebagai langkah untuk kita mempromosikan perniagaan tidak kira perniagaan kita itu secara online ataupun offline. 

Untuk itu, pada entri kali ini saya juga ingin kongsikan ulasan peserta Kelas Asas Blog Penulisan anjuran ABDR iaitu Puan Noraini Dollah tentang pengalaman beliau mengikuti kelas asas blog dan kuasa blog dalam kehidupan beliau sebagai seorang usahawan kecil.

Sumber: http://norainidollah.blogspot.com/2014/05/ulasan-kelas-asas-blog-dan-penulisan.html


Saya mula melibatkan diri dalam bisnes secara online pada tahun 2011. Sebelum itu pada tahun 2008-2009 saya ada membuka kedai menjual pakaian dan mengambil tempahan jahitan serta membuat kursus belajar menjahit. Kedai ini diusahakan bersama sahabat saya tetapi terpaksa ditutup kerana masalah pekerja dan kami masing-masing ada komitmen baru. Jadi selepas bersalin suami meminta saya menjaga sendiri anak di rumah. Bermula dari situ saya mula mencari peluang bisnes dari rumah.

Saya menyertai bisnes secara dropship tanpa modal di internet. Produk dropship agak bagus malangnya saya tidak pandai bahagian pemasaran. Kemudian saya pergi ke kursus belajar FB ads untuk beriklan di facebook. Setelah faham cara beriklan di facebook, saya ditemukan dengan sahabat saya yang belajar di USM dahulu yang telah menjadi pemborong barangan kanak-kanak. Apalagi saya terus menjadi agennya dan berbekal ilmu FB ads saya berjaya mendapat untung bersih mencecah 4 angka, dan kini saya menjadi pemborong pula. Tetapi sejak akhir-akhir ini FB semakin mengetatkan polisi iklan dan kos iklan di facebook semakin mahal.

Kemudian saya ditemukan dengan kak Masayu Ahmad yang sering bercerita tentang Akademi Belajar Dari Rumah di facebooknya. Saya berasa begitu tertarik dengan konsep ini lantas terus berdaftar kursus asas blog dan penulisan dengan beliau. Saya diwajibkan melengkapkan 44 entri sebagai tugasan utama tetapi selepas beberapa entri saya hilang fokus dan blog ini terbiar.

Tetapi apa yang mengejutkan saya apabila saya dihubungi ramai ibubapa yang menemukan blog saya dan ingin membeli set membaca daripada saya selepas saya bercerita di blog tentang ajar anak membaca. Ini benar-benar membuka dimensi baru buat saya. Rupanya pemasaran melalui blog sangat besar kesannya dan lebih diyakini. Tetapi jika buat blog sendiri secara individu tentu kesannya tidak sebaik berblog melalui Akademi Bekerja Dari Rumah ini. Sebabnya sebelum ini juga saya ada blog sendiri untuk jualan tetapi tiada pengunjung. 

Namun dengan menyertai Akademi ini, saya mendapat jaringan bines yang luas dan capaian blog saya lebih tinggi kerana ada lebih 600 blog yang bergabung dan saling membantu sesama ahli akademi untuk menaikkan blog kita di google. Dengan ini kita akan mendapat lebih ramai pelawat dan tentu sekali lebih ramai pelanggan! Nasihat saya, jika ingin berbisnes online jom bergabung dengan kami di Akademi Bekerja Dari Rumah.

Wallahua'lam.

Salam kasih sayang,

Yati Dbahri
WAHM Corner: Inspirasi Suri Bekerja Di Rumah
"1 Suri, 1 Perniagaan Dari Rumah"

*** 
Bergabung dengan kami 750 blog di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Pendaftaran kelas di ABDR berlangsung setiap hari.

1. Kelas asas blog dan penulisan - online & offline
2. Kelas asas blog dan fanpage mula bisnes - online & offline
3. Kelas asas blog dan penulisan kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas urus akaun wahm/soho - daftar di http://kelasonlineurusakaunbisneskecil.blogspot.com
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
7. Kelas online bina blog borong telekung solat (terhad kepada 30 orang sahaja)
8. Pendaftaran Pengurus Online
9. Projek Duit Raya di http://projekduithariraya.blogspot.com (Pakej untuk bulan puasa, raya dan rumah terbuka. Stok sedia ada)

Servis yang kami tawarkan:
1. Tempahan blog bisnes - siap 3 hingga 5 hari
2. Beriklan di SOHO directory juga bersama pautan 750 blog

Hubungi saya selaku Pengurus Online ABDR apabila kalian sudah sedia.


Facebook Official: Yati Dbahri
Facebook Fanpage: WAHM Corner
SMS/WhatsApp: 019-6627100
Email: haryatidulbahri@gmail.com

Wednesday, 11 June 2014

Projek Duit Raya 2014 anjuran ABDR

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Masih ingat lagi tak entri saya yang lalu berkenaan "Peluang Jana Pendapatan Dari Rumah". Ya, dalam entri tersebut saya ada war-warkan tentang Projek Duit Raya 2014.

Baik, pada entri kali ini saya akan kongsikan lagi dengan lebih lanjut tentang projek duit raya ini. Seperti yang kita ketahui, bulan ramadhan bakal menjelma tidak lama lagi. Saya lihat ramai di kalangan para usahawan kecil sudah mula membuat promosi pra ramadhan dan seterusnya sempena Hari Raya yang akan menyusul selepas itu. Untuk itu, kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) juga tidak ketinggalan untuk sama-sama memberi peluang kepada ramai para suri di luar sana untuk sama-sama kita menjana pendapatan sampingan dari rumah.

Kami di ABDR berbesar hati membuka pendaftaran sebagai agen dropship Projek Duit Raya 2014. Produk untuk Projek Duit Raya 2014 adalah merangkumi pakej barangan bulan puasa, hari raya, rumah terbuka, pakej mudah masak untuk suri dan juga produk pakej untuk sepanjang tahun dan musim raya.

Berikut adalah maklumat lanjut tentang Projek Duit Raya 2014 anjuran ABDR:-
  1. Yuran komitmen RM150 dikenakan untuk sekali bayar sahaja, kalian boleh mula terus berjualan sampai bila-bila.
  2. Setiap agen yang berdaftar secara automatik akan menjadi alumni Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR).
  3. Berpeluang untuk membina blog jualan online khas untuk produk ini. Kalian akan dibimbing langkah demi langkah untuk membuat blog.
  4. Bonus 2 ebook (Ebook Belajar Asas Blog dan 1 ebook pilihan)
  5. Kumpulan sokongan jualan di group facebook
  6. Tugas agen hanya perlu membuat promosi dan jualan, samada melalui blog (jika belum ada, akan belajar membina blog), facebook, pages atau secara offline berdasarkan kreativiti setiap agen. Setiap tempahan yang diterima, agen perlu mengisi borang pengurus untuk pihak akademi menerima pesanan dan menguruskan tempahan.
  7. Penerimaan order adalah setiap hari. Manakala penghantaran adalah hari Ahad, Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.
  8. Agen akan menerima komisen daripada setiap hasil jualan.
  9. Agen boleh mempromosi pendaftaran agen lain yang mahu sertai projek duit raya ini. Komisen turut akan diberikan melalui pendaftaran agen baru.
  10. Nombor tracking akan dikemaskini dan dimaklumkan dalm group khas di facebook.

Pakej kurma dan kismis 
Pakej Pes Nasi Arab dan Snek Oat Choco
Pakej Pes Nasi Arab, kurma dan kismis
Pakej Pes Nasi Arab sahaja
Pakej serunding ayam dan serunding daging
Jadi, kepada kalian yang berminat untuk menyertai Projek Duit Raya 2014 ini, boleh terus mendaftar dan isi borang di link ini: http://projekduithariraya.blogspot.com/p/pendaftaran.html

Atau boleh terus hubungi saya melalui:

Facebook Official: Yati Dbahri
Facebook Fanpage: WAHM Corner
SMS/WhatsApp: 019-6627100
Email: haryatidulbahri@gmail.com

Monday, 9 June 2014

Bijak Manfaatkan Peluang Yang Ada

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera



Salam pagi Isnin. Alhamdulillah, masih lagi mood cuti sekolah. Semalam dan kelmarin kami sekeluarga menghabiskan masa bersama, tidak kira samada melakukan aktiviti bersama dengan membawa anak-anak berjalan-jalan atau berada di rumah sahaja. Begitu juga majlis perkahwinan pada musim cuti sekolah, kalau minggu yang lalu keluarga kami meraikan majlis perkahwinan adik, pada minggu ini, jiran kami pula menjemput untuk sama-sama meraikan perkahwinan anak mereka.

Baik, pada entri kali ini saya ingin kongsikan sedikit tentang apa yang saya lalui setelah bergelar WAHM. Alhamdulillah, kini hampir mencecah 4 bulan lebih saya bergelar Working At Home Mom (WAHM). Ramai sebenarnya di kalangan sahabat saya tidak kira sahabat di zaman persekolahan, universiti dan semasa bekerja dahulu yang bertanyakan tentang bekerja di rumah. Mereka mula tahu status saya apabila saya mengemaskini status di Facebook kepada "WAHM, SAHM, SOHO". Begitu juga apabila saya kerap mempromosikan tentang Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Alhamdulillah, semuanya memberikan maklumbalas yang positif. Tidak kurang juga ada yang hanya bertanya untuk kepastian tentang operasi ABDR. Dan yang lebih mengagumkan, sebenarnya ramai juga di kalangan mereka yang bercita-cita untuk menjadi WAHM suatu hari nanti. Bagi diri saya pula, saya rasa sangat bersyukur kerana telahpun bergelar WAHM. Seperti yang pernah saya beritahu sebelum ini, perjalanan saya sebagai WAHM masih baru dan  saya perlu teruskan perjuangan ini untuk terus maju mengorak langkah ke hadapan. Sebab itulah sehingga kini saya masih berada bersama jemaah WAHM yang lain-lain di ABDR, kerana di ABDR saya mula belajar apa itu WAHM. Di ABDR jugalah saya mula bisnes secara online. InsyaAllah, selagi daya saya akan cuba konsisten dan istiqamah dengan apa yang dirancang.

Tidak rugi sebenarnya saya sertai ABDR, dengan hanya sekali bayar yuran pendaftaran kelas yang saya pilih, pelbagai peluang yang saya perolehi. Tetapi dengan syarat kita perlu melakukannya bersungguh-sungguh, fokus dan komited. Maksudnya di sini, kita perlu betul-betul fokus dengan apa yang kita lakukan. Dari mula saya sertai kelas, saya belajar langkah demi langkah bina blog mengikut modul yang ditetapkan. Kemudian, apabila selesai tugasan kita layak pula untuk mula mempromosikan produk atau perkhidmatan kita pada khalayak. Bukan setakat mempromosikan produk atau perkhidmatan kita, malah kita juga boleh terus menyertai jemaah ABDR sebagai Pengurus Online Akademi/ Rakan Niaga. 

Saya ambil peluang untuk menjadi Pengurus Online Akademi sebagai latihan dalam mempraktikkan ilmu dan kemahiran menjalankan bisnes dari rumah. Sebagai pemula seperti saya dalam perniagaan online, saya memerlukan sebanyak mungkin ilmu dan kemahiran yang berkaitan dengan bisnes online. Lebih dari itu, saya juga mesti yakin dengan apa yang saya lakukan. Sebab itulah saya mesti cari ilmu dalam bisnes online dan bekerja dari rumah. Jadi, saya jadikan peluang ini sebaiknya sebagai latihan asas untuk saya mempromosikan sesuatu produk atau perkhidmatan. Dari situ saya akan memperolehi pengalaman bagaimana melakukan sesuatu promosi di laman blog dan facebook kita. Sebagai contoh, ayat-ayat promosi yang digunakan, komunikasi kita dengan pelanggan, cara kita menjawab pertanyaan pelanggan dan seterusnya mendapatkan pelanggan. 

Ibarat orang yang menyelam, sambil menyelam sambil minum air. Begitu jugalah saya di akademi. Saya pilih untuk terus menjadi Pengurus Online Akademi dan dalam masa yang sama saya dapat kemahiran dan ilmu bisnes online yang saya akan praktikkan pula dalam mempromosikan produk dan perkhidmatan saya. Sebab itu saya lakukannya secara serentak. Bukannya tamak untuk mendapatkan hasilnya, tapi apa yang lebih penting di sini adalah ilmu dan kemahiran yang perlu kita cari. Kita cari tentang ilmu yang berkaitan bisnes dan pemasaran. Kemudian daripada pengalaman tersebut maka akan bertambah kemahiran kita dalam sesuatu bidang. Saya anggap ini semua 'on the job training' dalam perniagaan online yang saya ceburi.

Selain itu, untuk terus kekal dalam bisnes, hubungan kerjasama (networking) dengan rakan bisnes yang lain juga penting bagi meluaskan lagi pasaran bisnes kita. Di akademi, kami adalah di kalangan kelompok yang sama iaitu sama-sama menjana pendapatan dan menjalankan perniagaan dari rumah. Setakat entri ini ditulis, ABDR kini mencecah 750 blog dan berpuluh rakan niaga/ pengurus online akademi. Inilah networking yang ada di ABDR yang turut sama membantu antara satu sama lain. Bagi saya banyak peluang telah tersedia di ABDR, kita sendiri yang perlu bijak untuk ambil peluang tersebut dan manfaatkan sebaiknya.

Jadi, kuncinya di sini adalah kita mesti bijak manfaatkan setiap peluang yang sedia ada. Walaupun kadang-kadang pada mata kita nampak sesuatu peluang itu kecil tetapi seharusnya kita mesti bagi peluang juga pada diri kita sendiri untuk sekurang-kurangnya mencuba dahulu. Tidak salah bukan sekiranya kita mencuba. Belum cuba kita belum tahu hasilnya. Saya teringat kata-kata Sifu Perniagaan Internet, saudara Irfan Khairi di laman facebooknya, "Seringkali peluang yang kecil sekiranya diusahakan akan memberi pulangan yang besar", dan katanya lagi "Jangan hanya tunggu dan lihat, kejar dan ciptakan peluang untuk diri sendiri". 

Wallahua'lam.


Salam kasih sayang,

Yati Dbahri
WAHM Corner: Inspirasi Suri Bekerja Di Rumah
"1 Suri, 1 Perniagaan Dari Rumah"

*** 
Bergabung dengan kami 750 blog di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Pendaftaran kelas di ABDR berlangsung setiap hari.

1. Kelas asas blog dan penulisan - online & offline
2. Kelas asas blog dan fanpage mula bisnes - online & offline
3. Kelas asas blog dan penulisan kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas urus akaun wahm/soho - daftar di http://kelasonlineurusakaunbisneskecil.blogspot.com
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
7. Kelas online bina blog borong telekung solat (terhad kepada 30 orang sahaja)
8. Pendaftaran Pengurus Online
9. Projek Duit Raya di http://projekduithariraya.blogspot.com (Pakej untuk bulan puasa, raya dan rumah terbuka. Stok sedia ada)

Servis yang kami tawarkan:
1. Tempahan blog bisnes - siap 3 hingga 5 hari
2. Beriklan di SOHO directory juga bersama pautan 750 blog

Hubungi saya selaku Pengurus Online ABDR apabila kalian sudah sedia.

Thursday, 5 June 2014

Peluang Jana Pendapatan Dari Rumah

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Alhamdulillah. Hari ini hujan rahmat turun di pagi yang indah dan nyaman. Semoga semua urusan kita berjalan lancar hari ini.

Pagi ini saya singgah lagi di blog-blog rakan Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Alhamdulillah, saya rasa sangat bersyukur kerana diberi peluang menyertai akademi ini. Saya lihat ramai rakan-rakan di ABDR semakin rancak menjana pendapatan dengan hanya dari rumah. Lebih daripada itu, saya rasakan sesuatu yang tiada di tempat lain, di mana di ABDR kami bergerak secara jemaah sama-sama membantu lebih ramai para suri di luar sana untuk turut sama menjana pendapatan dari rumah.

Saya lihat satu perkembangan yang amat positif berlaku di akademi. Kini rangkaian ABDR telah mencecah 750 blog, alhamdulillah lebih ramai lagi para suri di luar sana tahu akan kepentingan blog sebagai medium internet yang mudah dan efektif untuk mempromosikan perniagaan kita. Seperkara lagi, hari demi hari saya lihat lebih banyak peluang yang ditawarkan oleh ABDR untuk kita sama-sama bekerja dan berbisnes dari rumah. Ya, kita sama-sama menjana pendapatan hanya di rumah. Tidak perlu risau lagi masalah anak-anak dan keluarga. Dengan bekerja di rumah, kita boleh memberi perhatian kepada anak-anak yang sedang membesar di depan mata. Ada juga di kalangan kita yang selalu memikirkan masalah modal untuk memulakan bisnes. Di ABDR, kita disarankan untuk mula dengan apa yang ada dan apa yang kita suka. Sebolehnya kita pilih bisnes yang memerlukan modal yang minima. 

Untuk itu, kami di ABDR amat berbesar hati menawarkan peluang perniagaan kepada kalian untuk turut sama menjana pendapatan dari rumah. Kami mencari kalian yang berminat dan mempunyai keinginan untuk mula bisnes secara berjemaah dengan kami di ABDR. Syaratnya kalian mesti berusaha bersungguh-sungguh, fokus dan komited/konsisten dalam melaksanakan peluang yang diberikan. Baik, setakat ini ada tiga peluang perniagaan secara online yang kami tawarkan di ABDR iaitu:

1. Pendaftaran Pengurus Online Akademi


- Dengan menjadi Pengurus Online (PO) Akademi, tugas kalian adalah untuk mempromosikan produk dan servis yang ditawarkan di ABDR. 
- Produk dan servis ABDR adalah permintaan sepanjang tahun. Banyak pilihan kelas dan bengkel yang dianjurkan oleh akademi. Selain itu, produk digital ABDR adalah seperti ebook dan pakej ebook hasil penulisan Puan Pengasas, guru-guru online dan rakan ABDR.
- Semua transaksi adalah secara atas talian (internet) sahaja. Kalian tidak perlu risau untuk memikirkan masalah penghantaran dan pengiraan kos penghantaran.

2. Pendaftaran  bisnes borong telekung solat


- Berdasarkan pengalaman dan pertanyaan yang diterima, pihak akademi mengenalpasti ramai peniaga kini mula tercari-cari produk yang laris sepanjang bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi. Salah satu produk yang laris tersebut adalah telekung solat. 
- Jadi, pihak akademi berbesar hati menawarkan peluang bisnes melalui kelas membina blog dan fanpage borong telekung solat khusus untuk kalian yang berminat dan fokus untuk menyertai kelas ini.
- Dalam kelas tersebut kalian akan belajar langkah demi langkah membina blog dan seterusnya fokus kepada menjual telekung solat secara borong.
- Fokus produk adalah pada jualan borong telekung solat sahaja. Ini termasuklah:
a) Telekung solat Vietnam
b) Telekung solat Indonesia
c) Telekung solat sulam
d) Telekung solat kanak-kanak
- Melalui kelas ini, kalian akan perolehi:
a) Ilmu membina blog dan fanpage niaga
b) Akan dimasukkan dalam satu fanpage group dengan barisan guru-guru online Akademi yang sememangnya berpengalaman dalam bisnes online
c) Produk telekung solat adalah pelbagai jenis yang tersedia stoknya. 

3. Pendaftaran agen projek duit raya (www.projekduithariraya.blogspot)
- untuk kalian yang sedang mencari produk yang hendak dijual pada musim ramadhan yang bakal menjelma, kami di ABDR membuka peluang pendaftaran untuk kalian yang mahu menjadi agen projek duit raya.
- Tugas kalian adalah mendaftar sebagai agen dan kalian boleh mula berjualan.
- Lebih menarik bonus yang ditawarkan apabila mendaftar sebagai agen, kalian boleh belajar langkah demi langkah membina blog khas untuk produk ini dan menerima 2 ebook penulisan Puan Masayu Ahmad, puan pengasas ABDR.
- Sementara menunggu blog kalian siap dibina, kalian sudah boleh mula mempromosikan produk di facebook atau fanpage di facebook. Kalian juga boleh mempromosikan secara offline kepada rakan-rakan dan ahli keluarga.
- Produk yang disediakan adalah seperti serunding ayam dan daging, pes nasi arab, snek oat choco dan pelbagai produk sunnah seperti madu, kurma dan kismis.





Bagi yang berminat untuk mendaftar dan sertai kami, kalian boleh terus hubungi saya Yati Dbahri selaku Pengurus Online Akademi untuk sebarang pertanyaan/ pendaftaran.

Facebook Official: Yati Dbahri
Facebook Fanpage: WAHM Corner
Emel: haryatidulbahri@gmail.com
SMS/WhatsApp: 019-6627100

Salam kasih sayang,

Yati Dbahri
WAHM Corner: Inspirasi Suri Bekerja Di Rumah
"1 Suri, 1 Perniagaan Dari Rumah"

*** 
Bergabung dengan kami 750 blog di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Pendaftaran kelas di ABDR berlangsung setiap hari.

1. Kelas asas blog dan penulisan - online & offline
2. Kelas asas blog dan fanpage mula bisnes - online & offline
3. Kelas asas blog dan penulisan kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas urus akaun wahm/soho di http://kelasonlineurusakaunbisneskecil.blogspot.com 
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
7. Kelas online bina blog borong telekung solat (terhad kepada 30 orang sahaja)
8. Pendaftaran Pengurus Online
9. Projek Duit Raya di http://projekduithariraya.blogspot.com (Pakej untuk bulan puasa, raya dan rumah terbuka. Stok sedia ada)

Servis yang kami tawarkan:
1. Tempahan blog bisnes - siap 3 hingga 5 hari
2. Beriklan di SOHO directory juga bersama pautan 750 blog

Hubungi saya selaku Pengurus Online ABDR apabila kalian sudah sedia.

Wednesday, 4 June 2014

Ebook Terkini Di ABDR: Bekerja Dan Berniaga oleh Puan Azura Abdullah

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Alhamdulillah. Rasanya masih belum terlambat untuk saya war-warkan tentang kemunculan ebook terbaru di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Naskhah ebook tersebut adalah hasil penulisan salah seorang guru online ABDR iaitu Puan Azura Abdullah. Tahniah Cikgu Azura atas penerbitan ebook sulung ini iaitu Ebook Bekerja & Berniaga khusus untuk panduan bekerja dan berniaga para suri di luar sana.

Ebook ini adalah sebuah perkongsian tulus dari hati Puan Azura Abdullah yang dahulunya seorang jurutera sepenuh masa di sebuah syarikat multinasional di utara tanah air dan dalam masa yang sama  beliau beliau mengusahakan perniagaan kecil secara online dan offline.

Sedikit perkongsian menarik tentang ebook ini:

Lahirnya ebook ini adalah atas rasa tanggungjawab saya untuk memanjangkan ilmu dan pengalaman yang saya kutip sepanjang bekerja sebagai seorang jurutera di sebuah syarikat multinasional di utara tanahair dalam masa yang sama saya mengusahakan perniagaan kecil secara online dan offline (butik). Saya ambil ini sebagai tanggungjawab sosial saya untuk beri kesedaran kepada suri tentang pentingnya menyediakan payung sebelum hujan.

Saya bukanlah seorang jutawan atau ahli perniagaan hebat. Pendapatan perniagaan kecil saya hanya menggantikan pendapatan di kala saya bermajikan dulunya. Saya juga tak janjikan apa-apa magis di dalam ebook ini. Ianya sekadar perkongsian tulus ikhlas dari saya di atas pengalaman yang saya kutip sendiri dengan benar-benar terjun dalam dunia perniagaan kecil ketika saya masih bekerja bermajikan. Jika kita boleh belajar dari pengalaman orang lain kenapa kita perlu lalui pengalaman jatuh gaung. Sekali lagi saya tekankan ebook ini bukan tentang teori magis untuk kaya jika itu yang anda harapkan.
Melalui pengalaman diuji dengan kesihatan suami yang kritikal menguatkan lagi azam dan rasa tanggungjawab saya untuk berkongsi pengalaman berharga ini. Langit tak selalunya cerah, panas belum tentu hingga ke petang. Tak menentu sebagaimana fenomena cuaca dunia kini. Sumber pendapatan ke 2 dari perniagaan kecil-kecilan yang dimulakan atas rasa minat dulunya itulah yang telah menyelamatkan kami sekeluarga bilamana suami saya sakit kritikal diserang penyakit angin ahmar. Hilang satu sumber punca pendapatan keluarga. Komitmen yang perlu dilunaskan setiap hujung bulan tetap sama, tetap berdasarkan pendapatan 2 orang. Ianya ujian yang besar bagi saya sekeluarga. Walau bagaimanapun saya kurang merasa impak dari segi kewangan kerana sumber pendapatan perniagaan kecil yang saya usahakan sambil bekerja ketika itu telah banyak membantu. Ianya benar-benar memayungi kami sekeluarga ketika hujan dengan izin Allah SWT.
Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah SWT, kini saya telah melangkah setapak lagi dengan kembali ke fitrah menjadi isteri dan ibu sepenuh masa yang bekerja di rumah. Kini saya telah bergelar WAHM (working at home mom). Terima kasih kepada perniagaan kecil yang diusahakan ketika masih bekerja dulunya yang kini telah memberi peluang saya bersara dari dunia bermajikan sebelum umur mencecah 40. Terima kasih kerana telah memberi saya peluang menjana pendapatan hanya dari rumah sambil melihat anak-anak membesar di depan mata. Terima kasih kerana kini masa itu milik mutlak saya sendiri. Saya tidak terikat dengan sesiapa lagi. Alhamdulillah. Saya doakan para suri pembaca ebook saya ini juga bakal menyusul saya nantinya. Tiada yang mustahil.
(Puan Azura Abdullah, Ebook Bekerja & Berniaga)

Objektif ebook ini adalah untuk memberi garis panduan serta motivasi kepada suri yang bekerja untuk memulakan langkah niaga dan panduan menguruskannya. Kita tak mahu menjadi suri bekerja yang berniaga tetapi mencuri waktu kerja pejabat majikan kita untuk melakukan kerja-kerja bisnes kita. Hasil yang kita kutip itu untuk makan pakai darah daging kita. Kita juga tidak mahu menjadi suri bekerja yang tertekan dengan berbagai tugasan pejabat, perniagaan sendiri dan juga tuntutan hal ehwal rumahtangga. Jika begitu situasinya tiada apa lagi yang tinggal pada kita, hilang barakahnya malah mengundang dosa.

Antara lain, kandungan menarik di dalam ebook Bekerja & Berniaga: Panduan Untuk Suri ini bakal menyentuh tentang topik-topik berikut: 

Pengenalan 

Objektif 

Bab 1: Tetapkan Matlamat 

Bab 2: Berbisnes Sebelum Memulakan Bisnes 

Bab 3: Mulakan Dengan Apa Yang Ada (Lean) 
Bab 4: Cakap Serupa Bikin 
Bab 5: Teras Bisnes 
Bab 6: Langkah Kecil Langkah Besar 
Bab 7: Bisnes Tanpa Modal 
Bab 8: Pilihan Produk 
Bab 9: Pengurusan Masa 
Bab 10: Bersama-sama Untuk Bersama 
Bab 11: Penjenamaan Diri 
Bab 12: Hartanah Maya vs Media Sosial 
Bab 13: Simbol Palsu Kejayaan 
Bab 14: Tahu Apa Yang Dimahu 
Bab 15: Orang Berjaya Mencari Peluang, Orang Gagal Mencari Alasan
Bab 16: Bisnes Itu Satu Permainan
Bab 17: Prioriti & Nilai Kehidupan
Bab 18: Perkongsian Dari Usahawan Yang Bekerja & Berniaga 
Penutup



Harga pre-order: Hanya RM50.00 dengan bonus ebook 101 Home-Based Bisnes nukilan Puan Masayu Ahmad (Pengasas www.akademibekerjadirumah.com) sehingga 20 Jun 2014.

Selepas tempoh pre-order, harga akan kembali ke asal iaitu RM40.00 sahaja bagi sebuah ebook ini.

Bagi yang berminat untuk dapatkan ebook ini, boleh PM saya Yati Dbahri selaku Pengurus Online Akademi untuk pertanyaan/ tempahan.

Atau klik di sini untuk tempahan : Borang Tempahan

Wallahua'lam.

Salam kasih sayang,

Yati Dbahri
WAHM Corner: Inspirasi Suri Bekerja Di Rumah

1 Suri, 1 Perniagaan Dari Rumah

*** 
Bergabung dengan kami 750 blog di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Pendaftaran kelas di ABDR berlangsung setiap hari.

1. Kelas asas blog dan penulisan - online & offline
2. Kelas asas blog dan fanpage mula bisnes - online & offline
3. Kelas asas blog dan penulisan kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas urus akaun wahm/soho - daftar bengkel offline pada 14 Jun 2014 di http://kelasonlineurusakaunbisneskecil.blogspot.com (pendaftaran akan ditutup pada 9 Jun 2014)
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
7. Kelas online bina blog borong telekung solat (terhad kepada 30 orang sahaja)
8. Pendaftaran Pengurus Online
9. Projek Duit Raya di http://projekduithariraya.blogspot.com (Pakej untuk bulan puasa, raya dan rumah terbuka. Stok sedia ada)

Servis yang kami tawarkan:
1. Tempahan blog bisnes - siap 3 hingga 5 hari
2. Beriklan di SOHO directory juga bersama pautan 750 blog

PM saya selaku Pengurus Online ABDR apabila sudah sedia
Facebook Official: Yati Dbahri
Facebook Fanpage: WAHM Corner
Emel: haryatidulbahri@gmail.com
SMS/WhatsApp: 019-6627100

Tuesday, 3 June 2014

Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Jalan

Teks: Haryati Dulbahri 

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Alhamdulillah. Kembali lagi menulis di WAHM Corner. Minggu yang lalu adalah kemuncak kesibukan saya dan keluarga menyediakan persiapan majlis resepsi adik di kampung halaman. Walaupun penat, tetapi kami panjatkan kesyukuran kepada-Nya kerana semua urusan majlis berjalan dengan lancar. 

Masih lagi cerita tentang majlis resepsi adik. Ingat lagi tak tentang blog Panduan Jahit YatiDbahri yang saya ceritakan pada entri yang lalu? Ya, nama YatiDbahri adalah label jenama yang akan saya kembangkan lagi sebagai sebahagian daripada minat saya dalam bidang jahitan. InsyaAllah blog lain khusus untuk label jenama ini juga dalam pembinaan. Saya akan rakamkan pengalaman saya dalam jahitan dan ilmu berkenaan jahitan di blog ini. Antara projek pertama saya dalam jahitan adalah Projek DIY Menjahit Lace & Manik di baju yang kami pakai untuk majlis resepsi tersebut. Mungkin kami adik-beradik mempunyai bakat seni yang lebih kurang sama antara satu sama lain. Kakak saya yang sulung bertindak sebagai tukang jahit utama dan saya membantu dari segi jahitan lace dan manik. Walau bagaimanapun, tidak semua baju kami jahit sendiri. Ada juga baju adik-beradik yang lain ditempah di tempat lain. Untuk majlis tersebut saya ambil peluang untuk turut sama menjahit lace dan manik untuk baju mak, kakak, anak saya Arissa dan juga untuk saya sendiri. Walaupun bersengkang mata menyiapkan jahitan lace dan manik sehingga lewat malam, saya berasa amat berpuas hati apabila melihat hasilnya dipakai semasa majlis resepsi tersebut.

Benarlah apabila kita melakukan sesuatu perkara yang kita suka dan minat, kita tidak akan pernah merasa jemu dan bosan. Malah kita akan berusaha bersugguh-sungguh untuk menyiapkan sesuatu itu walaupun kita terpaksa tidur lewat atau sebaliknya. Begitu jugalah apabila kita menjalankan perniagaan dan lebih-lebih lagi apabila kita bekerja di rumah. Daripada minat dan bakat yang ada, kita kembangkan lagi menjadi sebuah perniagaan. Kita tawarkan sesuatu perkhidmatan yang dapat menyelesaikan masalah orang lain. Selain itu, untuk perniagaan kekal lama dan capai sesuatu kejayaan, kita juga haruslah melakukan apa yang kita minat (passion) dan suka.

Ok, jom kita tengok hasil jahitan YatiDbahri. Untuk jahitan pertama ini, saya mulakan dengan jahitan lace dan manik sahaja. InsyaAllah apabila saya sudah memiliki mesin idaman, saya akan mula menjahit pakaiannya pula. InsyaAllah, saya akan kongsikan langkah demi langkah tutorial menjahit lace dan manik di blog lain iaitu blog Panduan Jahit Yati Dbahri. Kepada yang berminat tentang dunia seni jahitan, kalian nantikan ya kemunculan blog ini. InsyaAllah.


Arissa memakai Full Circle Satin Dress yang dijahit oleh Kak Rina Talib daripada Sweet's Little Girl.
Saya hanya menjahit lace & manik sahaja.
Baju kurung pahang untuk mak pengantin.
Baju dijahit oleh kakak saya dan saya hanya menjahit lace dan manik di baju dan tudung.
Baju kurung moden untuk saya yang dijahit oleh Puan Izan, Putrajaya.
Saya hanya menjahit lace dan manik di baju dan tudung sahaja. 
Shawl ini pada asalnya adalah plain shawl.
Saya jahitkan sedikit manik di tudung tersebut.
Kuncinya di sini adalah "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan". Yang penting kita cuba dan berusaha. InsyaAllah akan ada hasilnya. Tidak kira apa jua bidang yang kita ceburi, kita mesti berani bertindak. Bertindak dengan berusaha keras dan luar biasa. 

Wallahua'lam.

Salam kasih sayang,

Yati Dbahri
WAHM Corner: Inspirasi Suri Bekerja Di Rumah
1 Suri, 1 Perniagaan Dari Rumah

*** 
Bergabung dengan kami 750 blog di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Pendaftaran kelas di ABDR berlangsung setiap hari.

1. Kelas asas blog dan penulisan - online & offline
2. Kelas asas blog dan fanpage mula bisnes - online & offline
3. Kelas asas blog dan penulisan kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas urus akaun wahm/soho - daftar bengkel offline pada 14 Jun 2014 di http://kelasonlineurusakaunbisneskecil.blogspot.com (pendaftaran akan ditutup pada 9 Jun 2014)
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
7. Kelas online bina blog borong telekung solat (terhad kepada 30 orang sahaja)
8. Pendaftaran Pengurus Online
9. Projek Duit Raya di http://projekduithariraya.blogspot.com (Pakej untuk bulan puasa, raya dan rumah terbuka. Stok sedia ada)

Servis yang kami tawarkan:
1. Tempahan blog bisnes - siap 3 hingga 5 hari
2. Beriklan di SOHO directory juga bersama pautan 750 blog

PM saya selaku Pengurus Online ABDR apabila sudah sedia
Facebook Official: Yati Dbahri
Facebook Fanpage: WAHM Corner
Emel: haryatidulbahri@gmail.com
SMS/WhatsApp: 019-6627100

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG