Nuffnang

Monday, 23 June 2014

Seronok Ke Bekerja Di Rumah

Teks: Haryati Dulbahri 

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera



Salam pagi Isnin. Hari ini saya teringat kembali akan perbualan antara saya dan kenalan seuniversiti dahulu apabila beliau tahu saya kini bekerja di rumah. Antara maklumbalas beliau kepada saya, "Seronoknya, boleh bersama anak-anak kat rumah, banyak masa boleh pantau anak-anak ...". Seronok ke bekerja di rumah? Soalan ini saya rasa agak subjektif untuk dijawab. Bagi suri yang bekerja dan mempunyai anak-anak, kalian mungkin mempunyai impian untuk bekerja di rumah dan dapat melihat anak-anak membesar di depan mata. 

Alangkah seronoknya sekiranya kita dapat peluang bekerja di rumah. Apabila bekerja di rumah saya tidak perlu risaukan lagi tentang anak-anak yang masih kecil dan sering sakit. Saya tidak perlu bergegas lagi untuk menghantar mereka ke taska. Kemudian, pada waktu pagi dan waktu balik, saya tidak perlu lagi menghadapi kesesakan trafik. Di rumah pula, saya berpeluang menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya iaitu mengasuh anak sendiri dan berpeluang menyediakan makanan untuk keluarga, Kalau anak sakit pula saya tidak perlu risau lagi untuk mengambil cuti. 

Begitu juga dengan tekanan kerja di pejabat. Saya tidak perlu memikirkan lagi untuk menyediakan laporan setiap minggu, tidak perlu mengejar deadline tugasan dan tiada lagi tugasan adhoc. Kalau dahulu setiap hari jumaat dan isnin sahaja saya akan rasa berdebar-debar kerana saya perlu menyerahkan laporan mingguan kepada pihak atasan. Tugas saya memang kena fokus dan konsisten. Maklumat yang saya laporkan mesti tepat dan dikemaskini setiap hari. Dari segi masa, saya lebih fleksibel bersama keluarga berbanding ketika bekerja di pejabat dahulu. Bercakap tentang cuti pula, kalau dahulu apabila hendak mengambil cuti yang panjang saya perlu merancang dahulu dengan majikan. Tetapi sebaliknya apabila bekerja di rumah, saya lebih bebas untuk menentukan jadual bekerja saya sendiri. Dan bermacam-macam lagi cabaran ketika bekerjaya dahulu sebenarnya yang saya rasakan alangkah seronoknya sekira dapat diberi peluang pula untuk bekerja di rumah.


Tetapi, tahukah kalian bahawa apabila mengambil keputusan untuk bekerja di rumah, cabaran dan tanggungjawab kita sebagai WAHM (Work At Home Mom) lebih mencabar daripada ketika bekerjaya dengan majikan dahulu? Ya, pada pendapat saya, apabila kita bekerja di rumah, kita perlu betul-betul bersedia dari segi mental dan fizikal. Jiwa kita harus kental untuk menhadapi setiap cabaran yang datang dan tidak diduga. Walaupun saya seronok dapat melihat anak-anak membesar di depan mata, tetapi saya harus bijak untuk mengurus anak-anak, rumahtangga dan bisnes yang saya ceburi dari rumah. Kalau bekerja di rumah saya bebas melakukan apa sahaja, tetapi perlu diingat di sini, saya mesti fokus dan disiplin untuk memastikan matlamat saya bekerja di rumah tidak tersasar. Maksudnya di sini, kalau dahulu di pejabat saya sememangnya komited dan fokus kepada kerja, bekerja di rumah juga saya perlu bijak mengurus masa dan bijak manfaatkan setiap peluang yang ada. Saya mesti bekerja keras dan lebih berusaha bersungguh-sungguh. Ini kerana saya perlu memotivasikan diri saya sendiri. Cabaran paling utama apabila bekerja di rumah adalah diri sendiri. Setiap hari saya mesti positif dan kekal motivasi diri untuk terus rasa seronok dan tenang apabila bekerja di rumah. Dari situ nanti kita akan tahu bagaimana untuk kekalkan momentum bekerja di rumah. Semua pilihan adalah terletak di tangan kita sendiri.

Apapun jawapan kepada persoalan di atas tadi, saya berpendapat ia kembali kepada matlamat dan nawaitu kita bekerja di rumah. Apakah keutamaan kita dalam kehidupan. Bagi saya sendiri, keutamaan adalah keluarga. Ketika bekerjaya dahulu pun memang saya meletakkan keluarga sebagai keutamaan dan kerjaya adalah di tempat kedua. Begitu juga apabila bekerja di rumah, keutamaan juga adalah pada keluarga. Kini, saya perlu bijak seimbangkan antara tugas sebagai seorang isteri, suri, ummi dan juga WAHM.

Wallahua'lam.

Salam kasih sayang,

Yati Dbahri
WAHM Corner: Inspirasi Suri Bekerja Di Rumah
"1 Suri, 1 Perniagaan Dari Rumah"

****
Bagi kalian yang merancang untuk bekerja di rumah, lakukan persediaan awal dan perancangan yang rapi. Carilah ilmu tentang bekerja di rumah dan mentor daripada orang yang berjaya melakukannya. Begitu juga sokongan, selain suami dan keluarga, untuk menjadi WAHM kita perlukan juga sokongan luar dan rakan-rakan WAHM. Sekiranya kalian masih mencari-cari dan tidak tahu bagaimana mahu mula, saya sarankan kalian baca dahulu naskhah buku atau ebook Jana RM Di Rumah oleh Pn Masayu Ahmad. Kalian juga boleh bergabung di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) sebagai sebahagian daripada kumpulan sokongan untuk kalian menjadi WAHM. Apa yang saya mahukan semua ada di ABDR. Ia merangkumi ilmu dan panduan langkah demi langkah, mentor, jaringan hubungan bekerja (networking) dan juga sokongan rakan-rakan WAHM yang mempunyai matlamat yang sama.

Selain panduan asas di dalam buku atau ebook Jana RM Di Rumah, kalian juga boleh dapatkan perkongsian pengalaman dan realiati cabaran sebenar bekerja di rumah di dalam ebook Super WAHM Super Mom.



Apa seronoknya bekerja dari rumah. Saya senaraikan 8 kegembiraan berikut.

1. Saya masih tidak terikat dengan siapa-siapa. Hanya terikat dengan majikan sebenar, yang membenarkan saya dilahirkan di muka bumi. Jadi walau di rumah atau di luar rumah saya masih ada aturan dengan majikan yang sebenar. Tetapi saya tidak terikat dengan manusia yang mengarah itu dan ini. Saya masih boleh melakukan apa sahaja agar tidak melanggar aturan dan sudah ada peraturan buat isteri dan wanita bekerja. Sama ada di dalam rumah
mahupun luar rumah. Buat pilihan yang mengembirakan 'Majikan' bukannya mengembirakan 'manusia'.

2. Saya masih boleh mengawal dan urus masa dengan kadar semasa sibuk, kurang sibuk atau semasa super sibuk. Apabila super sibuk dengan urusan kerja, keluarga, orang tua dan anak- anak, ambil masa untuk fokus bertenang, mula susun rutin dan lakukan dengan hati lapang.

3. Raih pendapatan dengan cara kita mahukan. Berapa banyak peluang yang ada di muka bumi ini untuk mencari rezeki. Malaysia adalah negara yang banyak sumber, cari peluang tersebut ia ada di mana-mana, asalkan kita rajin berusaha dan tidak putus asa. Hanya orang malas sahaja yang mencipta alasan, sama-sama berubah dan tentukan pilihan yang kita mahukan.

Pn Masayu Ahmad.
Sumber: Ebook Super Wahm Super Mom.

Baca lanjut dalam Ebook Super WAHM Super Mom.




Promosi beli 2 buah ebook iaitu pakej ebook Super WAHM Super Mom dan ebook 101 Idea Home-Based Bisnes pada nilai RM50 masih berlangsung. 

Klik sini untuk tempahan: http://haryatidulbahri.blogspot.com/p/borang-tempahan.html

Atau hubungi saya selaku Pengurus Online ABDR untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.

Facebook Official: Yati Dbahri
Facebook Fanpage: WAHM Corner
SMS/WhatsApp: 019-6627100
Email: haryatidulbahri@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG