Nuffnang

Tuesday, 17 June 2014

Travelog SAHM Kepada WAHM

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Alhamdulillah, saya menjadi surirumah sepenuh masa pada usia 33 tahun dan ketika mempunyai sepasang cahaya mata yang comel dan semakin membesar. Sebelum itu, hampir 8 tahun lebih saya telah berkhidmat di sektor swasta dan juga sektor kerajaan. Kalau dahulu sebelum berkahwin dan mempunyai anak, sejujurnya saya tidak pernah merancang untuk menjadi surirumah sepenuh masa dan apatah lagi kini menjadi seorang WAHM (Working At Home Mom). Lebih-lebih lagi sekiranya kalian pernah mengenali saya, saya merupakan seorang yang sangat komited dengan kerja dan suka kepada kesempurnaan dalam melakukan sesuatu perkara. Dalam erti kata lain, saya seorang yang agak cerewet dan detail.

Tetapi apabila saya sudah mempunyai anak yang kedua (Harith Imran), pernah juga saya mengusulkan pada suami alangkah seronoknya kalau dapat menjadi surirumah sepernuh masa. Ketika itu, anak kedua kami lahir pra matang di usia 34 minggu. Kemudian pada usia dua hari beliau disahkan pula menghidap jaundis. Masalah jaundis berlarutan dan disahkan pula prolong jaundis sehinggalah usianya 51 hari. Alhamdulillah kembali sihat dan setelah habis cuti dua bulan berpantang saya kembali semula bekerja di pejabat. Apabila mempunyai anak yang kedua, pengalaman yang dialami amat berbeza ketika mempunyai anak seorang dahulu. Lebih-lebih lagi kali ini berbeza dari segi penjagaan anak yang pramatang. Walaupun lahir pada usia pramatang alhamdulillah, Harith mempunyai berat yang normal seperti bayi yang lain. Cuma saiznya agak kecil berbanding kakaknya yang lahir pada usia matang. 

Setiap kali hantar anak ke taska, perasaan kita sebagai ibu akan sentiasa memikirkan anak-anak yang masih kecil diletakkan di bawah penjagaan orang lain. Betul tak? Lebih-lebih lagi sejak di hantar ke taska, Harith seringkali demam dan dijangkiti batuk selesema. Mungkin keadaannya yang lahir pra matang amat sensitif kepada keadaan sekeliling di taska. Masalah batuk dan selsema berlarutan dari usianya 2 bulan sehinggalah usianya 8 bulan. Harith kemudiannya dirujuk ke Pakar Kanak-Kanak di Hospital Putrajaya. Pakar mengesahkan kemungkinan Harith akan menghidap asma sekiranya tidak mendapatkan rawatan selanjutnya. Sejak itu, bermulalah fasa rawatan Harith di Hospital Putrajaya. Setiap 6 bulan kami akan membawanya ke hospital untuk rawatan susulan. Di rumah pula, Harith dibekalkan nebulizer yang perlu diberi 2 kali sehari dan bila perlu.

Berat mata memandang berat lagi bahu kami yang memikul, melihat kesihatan Harith yang tidak menentu, perasaan saya sebagai Ummi semakin hari semakin membuak alangkah seronoknya sekiranya saya dapat menjadi Ummi sepenuh masa. Dalam masa yang sama pula kebetulan sejak awal tahun 2013 lagi suami telah bertukar bahagian. Apabila bertukar bahagian tugasnya pula memerlukan komitmen beliau untuk bertugas di luar kawasan. Boleh dikatakan hampir setiap minggu beliau akan berada di luar kawasan. Begitu juga dengan saya, masa saya di pejabat juga tidak boleh dijangka. Pernah sekali saya ambil anak-anak di rumah pengasuh mereka pada waktu malam. Suami tiada ketika itu kerana berada di luar kawasan. Perasaan sangat bersalah pada anak-anak ketika itu. Mungkin ramai di kalangan kita akan berkata mengapa tidak ambil orang gaji sahaja. Pada pendapat kami pula, kami telah menetapkan untuk tidak sama sekali mengambil perkhidmatan orang gaji. Kami lebih selesa sekiranya tidak ada orang luar berada di rumah dan anak-anak masih di bawah penjagaan kami.

Untuk itu, alhamdulillah dengan izin-Nya pada awal tahun 2013, kami sepakat dan nekad. Encik suami mengambil keputusan untuk saya terus fokus kepada anak-anak di rumah. Pada ketika itu, rasa syukur sangat kepada-Nya. Walaupun sayang dengan kerjaya yang ada, demi anak-anak dan keluarga saya terima dengan redha dan alhamdulillah sudah mula serasi dengan tugas surirumah sepenuh masa. Saya masih ingat lagi pada mula-mula keputusan ini dibuat, ramai di kalangan ahli keluarga yang seakan-akan tidak dapat menerima. Ada juga yang bertanya kenapa berhenti kerja? Kenapa? dan Kenapa? Soalan demi persoalan diterima. Saya hanya menerima soalan demi soalan dengan penuh sabar. Pada saya, apabila saya ada keluarga dan anak-anak, mereka adalah perkara pertama dan kerjaya di pejabat adalah perkara nombor dua. Jadi, keutamaan saya adalah keluarga. 

Hampir setahun saya menjadi SAHM (Stay At Home Mom). Saya sememangnya fokus kepada anak-anak dan urusan rumahtangga. Mula-mula dahulu semua kerja saya akan lakukan. Selagi nampak barang-barang bersepah saya akan kemaskan. Yang paling seronok saya tidak perlu risaukan kesihatan anak-anak lagi. Alhamdulillah dalam masa setahun saya menjadi SAHM, Harith telah sihat sepenuhnya dan tidak perlu lagi menerima rawatan di hospital. Pakar juga amat terkejut dengan perkembangan Harith. Saya memaklumkan kepada Pakar yang saya beri sepenuhnya susu ibu kepada harith. Susu ibu inilah ubat paling mujarab untuk penyakit asma Harith. Alhamdulillah, rezeki Harith untuk sihat kembali dan lebih daripada itu, beliau berada dalam jagaan saya sepenuhnya. Menurut kata suami, dalam masa setahun itu juga adalah waktu rehat saya. Dalam masa yang sama saya juga mencari peluang bisnes online untuk saya mula bekerja dari rumah.

Fasa saya sebagai seorang WAHM bermula apabila saya secara kebetulan sedang mencari info berkenan dekorasi rumah di blog Puan Khairunnisa Hamzahara pada awal tahun ini. Daripada blog beliau, satu persatu saya teroka. Daripada info berkenaan kediaman dan dekorasi, saya tertarik pula dengan perkongsian pengalaman beliau tentang WAHM dan Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Dari saat itu jugalah saya singgah pula ke blog ABDR dan blog Puan Pengasas ABDR iaitu Puan Masayu Ahmad. Alhamdulillah, terus saya minta izin dengan suami dan saya beritahu beliau ini adalah langkah pertama saya untuk terus berbisnes dari rumah. Inilah juga peluang untuk saya menuntut ilmu dan berguru daripada orang yang telah berjaya melakukannya.

Dengan izin-Nya, segala urusan saya dipermudahkan oleh-Nya. Saya ingat lagi dua hari selepas saya hantar mesej di facebook Pn Khairunnisa tentang kelas yang dianjurkan oleh ABDR, anak saya Harith telah dimasukkan wad kerana demam panas. Seminggu selepas itu setelah Harith sihat sepenuhnya, saya terus mendaftarkan diri ke kelas online asas blog dengan Pn Khairunnisa. Bermulalah perjalanan saya menuntut ilmu dan berguru dengan Cikgu Nisa. Setelah hampir dua bulan lebih, saya berjaya selesaikan tugasan dan sudah layak untuk mula berbisnes dari rumah. Alhamdulillah, kini selain mempromosikan produk sendiri saya juga layak untuk menjadi Pengurus Online Akademi dan seterusnya layak juga untuk mempromosikan produk/servis di akademi. Lebih daripada itu, saya sudah mula menjana pendapatan sedikit demi sedikit. InsyaAllah, doa saya semoga saya akan terus berjaya dan istiqamah dengan apa yang telah dirancang. Selain itu, saya juga berniat untuk bantu lebih ramai para suri di luar sana untuk turut sama menjana pendapatan dari rumah.

Kini setelah hampir empat bulan lebih saya rasa sangat berbaloi dengan apa yang saya pelajari di ABDR. Selepas ini saya akan kembangkan lagi bisnes yang ada. Apa yang saya pelajari di akademi akan saya manfaatkan untuk bisnes online yang saya ceburi. Memang benar seperti kata Puan Masayu Ahmad dalam ebook beliau, Ebook Belajar Asas Blog, kita mula dahulu dengan apa yang ada. Mula dengan bakat, minat dan kemahiran yang kita ada. Gunakan medium internet yang paling mudah iaitu blog dan facebook. Kemudian kita mula kembangkan minat dan kemahiran yang ada itu kepada bisnes.InsyaAllah, selagi niat kita betul selagi itulah Allah akan permudahkan urusan kita. Untuk berjaya tidak salah sekiranya kita gagal. Malah daripada kegagalan itulah yang akan menjadi titik tolak untuk kita terus melangkah ke hadapan dan juga berjaya. Semuanya adalah di tangan kita sendiri. Kita berusaha bersungguh-sungguh, fokus dan komited. Yang selebihnya kita serahkan kepada Yang Maha Esa. InsyaAllah.

Wallahua'lam.

Salam kasih sayang,

Yati Dbahri
WAHM Corner: Inspirasi Suri Bekerja Di Rumah
"1 Suri, 1 Perniagaan Dari Rumah"

*** 
Bergabung dengan kami 750 blog di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Pendaftaran kelas di ABDR berlangsung setiap hari.

1. Kelas asas blog dan penulisan - online & offline
2. Kelas asas blog dan fanpage mula bisnes - online & offline
3. Kelas asas blog dan penulisan kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas urus akaun wahm/soho - daftar di http://kelasonlineurusakaunbisneskecil.blogspot.com
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
7. Kelas online bina blog borong telekung solat (terhad kepada 30 orang sahaja)
8. Pendaftaran Pengurus Online
9. Projek Duit Raya di http://projekduithariraya.blogspot.com (Pakej untuk bulan puasa, raya dan rumah terbuka. Stok sedia ada)
10. Pendaftaran Bisnes Makanan Sunnah

Servis yang kami tawarkan:
1. Tempahan blog bisnes - siap 3 hingga 5 hari
2. Beriklan di SOHO directory juga bersama pautan 750 blog

Hubungi saya selaku Pengurus Online ABDR apabila kalian sudah sedia.


Facebook Official: Yati Dbahri
Facebook Fanpage: WAHM Corner
SMS/WhatsApp: 019-6627100
Email: haryatidulbahri@gmail.com


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG