Nuffnang

Friday, 11 July 2014

5 Kelebihan Bisnes Dropship

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera.

Salam Jumaat. Hari ini sudah masuk hari ke 13 Ramadhan. Alhamdulillah, sekejap sahaja sudah masuk minggu kedua kita melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Moga urusan kita dipermudahkan segalanya dan sentiasa di dalam limpahan rahmat-Nya.Amin.

Baik, hari ini saya terpanggil untuk kongsikan berkenaan kelebihan bisnes dropship. Berdasarkan pengalaman saya sendiri dalam bisnes, saya juga memilih bisnes dropship sebagai salah satu idea bisnes. Lebih-lebih lagi saya adalah seorang WAHM yang baru mula berjinak-jinak dalam bisnes. Sudah tentu saya mempunyai kekangan dari segi modal wang dan juga pengalaman berbisnes. Akan tetapi, ini bukanlah alasan atau penghalang untuk saya mula berbisnes. Sejak menjadi WAHM, banyak juga maklumbalas yang saya terima menyatakan yang mereka ingin bekerja di rumah tetapi tidak tahu hendak mula dengan apa. Tiada bakat dan kemahiran yang boleh dikembangkan dalam bisnes juga menjadi alasan untuk tidak merealisasikan matlamat mereka. Tidak kurangnya juga ada yang memberi alasan belum cukup modal untuk mula berbisnes. Dan bermacam-macam lagi maklumbalas yang saya rasakan lebih kepada untuk tidak memulakan bisnes. Pada pendapat saya ini semua terletak kepada keyakinan kita untuk melaksanakan sesuatu. Begitu juga minat dan nawaitu kita.

Dahulu saya juga pernah berpendapat sedemikian. Tapi apabila saya sudah berada dalam satu keadaan di mana saya rasakan saya mesti berani melangkah ke hadapan melakukan sesuatu yang luar daripada kebiasaan. Saya mesti cuba dan mesti cepat bertindak. Sebab itulah saya mencari ilmu dan mentor untuk ke arah itu. Sehinggalah saya menyertai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Dengan hanya bermodalkan yuran kelas yang saya sertai, kini saya mampu menjalankan pelbagai cabang bisnes yang saya rasakan banyak manfaatnya sekiranya kita betul-betul fokus dan lakukan dengan bersungguh-sungguh.

Antara idea bisnes yang paling mudah dan tidak memerlukan modal yang banyak adalah bisnes dropship. Dan sekiranya kita bertuah, ada juga bisnes dropship yang memang tidak memerlukan modal wang langsung. Pada kebiasaanya pihak drospshipper/ supplier hanya akan mengenakan yuran minima sebagai pendaftaran untuk menjadi agen dropship.

Apa itu bisnes dropship?

Berdasarkan pengalaman saya, bisnes dropship ialah kita menjual sesuatu produk tanpa perlu menyimpan stok. Dalam erti kata lain, kita sebagai agen dropship tugas kita hanya perlu menjadi orang tengah yang membuat promosi dan jualan produk tersebut. Apabila ada pembeli/pelanggan yang membuat pesanan, kita hanya perlu menguruskan pesanan tersebut dengan supplier. Kemudian pihak supplier akan menghantar produk yang dipesan tadi terus kepada pembeli/pelanggan. Sebagai agen, kita sebenarnya adalah perantara antara pembeli dan juga supplier.

Berikut adalah gambaran jelas berkenaan dropship:-


Sumber gambar: carian google


Biasanya bisnes dropship hanya melibatkan 3 orang dalam proses ini iaitu:

1. Penjual/ Agen dropship
Tugas penjual/agen dropship adalah melakukan promosi produk. Sebagai contoh sekiranya agen dropship menjalankan bisnes secara online, kita boleh meletakkan gambar dan keterangan produk di medium pemasaran seperti blog, facebook, instagram, twitter, mudah.my dan sebagainya.

Kemudian agen dropship akan menguruskan pesanan seperti nama pembeli, alamat penghantaran, kuantiti dan keterangan produk yang dibeli terus kepada supplier beserta dengan bayaran produk tersebut.

Agen juga akan memaklumkan status penghantaran kepada pembeli setelah penghantaran produk dibuat.

2. Pembeli/ Pelanggan
Pembeli/pelanggan yang berminat untuk membeli akan membuat pesanan dan pembayaran kepada agen dropship. Pembeli akan membayar harga produk tersebut dengan harga pasaran beserta kos penghantaran yang telah ditetapkan.

3. Dropshipper/ Supplier
Dropshipper/ supplier adalah pihak syarikat yang menguruskan stok dan menghantar terus kepada pembeli/pelanggan.

Kenapa saya mula dengan bisnes dropship?

Di sini saya senaraikan 5 kelebihan bisnes drospship:-

1. Tidak perlu modal wang untuk membeli stok produk.

2. Tidak perlu simpan stok kerana pihak supplier yang akan menyimpan stok.

3. Tidak perlu pening kepala untuk menguruskan penghantaran produk. Pihak supplier akan menghantar terus kepada pembeli/pelanggan.

4. Jimat masa dan mudah. Selain itu, dengan dropship juga saya boleh mempelbagai jenis produk yang saya jual. Maksudnya saya tidak tertumpu hanya pada satu jenis produk sahaja. Kelebihan no. 1 - 3 yang tersebut tadi memudahkan saya untuk menjadi agen lebih daripada satu produk dalam satu masa.

5. Risiko bisnes yang paling rendah. Ini merangkumi kelebihan yang saya kongsikan seperti di atas dan sudah tentu saya tidak perlu menyewa kedai/premis dan juga tidak perlu membeli stok dahulu. Saya hanya perlu membuat promosi dan jualan. Apabila ada pelanggan saya akan dapat komisyen di situ.

Mudahkan berbisnes dropship dan sangat sesuai bagi WAHM seperti saya. Moga perkongsian kali ini memberi panduan kepada kalian yang mahu mula berbisnes dari rumah. Sekiranya kalian masih bekerja dan mahu berbisnes, bisnes dropship ini juga amat sesuai untuk dilakukan secara part time. Kita kumpul modal dahulu dengan bisnes dropship. Kemudian baru kita mulakan pula dengan bisnes produk sendiri. Bagi saya, bukan setakat boleh kumpul modal wang, kita juga boleh dapatkan pengalaman berbisnes dan berjualan dengan melakukan bisnes dropship ini.

Untuk itu, kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) dengan berbesar hati mengalu-alukan kalian yang serius mahu mula belajar berbisnes. Jom sertai kami dengan menjadi agen drosphip ABDR. Kami menawarkan pakej dropship yang membolehkan kalian belajar menggunakan blog untuk mempromosi produk.

Pelbagai pilihan dropship ABDR yang ditawarkan seperti berikut:-

1. Dropship makanan sunnah dan projek raya
2. Dropship makanan sunnah dan telekung solat
3. Dropship makanan sunnah dan produk islamik














Hanya 5 langkah mudah:-
1. Daftar sebagai agen dropship ABDR
2. Blog jualan
3. Fanpage
4. Ambil komisyen
5. Urus pesanan pelanggan

Sebagai agen dropship kita tidak perlu:-
- simpan stok
- COD
- urus penghantaran/pengeposan

Kalian berminat? Boleh terus daftar bagi yang sudah sedia & serius mahu jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah 


Yati Dbahri
Pengurus Online Akademi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG