Nuffnang

Saturday, 26 July 2014

Moga Dipermudahkan Segalanya

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.


Ketika entri ini ditulis saya dan keluarga telahpun berada di kampung halaman mertua di Pekan Bandar Diraja, Pahang. Alhamdulillah, sejak saya menjadi WAHM tahun ini buat pertama kalinya kami dapat pulang awal ke kampung. Suami pula kebetulan dapat peluang bercuti lebih awal pada tahun ini. Jadi, tahun ini kami tidak lagi mengharungi trafik yang sesak di jalan raya. Urusan cuti dan persiapan Aidilfitri juga dirancang lebih awal.

InsyaAllah lusa juga kita akan menyambut Aidilfitri. Sayu juga Ramadhan bakal meninggalkan kita. Rasa sekejap sahaja masa berlalu. Apa-apapun dalam kemeriahan kita menyambut Aidilfitri, tidak lupa juga untuk kita terus berdoa untuk muslimin dan muslimat di Gaza. Moga mereka semua sentiasa di bawah lindungan Allah swt dan kemenangan akan berpihak kepada Palestin dan Sunni Syria.

Begitu juga teruskan berdoa untuk pesawat MH370 dan juga MH17. Moga dikembalikan MH370. Kami masih berharap MH370 selamat dan kembali ke pangkuan keluarga masing-masing. Selain itu, moga dipermudahkan juga segala urusan bawa balik jenazah pesawat MH17. Kita doakan semoga mangsa-mangsa yang muslim ditempatkan di kalangan orang yang beriman. InsyaAllah.

Di kesempatan ini juga, moga kalian yang baru mulakan perjalanan balik kampung hari ini dipermudahkan segalanya. Hati-hati ketika memandu di jalan raya dan semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing.

Wednesday, 16 July 2014

Mula Dan Selesaikan Dengan Penuh Minat Dan Kasih Sayang

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Pejam celik pejam celik, hari ini sudah masuk hari ke 18 kita berpuasa. Alhamdulillah, dengan izin-Nya kita masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini dan seterusnya masih diberi peluang untuk sujud dan beribadah kepada-Nya Yang Maha Esa. Terima kasih Ya Allah Ya Rahim.

Perjalanan hari ini diteruskan dengan penuh ikhlas dan istiqamah. Hari ini saya target untuk siapkan tempahan jahitan lace dan manik yang diterima. InsyaAllah, jahitan hari ini dimulakan dan diselesaikan dengan penuh minat dan kasih sayang. Moga dipermudahkan segala urusan hari ini.

Begitu juga untuk urusan kita yang lain-lain. Kita mulakan dan selesaikan urusan kita dengan penuh minat dan kasih sayang. InsyaAllah hasilnya pun akan menggembirakan kita dan semua orang.

Perjalanan kelas online di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) berlangsung seperti biasa. Pendaftaran diterima sepanjang hari dan kami di ABDR mengalu-alukan penyertaan para suri yang berminat untuk bersama jemaah kami di pautan hampir mencecah 1000 ahli sempena bulan Ramadhan ini, 11 guru online, 44 pengurus online dan 2 trainer kewangan bertugas.

Sunday, 13 July 2014

Di ABDR Kami Berkenalan, Qaseh Gold Bangi

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Alhamdulillah. Hari ini bersiaran dari rumah mertua di Pekan Bandar Di Raja, Pahang. Kebetulan selasa minggu hadapan adalah cuti umum Nuzul Quran, saya sekeluarga pulang ke Pekan menyambut Ramadhan di rumah mertua pula. Alhamdulillah, sejak menjadi WAHM, saya tidak perlu pening kepala untuk urusan pengambilan cuti di pejabat. Saya bebas menentukan hari cuti saya untuk keluarga. Walaupun cuti, masa untuk berbisnes online dan blog yang saya kendalikan masih dalam perhatian untuk dikemaskini.

Baik, cerita semalam sebenarnya saya sempat berjumpa dengan seorang kenalan baru. Kami berkenalan secara maya dan lebih bermakna perkenalan kami semuanya bermula di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Walaupun kini saya bekerja di rumah, ianya tidak membataskan saya untuk terus mempunyai lebh ramai kenalan. Kami sama-sama menyertai kelas asas blog yang dianjurkan di ABDR tetapi berada di bawah kelolaan guru online yang berbeza. Dan apa yang lebih menarik lagi, bukan setakat menjadi kenalan, beliau juga kini menjadi sebahagian daripada pelanggan saya. Nampakkan hubungan networking yang terbina di situ. Kami di ABDR bukan sahaja membantu dari segi menaikkan aliran trafik di blog masing-masing, malah banyak lagi sebenarnya manfaat yang diperolehi. Jalinan kerjasama dan sokongan antara ahli ABDR yang lain juga terbina antara satu sama lain.

Kenalan yang saya maksudkan tadi adalah Puan Umi Arbee Ali yang merupakan Stokis Qaseh Gold dan barangan AnaEdar di Bangi. Sebelum ini kami hanya berbual di maya dan aplikasi whatsApp di telefon bimbit. Alhamdulillah, oleh kerana jarak rumah kami tidak jauh, dengan izin-Nya semalam saya dapat berjumpa dengan puan yang empunya diri di kediaman beliau di Bangi. Daripada hanya seorang kenalan, kini bertukar menjadi pelanggan. Kami saling membantu dan memberi sokongan dalam bisnes masing-masing. Alhamdulillah, saya dipertemukan dengan seorang lagi sahabat yang sama-sama mempunyai matlamat yang sama untuk menjadi WAHM yang berjaya. Moga perkenalan kami akan lebih memberi makna dalam kehidupan kami masing-masing. InsyaAllah.

Friday, 11 July 2014

5 Kelebihan Bisnes Dropship

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera.

Salam Jumaat. Hari ini sudah masuk hari ke 13 Ramadhan. Alhamdulillah, sekejap sahaja sudah masuk minggu kedua kita melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Moga urusan kita dipermudahkan segalanya dan sentiasa di dalam limpahan rahmat-Nya.Amin.

Baik, hari ini saya terpanggil untuk kongsikan berkenaan kelebihan bisnes dropship. Berdasarkan pengalaman saya sendiri dalam bisnes, saya juga memilih bisnes dropship sebagai salah satu idea bisnes. Lebih-lebih lagi saya adalah seorang WAHM yang baru mula berjinak-jinak dalam bisnes. Sudah tentu saya mempunyai kekangan dari segi modal wang dan juga pengalaman berbisnes. Akan tetapi, ini bukanlah alasan atau penghalang untuk saya mula berbisnes. Sejak menjadi WAHM, banyak juga maklumbalas yang saya terima menyatakan yang mereka ingin bekerja di rumah tetapi tidak tahu hendak mula dengan apa. Tiada bakat dan kemahiran yang boleh dikembangkan dalam bisnes juga menjadi alasan untuk tidak merealisasikan matlamat mereka. Tidak kurangnya juga ada yang memberi alasan belum cukup modal untuk mula berbisnes. Dan bermacam-macam lagi maklumbalas yang saya rasakan lebih kepada untuk tidak memulakan bisnes. Pada pendapat saya ini semua terletak kepada keyakinan kita untuk melaksanakan sesuatu. Begitu juga minat dan nawaitu kita.

Dahulu saya juga pernah berpendapat sedemikian. Tapi apabila saya sudah berada dalam satu keadaan di mana saya rasakan saya mesti berani melangkah ke hadapan melakukan sesuatu yang luar daripada kebiasaan. Saya mesti cuba dan mesti cepat bertindak. Sebab itulah saya mencari ilmu dan mentor untuk ke arah itu. Sehinggalah saya menyertai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Dengan hanya bermodalkan yuran kelas yang saya sertai, kini saya mampu menjalankan pelbagai cabang bisnes yang saya rasakan banyak manfaatnya sekiranya kita betul-betul fokus dan lakukan dengan bersungguh-sungguh.

Antara idea bisnes yang paling mudah dan tidak memerlukan modal yang banyak adalah bisnes dropship. Dan sekiranya kita bertuah, ada juga bisnes dropship yang memang tidak memerlukan modal wang langsung. Pada kebiasaanya pihak drospshipper/ supplier hanya akan mengenakan yuran minima sebagai pendaftaran untuk menjadi agen dropship.

Apa itu bisnes dropship?

Berdasarkan pengalaman saya, bisnes dropship ialah kita menjual sesuatu produk tanpa perlu menyimpan stok. Dalam erti kata lain, kita sebagai agen dropship tugas kita hanya perlu menjadi orang tengah yang membuat promosi dan jualan produk tersebut. Apabila ada pembeli/pelanggan yang membuat pesanan, kita hanya perlu menguruskan pesanan tersebut dengan supplier. Kemudian pihak supplier akan menghantar produk yang dipesan tadi terus kepada pembeli/pelanggan. Sebagai agen, kita sebenarnya adalah perantara antara pembeli dan juga supplier.

Monday, 7 July 2014

Bengkel Offline Asas Akaun

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Alhamdullillah 9 Ramadhan hari ini. Perjalanan kelas online dan offline anjuran Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) berlangsung seperti biasa. Bengkel Offline Asas Akaun juga akan berlangsung pada 19 Julai ini di Shah Alam, Selangor. 

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bengkel tersebut:

[BENGKEL OFFLINE ASAS AKAUN]

Tarikh: 19.07.2014 (Sabtu)
Lokasi: Shah Alam
Tempat: 2nd Floor, PKNS Bizpoint Shah Alam, Selangor
Masa: 8.30pg - 4.30ptg
(Pendaftaran akan ditutup pada 12 Julai 2014)



Modul

1. Pengenalan Book keeping and accounting
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entreprenuer
3. How to do record keeping
4. Basic costing and Pricing. Bagaimana anda meletakkan Harga?
5. Profit & Loss...anda untung @ Rugi????
6. Case Study (full set of Bookeeping)
case study - hands on task. Full cycle how to do book keeping.

Saturday, 5 July 2014

Hendak Seribu Daya

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera.

Alhamdulillah. Salam 7th Ramadhan dan salam hujung minggu. Sekejap sahaja masa berlalu. Sudah seminggu kita menjalani ibadah puasa. Moga kita semua diberi kekuatan dan keberkatan untuk terus menyempurnakan ibadah ini sebaiknya. Amin.

Semalam saya sempat kemaskini blog WAHM Corner. Kalau perasan saya ada kemaskini senarai blog saya yang lain di side bar sebelah kiri blog. Alhamdulillah, sudah lengkap tiga lagi buah blog lain yang dikendalikan oleh saya setakat ini. Moga saya istiqamah untuk melaksanakan tindakan dan langkah yang seterusnya. InsyaAllah. 

Dengan ini, saya berbesar hati untuk jemput kalian singgah dan memberi sokongan di blog saya yang lain di link berikut:


Ada dua lagi blog masih dalam pembinaan. InsyaAllah bakal siap dan saya akan maklumkan kemudian ya. Jutaan terima kasih kepada semua pembaca dan pengunjung blog ini kerana sudi singgah dan memberi sekongan kepada perkembangan blog ini. Moga dapat memberi manfaat kepada semua ;-)

Serba sedikit tentang perjalanan saya dalam penulisan blog. Jika diingat kembali saya mendaftar di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) pada 7 Februari 2014. Saya menyertai kelas online secara serentak iaitu 1) Kelas Asas Blog dan Penulisan; dan 2) Kelas Asas Blog Dan Fanpage Mula Bisnes (baca lanjut ulasan saya di sini). Secara jujurnya saya memang zero dalam berblogging apatah lagi untuk menulis seperti sekarang ini. Saya hanya tahu bina blog berdasarkan tutorial yang boleh didapati dalam carian google. Kemudian pengisian blog lebih kepada catatan harian. Baik, kini hampir 5 bulan saya menyertai ABDR, alhamdulillah dengan izin-Nya saya sudah boleh membina beberapa blog yang lengkap dengan mudah dan sudah mula menjana pendapatan sedikit demi sedikit. Bagi saya apa yang lebih penting adalah ilmu yang disampaikan melalui penulisan di blog. Setiap entri yang ditulis harus ada pengisian yang bermanfaat dan memberi kesan positif kepada orang lain. 

Wednesday, 2 July 2014

Dari Blog Kami Berkenalan ~ I-Ceria Bakery

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Percaya tak kalau saya katakan yang kami berkenalan menerusi blog WAHM Corner ini? Ya, bermula daripada hanya sebagai pengunjung blog WAHM Corner, beliau terus setia mengikuti perkembangan blog WAHM Corner dan akhirnya pada tarikh 12 Jun 2014 yang lepas beliau memberanikan diri menghantar mesej di aplikasi whatsapp kepada saya, selaku penulis blog WAHM Corner: Inspirasi Suri Bekerja Di Rumah. Beliau yang saya maksudkan adalah Puan Noorizam daripada Kulim, Kedah. Beliau merupakan seorang usahawan dan pemilik Syarikat I-Ceria Bakery yang mengeluarkan tepung segera kek coklat lembap kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mula berbisnes dan juga mereka yang sedang berniaga. 

Perbualan antara kami di aplikasi WhatsApp
Serba sedikit tentang perkenalan kami, hanya menerusi blog dan berhubung di aplikasi whatsapp kami mula bercerita tentang pengalaman masing-masing. Allahuakbar, jauh di sudut hati, saya rasa seronok sebenarnya dapat berhubung dengan pembaca blog saya sendiri pada amnya dan lebih daripada itu kami sama-sama bertukar cerita tentang pengalaman dalam bisnes masing-masing. Alhamdulillah, ini bermaksud apa yang saya coretkan selama ini di blog bukanlah perkara yang sia-sia. Malah ada sebenarnya yang mengikuti penulisan saya di blog. Apa yang saya kongsikan di blog hanyalah catatan dan pengalaman peribadi yang boleh memberi manfaat kepada lebih ramai orang di luar sana. Begitu juga dengan Puan Noorizam tadi, beliau juga sedang melakukan perkara yang hampir sama dengan saya. Niat kami untuk membantu lebih ramai golongan suri untuk menambah pendapatan mereka. Bezanya konsep yang dilakukan oleh Puan Noorizam kini adalah secara offline. InsyaAllah beliau juga sebenarnya menyimpan hasrat untuk kembangkan lagi perniagaan beliau secara online.

Nampak tak point sebenar daripada apa yang saya ceritakan tadi? Betapa hebatnya kuasa blog. Daripada blog, kita ada pengunjung yang membaca blog kita. Daripada hanya seorang pembaca, ianya boleh bertukar pula menjadi prospek kita samada sebagai pelanggan atau rakan niaga kita. Kalau dahulu saya pernah mempunyai blog peribadi (www.safiyaharith.blogspot.com), tapi blog tersebut hanyalah sekadar blog suka-suka. Kini, setelah saya belajar langkah demi langkah membina blog berpengaruh di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR), alhamdulillah saya dapat rasakan perbezaan yang amat ketara dengan blog yang saya kendalikan kini. Dari segi pengisian di blog dan gaya penulisan, blog ini lebih santai dan memberi informasi kepada pembaca. Setiap entri yang ditulis pula adalah fokus kepada tajuk blog dan matlamat sebenar blog ini. Jadi, apabila saya sudah mengetahui teknik atau selok-belok sebenar tentang blog, saya dapat rumuskan di sini bahawa blog adalah sangat relevan kepada usahawan kecil seperti saya yang menjalankan perniagaan dari rumah. Lebih sinonim lagi sebagai WAHM (Working At Home Mom). Kini, daripada apa yang saya pelajari di ABDR, saya aplikasikan pula teknik membina blog dengan membina beberapa blog kedai online yang saya kendalikan. Alhamdulillah, setakat ini saya sudah mula menjana pendapatan sedikit demi sedikit dengan menggunakan medium blog sebagai medium utama berbisnes dari rumah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG