Nuffnang

Thursday, 19 June 2014

Jom Floria Putrajaya 2014

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera


Saya masih ingat dua tahun yang lalu, ketika itu saya berada di hospital menanti kelahiran anakanda kedua, Harith Imran. Kandungan saya ketika itu pada usia 32 minggu dan direhatkan di hospital sehingga kandungan lahir. Kebetulan pada ketika itu Festival Floria 2011 sedang berlangsung di Putrajaya. Setiap jam 10 malam, saya dan rakan di hospital akan tunggu dan menghabiskan masa bersama melepaskan tekanan berada di hospital dengan melihat acara bunga api sempena Festival Floria 2011 tersebut. Semua itu tinggal kenangan. Kenangan dan juga pengalaman pertama kali tinggal untuk tempoh yang lama di hospital.

Kini, Floria Putrajaya 2014 kembali lagi. Ceritanya malam tadi kami sekeluarga keluar sebentar ke rumah upline Tupperware untuk mengambil tempahan Tupperware pelanggan. Selesai urusan tersebut, kami pun singgah sebentar ke Festival Floria Putrajaya 2014 ini. Alhamdulillah, sudah menetap hampir enam tahun lebih di Putrajaya, tetapi baru kali ini kami berkesempatan untuk berkunjung ke festival ini. Malam tadi adalah masa saya untuk reward diri sendiri bersama keluarga. Walaupun hanya sekejap, kami sekeluarga seronok menghabiskan masa bersama.

Floria Putrajaya adalah acara tahunan yang di adakan di Putrajaya, Pada tahun ini, Floria Putrajaya adalah bertemakan "Pesona Warna". Jadi, pelbagai jenis flora yang berwarna-warni dan menarik perhatian kita ada dipamerkan di sini. Apabila sampai sahaja di pintu masuk, anak-anak agak terpegun dan terpesona dengan keceriaan payung-payung yang berwarna-warni. Memang sangat kreatif dan cantik! Kami terus berjalan sedikit demi sedikit, saya lihat di sebelah kanan kami ada dipamerkan reka bentuk taman dalaman dan taman luaran. Kami berhenti seketika untuk mengambil gambar dan terus ke ruang legar pameran bunga dan pelbagai jenis tumbuhan hijau. Saya lihat pelbagai jenis bunga yang dipamerkan di sini. Yang paling menarik perhatian saya ada pelbagai warna dan jenis bunga orkid. Mulalah saya dan suami berangan alangkah seronoknya dapat menanam dan menghias rumah dengan bunga orkid ini.

Kemudian kami terus berjalan lagi dan sampai di ruang pameran Kraftangan Dan Batik pula. Di sini saya lihat ramai usahawan kecil yang menyertai pameran dan jualan. Pelbagai jenis dan pilihan batik seperti kemeja batik, kain pasang batik, tudung, kaftan batik dan sebagainya terdapat di sini. Begitu juga hasil seni kraftangan seperti kraftangan daripada rotan, manik dan kristal, kaligrafi khat dan banyak lagi yang terdapat di sini. Alang-alang sudah berada di sini, maka en suami sempat jugalah membeli sepasang kemeja batik Kelantan dan seutas gelang kristal untuk Arissa.

Banyak lagi sebenarnya tempat pameran dan aktiviti yang menarik di Floria Putrajaya 2014. Untuk yang berkesempatan ke Putrajaya, kalian bolehlah singgah ke Festival Floria Putrajaya ini. Untuk maklumat lanjut, jemput singgah ke laman web Floria Putrajaya 2014 di sini: www.floriaputrajaya.com.my. Floria Putrajaya 2014 akan berakhir pada 22 Jun 2014, hari Ahad ini.

Jom kita tengok sebahagian kenangan yang sempat di ambil di Floria Putrajaya 2014.


Kami di sini! Ruang khas untuk bergambar ;-)
Antara bunga orkid yang ada di pameran bunga Floria Putrajaya
Bergambar berlatar belakangkan payung yang berwarna-warni
Tema 'Pesona Warna' - 'Mesmerizing Colors' untuk tahun ini
'Wefie' Ummi dan Arissa
Si kecil Harith yang tak boleh duduk diam ;-)

Salam kasih sayang,

Yati Dbahri
WAHM Corner: Inspirasi Suri Bekerja Di Rumah
"1 Suri, 1 Perniagaan Dari Rumah"

*** 
Bergabung dengan kami 750 blog di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Pendaftaran kelas di ABDR berlangsung setiap hari.

1. Kelas asas blog dan penulisan - online & offline
2. Kelas asas blog dan fanpage mula bisnes - online & offline
3. Kelas asas blog dan penulisan kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas urus akaun wahm/soho - daftar di http://kelasonlineurusakaunbisneskecil.blogspot.com
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
7. Kelas online bina blog borong telekung solat (terhad kepada 30 orang sahaja)
8. Pendaftaran Pengurus Online
9. Projek Duit Raya di http://projekduithariraya.blogspot.com (Pakej untuk bulan puasa, raya dan rumah terbuka. Stok sedia ada)
10. Pendaftaran Bisnes Makanan Sunnah

Servis yang kami tawarkan:
1. Tempahan blog bisnes - siap 3 hingga 5 hari
2. Beriklan di SOHO directory juga bersama pautan 750 blog

Hubungi saya selaku Pengurus Online ABDR apabila kalian sudah sedia.


Facebook Official: Yati Dbahri
Facebook Fanpage: WAHM Corner
SMS/WhatsApp: 019-6627100
Email: haryatidulbahri@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG