Nuffnang

Tuesday, 3 June 2014

Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Jalan

Teks: Haryati Dulbahri 

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Alhamdulillah. Kembali lagi menulis di WAHM Corner. Minggu yang lalu adalah kemuncak kesibukan saya dan keluarga menyediakan persiapan majlis resepsi adik di kampung halaman. Walaupun penat, tetapi kami panjatkan kesyukuran kepada-Nya kerana semua urusan majlis berjalan dengan lancar. 

Masih lagi cerita tentang majlis resepsi adik. Ingat lagi tak tentang blog Panduan Jahit YatiDbahri yang saya ceritakan pada entri yang lalu? Ya, nama YatiDbahri adalah label jenama yang akan saya kembangkan lagi sebagai sebahagian daripada minat saya dalam bidang jahitan. InsyaAllah blog lain khusus untuk label jenama ini juga dalam pembinaan. Saya akan rakamkan pengalaman saya dalam jahitan dan ilmu berkenaan jahitan di blog ini. Antara projek pertama saya dalam jahitan adalah Projek DIY Menjahit Lace & Manik di baju yang kami pakai untuk majlis resepsi tersebut. Mungkin kami adik-beradik mempunyai bakat seni yang lebih kurang sama antara satu sama lain. Kakak saya yang sulung bertindak sebagai tukang jahit utama dan saya membantu dari segi jahitan lace dan manik. Walau bagaimanapun, tidak semua baju kami jahit sendiri. Ada juga baju adik-beradik yang lain ditempah di tempat lain. Untuk majlis tersebut saya ambil peluang untuk turut sama menjahit lace dan manik untuk baju mak, kakak, anak saya Arissa dan juga untuk saya sendiri. Walaupun bersengkang mata menyiapkan jahitan lace dan manik sehingga lewat malam, saya berasa amat berpuas hati apabila melihat hasilnya dipakai semasa majlis resepsi tersebut.

Benarlah apabila kita melakukan sesuatu perkara yang kita suka dan minat, kita tidak akan pernah merasa jemu dan bosan. Malah kita akan berusaha bersugguh-sungguh untuk menyiapkan sesuatu itu walaupun kita terpaksa tidur lewat atau sebaliknya. Begitu jugalah apabila kita menjalankan perniagaan dan lebih-lebih lagi apabila kita bekerja di rumah. Daripada minat dan bakat yang ada, kita kembangkan lagi menjadi sebuah perniagaan. Kita tawarkan sesuatu perkhidmatan yang dapat menyelesaikan masalah orang lain. Selain itu, untuk perniagaan kekal lama dan capai sesuatu kejayaan, kita juga haruslah melakukan apa yang kita minat (passion) dan suka.

Ok, jom kita tengok hasil jahitan YatiDbahri. Untuk jahitan pertama ini, saya mulakan dengan jahitan lace dan manik sahaja. InsyaAllah apabila saya sudah memiliki mesin idaman, saya akan mula menjahit pakaiannya pula. InsyaAllah, saya akan kongsikan langkah demi langkah tutorial menjahit lace dan manik di blog lain iaitu blog Panduan Jahit Yati Dbahri. Kepada yang berminat tentang dunia seni jahitan, kalian nantikan ya kemunculan blog ini. InsyaAllah.


Arissa memakai Full Circle Satin Dress yang dijahit oleh Kak Rina Talib daripada Sweet's Little Girl.
Saya hanya menjahit lace & manik sahaja.
Baju kurung pahang untuk mak pengantin.
Baju dijahit oleh kakak saya dan saya hanya menjahit lace dan manik di baju dan tudung.
Baju kurung moden untuk saya yang dijahit oleh Puan Izan, Putrajaya.
Saya hanya menjahit lace dan manik di baju dan tudung sahaja. 
Shawl ini pada asalnya adalah plain shawl.
Saya jahitkan sedikit manik di tudung tersebut.
Kuncinya di sini adalah "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan". Yang penting kita cuba dan berusaha. InsyaAllah akan ada hasilnya. Tidak kira apa jua bidang yang kita ceburi, kita mesti berani bertindak. Bertindak dengan berusaha keras dan luar biasa. 

Wallahua'lam.

Salam kasih sayang,

Yati Dbahri
WAHM Corner: Inspirasi Suri Bekerja Di Rumah
1 Suri, 1 Perniagaan Dari Rumah

*** 
Bergabung dengan kami 750 blog di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Pendaftaran kelas di ABDR berlangsung setiap hari.

1. Kelas asas blog dan penulisan - online & offline
2. Kelas asas blog dan fanpage mula bisnes - online & offline
3. Kelas asas blog dan penulisan kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas urus akaun wahm/soho - daftar bengkel offline pada 14 Jun 2014 di http://kelasonlineurusakaunbisneskecil.blogspot.com (pendaftaran akan ditutup pada 9 Jun 2014)
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
7. Kelas online bina blog borong telekung solat (terhad kepada 30 orang sahaja)
8. Pendaftaran Pengurus Online
9. Projek Duit Raya di http://projekduithariraya.blogspot.com (Pakej untuk bulan puasa, raya dan rumah terbuka. Stok sedia ada)

Servis yang kami tawarkan:
1. Tempahan blog bisnes - siap 3 hingga 5 hari
2. Beriklan di SOHO directory juga bersama pautan 750 blog

PM saya selaku Pengurus Online ABDR apabila sudah sedia
Facebook Official: Yati Dbahri
Facebook Fanpage: WAHM Corner
Emel: haryatidulbahri@gmail.com
SMS/WhatsApp: 019-6627100

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG