Nuffnang

Friday, 27 June 2014

Cara Mudah Backup Template Blogspot

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Salam jumaat. Alhamdulillah, dengan izin-Nya saya dapat menggunakan laptop ini untuk terus menulis di WAHM Corner. Hampir seminggu saya hanya bersiaran online menerusi telefon bimbit sahaja. Laptop yang selalu saya gunakan tiba-tiba tidak boleh dibuka. Mungkin usianya yang telah lama dan berkemungkinan rosak. Harapnya dapat dibetulkan dan yang lebih penting segala data dalam laptop tersebut masih ada.Terima kasih kepada Encik Suami atas ehsan beliau memberi keizinan untuk menggunakan laptop ini sementara laptop tersebut dibetulkan. Kadang-kadang kita tidak duga apa yang akan berlaku. Oleh itu, kita perlu lebih bersedia dan membuat sesuatu supaya kita tidak panik apabila dugaan sebegini berlaku.

Untuk entri kali ini saya terpanggil untuk kongsikan cara untuk backup template blogspot kita. Sejak saya berblogging, saya belum pernah backup template blog yang saya kendalikan. Apabila laptop saya tiba-tiba rosak hari selasa yang lalu, terus saya mencari tutorial untuk backup template blogspot. Bukannya apa, saya rasa langkah ini amat penting sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya apa-apa berlaku semasa kita ubah template blog. Manalah tahu tiba-tiba kita terpadam kod-kod HTML tertentu dalam blog. Makanya kita sudah ada backup template sekiranya perkara ini berlaku. Begitu juga dengan semua data yang kita simpan dalam laptop, biasanya saya akan buat backup data setiap minggu pada hari Jumaat. 

Baik, jom kita backup template blogspot dengan ikuti langkah demi langkah seperti yang telah saya lakukan ini.

1. Langkah pertama, kita perlu ke dashboard , di bahagian Template. Klik butang Backup/Restore di sebelah kanan atas dashboard.


2. Paparan seperti di bawah akan keluar. Klik butang Download full template



3. Apabila kita klik butang Download Full Template, secara automatik semua data template blogspot kita akan didownload ke dalam komputer. Seperti gambar dibawah, template telah didownload dalam drive C.


4. Selesai backup template ;-) Mudah bukan, kini template blogspot kita sudah dibackup dan sudah ada dalam simpanan di komputer. Sekiranya berlaku apa-apa pada template blog, kalian boleh memuat naik kembali menggunakan data yang dibackup tadi.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.

Salam kasih sayang,

Yati Dbahri
WAHM Corner: Inspirasi Suri Bekerja Di Rumah
"1 Suri, 1 Perniagaan Dari Rumah"

*** 
Bergabung dengan kami 750 blog di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Pendaftaran kelas di ABDR berlangsung setiap hari.

1. Kelas asas blog dan penulisan - online & offline
2. Kelas asas blog dan fanpage mula bisnes - online & offline
- Mula bisnes produk sendiri
- Mula bisnes makanan sunnah
- Mula bisnes telekung solat: http://gedungtelekungsolat.blogspot.com
- Mula bisnes projek duit raya: http://projekduithariraya.blogspot.com
- Mula bisnes produk islamik
3. Kelas asas blog dan penulisan kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas urus akaun wahm/soho - daftar di http://kelasonlineurusakaunbisneskecil.blogspot.com
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
8. Pendaftaran Pengurus Online

Servis yang kami tawarkan:
1. Tempahan blog bisnes - siap 3 hingga 5 hari
2. Beriklan di SOHO directory juga bersama pautan 750 blog

Hubungi saya selaku Pengurus Online ABDR apabila kalian sudah sedia.


Facebook Official: Yati Dbahri
Facebook Fanpage: WAHM Corner
SMS/WhatsApp: 019-6627100
Email: haryatidulbahri@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG