Nuffnang

Friday, 13 June 2014

Kuasa Blog Dalam Kehidupan WAHM

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Alhamdulillah. Salam Jumaat penghulu segala hari. Malam tadi adalah malam Nisfu Syaaban. InsyaAllah, dua minggu lagi kita akan menyambut Ramadhan Karim pula. Semoga kita semua beroleh keberkatan dari-Nya.

Pagi semalam saya dihubungi lagi oleh seseorang melalui aplikasi whatsApp di telefon bimbit. Beliau sebenarnya adalah salah seorang pembaca blog saya di WAHM Corner. Menurut beliau, beliau sebenarnya telah beberapa bulan mengikuti blog saya selama ini. Melalui penulisan saya di blog, beliau memperkenalkan diri di talian bimbit dan dari situ mula perkenalan kami. Kami tidak pernah kenal sebelum ini. Tapi melalui blog kami telah ditemukan dan kami bertukar-tukar pendapat dan pengalaman tentang perniagaan. Alhamdulillah, apa yang saya usahakan selama ini dengan berblogging mula menampakkan manfaatnya. Begitu juga sebelum ini, ada juga pembaca yang mengikuti blog saya kini berminat pula untuk menyertai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) dan kebanyakan pelanggan saya juga adalah di kalangan mereka yang mengikuti blog WAHM Corner ini. Alhamdulillah, niat saya untuk berkongsi ilmu dengan lebih ramai orang dipermudahkan oleh-Nya. Begitu juga khusus untuk para suri di luar sana, insyaAllah penulisan di blog ini dapat menarik lebih ramai para suri untuk sama-sama bekerja dan menjana pendapatan di rumah. Itulah dia kuasa blog dalam kehidupan saya kini sebagai seorang WAHM. Berkat usaha yang konsisten pasti akan membuahkan hasil. InsyaAllah dengan nawaitu yang betul segalanya pasti dipermudahkan oleh-Nya. Terima kasih Ya Allah dan terima kasih juga kepada kalian yang sudi membaca dan mengikuti penulisan saya di blog WAHM Corner ini. Moga ianya terus memberi manfaat kepada kalian semua.

Untuk itu, berdasarkan pengalaman saya berblogging saya berpendapat amat rugi sekiranya kita tidak menggunakan medium ini sebagai salah satu daripada cabang platform kita dalam memasarkan perniagaan kita di khalayak. Lebih-lebih lagi dengan perkembangan teknologi IT di masa kini yang hanya berada di hujung jari. Trendnya kini lebih ramai di kalangan rakyat Malaysia mula membeli belah secara online. Begitu juga usahawan-usahawan kecil di Malaysia, perniagaan internet sudah menjadi pilihan ramai usahawan kecil di luar sana. Sebagai seorang WAHM, saya juga tidak ketinggalan untuk turut sama menjalankan perniagaan internet ini. 

Baik, di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) juga sekiranya kalian ikuti perkembangan blog-blog rakan akademi, banyak lagi kisah pengalaman sebenar tentang kuasa blog dalam kehidupan mereka sebagai seorang WAHM dan usahawan. Kami semua di ABDR menjadikan medium blog sebagai platform untuk kami mengembangkan lagi minat, bakat dan kemahiran yang ada. Dengan minat, bakat dan kemahiran yang ada kami kembangkan pula menjadi idea perniagaan. Jadi, daripada penulisan di blog, kami berkongsi ilmu dan informasi yang bermanfaat kepada pembaca. Kemudian daripada pembaca bertukar menjadi prospek pelanggan kami. Kalian nampak bukan kuasa berblogging ini. Dengan berblogging kita bukan sahaja dapat memberi ilmu dan manfaat kepada pembaca, malah ianya boleh bertukar menjadi prospek pelanggan dan seterusnya sebagai medium untuk kita mempromosi perniagaan kepada khalayak.

Jadi, kuncinya di sini kita mesti menggunakan sebanyak mungkin medium internet yang ada sebagai langkah untuk kita mempromosikan perniagaan tidak kira perniagaan kita itu secara online ataupun offline. 

Untuk itu, pada entri kali ini saya juga ingin kongsikan ulasan peserta Kelas Asas Blog Penulisan anjuran ABDR iaitu Puan Noraini Dollah tentang pengalaman beliau mengikuti kelas asas blog dan kuasa blog dalam kehidupan beliau sebagai seorang usahawan kecil.

Sumber: http://norainidollah.blogspot.com/2014/05/ulasan-kelas-asas-blog-dan-penulisan.html


Saya mula melibatkan diri dalam bisnes secara online pada tahun 2011. Sebelum itu pada tahun 2008-2009 saya ada membuka kedai menjual pakaian dan mengambil tempahan jahitan serta membuat kursus belajar menjahit. Kedai ini diusahakan bersama sahabat saya tetapi terpaksa ditutup kerana masalah pekerja dan kami masing-masing ada komitmen baru. Jadi selepas bersalin suami meminta saya menjaga sendiri anak di rumah. Bermula dari situ saya mula mencari peluang bisnes dari rumah.

Saya menyertai bisnes secara dropship tanpa modal di internet. Produk dropship agak bagus malangnya saya tidak pandai bahagian pemasaran. Kemudian saya pergi ke kursus belajar FB ads untuk beriklan di facebook. Setelah faham cara beriklan di facebook, saya ditemukan dengan sahabat saya yang belajar di USM dahulu yang telah menjadi pemborong barangan kanak-kanak. Apalagi saya terus menjadi agennya dan berbekal ilmu FB ads saya berjaya mendapat untung bersih mencecah 4 angka, dan kini saya menjadi pemborong pula. Tetapi sejak akhir-akhir ini FB semakin mengetatkan polisi iklan dan kos iklan di facebook semakin mahal.

Kemudian saya ditemukan dengan kak Masayu Ahmad yang sering bercerita tentang Akademi Belajar Dari Rumah di facebooknya. Saya berasa begitu tertarik dengan konsep ini lantas terus berdaftar kursus asas blog dan penulisan dengan beliau. Saya diwajibkan melengkapkan 44 entri sebagai tugasan utama tetapi selepas beberapa entri saya hilang fokus dan blog ini terbiar.

Tetapi apa yang mengejutkan saya apabila saya dihubungi ramai ibubapa yang menemukan blog saya dan ingin membeli set membaca daripada saya selepas saya bercerita di blog tentang ajar anak membaca. Ini benar-benar membuka dimensi baru buat saya. Rupanya pemasaran melalui blog sangat besar kesannya dan lebih diyakini. Tetapi jika buat blog sendiri secara individu tentu kesannya tidak sebaik berblog melalui Akademi Bekerja Dari Rumah ini. Sebabnya sebelum ini juga saya ada blog sendiri untuk jualan tetapi tiada pengunjung. 

Namun dengan menyertai Akademi ini, saya mendapat jaringan bines yang luas dan capaian blog saya lebih tinggi kerana ada lebih 600 blog yang bergabung dan saling membantu sesama ahli akademi untuk menaikkan blog kita di google. Dengan ini kita akan mendapat lebih ramai pelawat dan tentu sekali lebih ramai pelanggan! Nasihat saya, jika ingin berbisnes online jom bergabung dengan kami di Akademi Bekerja Dari Rumah.

Wallahua'lam.

Salam kasih sayang,

Yati Dbahri
WAHM Corner: Inspirasi Suri Bekerja Di Rumah
"1 Suri, 1 Perniagaan Dari Rumah"

*** 
Bergabung dengan kami 750 blog di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Pendaftaran kelas di ABDR berlangsung setiap hari.

1. Kelas asas blog dan penulisan - online & offline
2. Kelas asas blog dan fanpage mula bisnes - online & offline
3. Kelas asas blog dan penulisan kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas urus akaun wahm/soho - daftar di http://kelasonlineurusakaunbisneskecil.blogspot.com
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
7. Kelas online bina blog borong telekung solat (terhad kepada 30 orang sahaja)
8. Pendaftaran Pengurus Online
9. Projek Duit Raya di http://projekduithariraya.blogspot.com (Pakej untuk bulan puasa, raya dan rumah terbuka. Stok sedia ada)

Servis yang kami tawarkan:
1. Tempahan blog bisnes - siap 3 hingga 5 hari
2. Beriklan di SOHO directory juga bersama pautan 750 blog

Hubungi saya selaku Pengurus Online ABDR apabila kalian sudah sedia.


Facebook Official: Yati Dbahri
Facebook Fanpage: WAHM Corner
SMS/WhatsApp: 019-6627100
Email: haryatidulbahri@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG