Nuffnang

Wednesday, 18 June 2014

Buku Jana RM Dari Rumah

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

Alhamdulillah. Dengan izin-Nya hari ini saya berpeluang lagi untuk berkongsi ilmu dan manfaat dengan pembaca WAHM Corner semua. Jazakallah kerana kalian sudi singgah di blog ini dan seterusnya dapat memberi manfaat kepada kalian semua.

Cerita hari ini, pagi tadi saya menerima mesej lagi daripada kenalan di facebook. Kami berkenalan di facebook apabila saya menjadi salah seorang pelanggan beliau. Pada tahun lepas saya ada mendapatkan perkhidmatan beliau. Alhamdulillah, ukhuwah ini berpanjangan di facebook dan sehinggalah pagi tadi beliau menyatakan hasratnya untuk menjadi WAHM. Saya sarankan beliau supaya membuat perancangan rapi dahulu sebelum membuat keputusan untuk meletakkan jawatan yang sedia ada. Beliau pula memberi maklumbalas yang beliau 'blur', tidak pasti bagaimana untuk membuat perancangan atau persediaan sebelum menghantar notis perletakan jawatan.

Sebagai salah seorang yang kini telah bergelar WAHM dan masih baru dalam fasa ini, saya dengan rendah diri memberi cadangan kepada beliau untuk turut sama membaca dahulu naskhah buku Jana RM Dari Rumah. Ini kerana saya juga merujuk kepada naskhah ini yang saya beli pada bulan Mei yang lepas. InsyaAllah, ulasan mengenai buku ini akan menyusul pada entri saya yang akan datang. Berbalik kepada kenalan saya tadi, alhamdulillah, sebentar tadi dipermudahkan oleh-Nya untuk beliau memiliki buku ini. InsyaAllah esok atau lusa buku ini akan sampai ke tangan beliau. Semoga buku ini dapat menjadi panduan lengkap sebagai persediaan beliau menjadi WAHM. Komunikasi kami dari pagi hingga tengahari tadi diakhiri dengan berita gembira apabila beliau juga turut berhasrat untuk menyertai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) hujung bulan ini sebagai langkah awal untuk menjadi WAHM nanti. Saya doakan segala niat dan urusan beliau untuk menjadi WAHM dipermudahkan dan menjadi nyata suatu hari nanti. Amin.


Serba sedikit tentang buku Jana RM Dari Rumah, buku ini adalah hasil penulisan Pengasas Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) iaitu Puan Masayu Ahmad. Buku ini adalah penerbitan di bawah Oasis Buku dan mempunyai 236 mukasurat. Antara kupasan yang menarik dalam buku ini adalah tentang:
  • Analisa sama ada memilih untuk bekerja atau mengusahakan bisnes.
  • Kaedah mengenal pasti persediaan bekerja dari rumah melalui kaedah 4W + 1H iaitu apa, bila, di mana, siapa dan bagaimana.
  • Asas-asas persediaan dan penyelidikan sebelum bermula bekerja dari rumah.
  • Testimoni yang sudah sukses bekerja dari rumah.
  • Rangkaian yang perlu anda dampingi sebagai penyokong usaha bekerja dari rumah
Untuk kalian yang sudah mula merancang untuk menjadi WAHM ataupun WAHD, saya amat mengesyorkan supaya kalian baca dan fahami dahulu apa yang disampaikan oleh Puan Masayu Ahmad di dalam buku Jana RM Dari Rumah ini. Tidak rugi sekiranya kalian memiliki dan membacanya! Buku ini sememangnya lengkap sebagai panduan peribadi kalian untuk merealisasikan impian untuk memegang status bekerja dari rumah.


Buku ini boleh didapati di semua kedai buku seperti MPH dan Popular. Seperti saya, saya beli buku ini secara online di Mall Karangkraf. Setakat entri ini ditulis buku ini masih boleh didapati secara online di Mall Karangkraf dan masih ada lagi tawaran promosi harga. Baik, lebih daripada itu, buku ini juga boleh didapati dalam bentuk ebook. Mudah sahaja, saya jemput kalian singgah di sini ya : www.janawangdirumah.com

Moga apa yang saya kongsikan ini dapat membantu kalian di luar sana untuk lebih yakin merealisasikan impian untuk bekerja di rumah. InsyaAllah.

Wallahua'lam.

Salam kasih sayang,

Yati Dbahri
WAHM Corner: Inspirasi Suri Bekerja Di Rumah
"1 Suri, 1 Perniagaan Dari Rumah"

*** 
Bergabung dengan kami 750 blog di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Pendaftaran kelas di ABDR berlangsung setiap hari.

1. Kelas asas blog dan penulisan - online & offline
2. Kelas asas blog dan fanpage mula bisnes - online & offline
3. Kelas asas blog dan penulisan kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas urus akaun wahm/soho - daftar di http://kelasonlineurusakaunbisneskecil.blogspot.com
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
7. Kelas online bina blog borong telekung solat (terhad kepada 30 orang sahaja)
8. Pendaftaran Pengurus Online
9. Projek Duit Raya di http://projekduithariraya.blogspot.com (Pakej untuk bulan puasa, raya dan rumah terbuka. Stok sedia ada)
10. Pendaftaran Bisnes Makanan Sunnah

Servis yang kami tawarkan:
1. Tempahan blog bisnes - siap 3 hingga 5 hari
2. Beriklan di SOHO directory juga bersama pautan 750 blog

Hubungi saya selaku Pengurus Online ABDR apabila kalian sudah sedia.


Facebook Official: Yati Dbahri
Facebook Fanpage: WAHM Corner
SMS/WhatsApp: 019-6627100
Email: haryatidulbahri@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG