Nuffnang

Wednesday, 2 July 2014

Dari Blog Kami Berkenalan ~ I-Ceria Bakery

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Percaya tak kalau saya katakan yang kami berkenalan menerusi blog WAHM Corner ini? Ya, bermula daripada hanya sebagai pengunjung blog WAHM Corner, beliau terus setia mengikuti perkembangan blog WAHM Corner dan akhirnya pada tarikh 12 Jun 2014 yang lepas beliau memberanikan diri menghantar mesej di aplikasi whatsapp kepada saya, selaku penulis blog WAHM Corner: Inspirasi Suri Bekerja Di Rumah. Beliau yang saya maksudkan adalah Puan Noorizam daripada Kulim, Kedah. Beliau merupakan seorang usahawan dan pemilik Syarikat I-Ceria Bakery yang mengeluarkan tepung segera kek coklat lembap kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mula berbisnes dan juga mereka yang sedang berniaga. 

Perbualan antara kami di aplikasi WhatsApp
Serba sedikit tentang perkenalan kami, hanya menerusi blog dan berhubung di aplikasi whatsapp kami mula bercerita tentang pengalaman masing-masing. Allahuakbar, jauh di sudut hati, saya rasa seronok sebenarnya dapat berhubung dengan pembaca blog saya sendiri pada amnya dan lebih daripada itu kami sama-sama bertukar cerita tentang pengalaman dalam bisnes masing-masing. Alhamdulillah, ini bermaksud apa yang saya coretkan selama ini di blog bukanlah perkara yang sia-sia. Malah ada sebenarnya yang mengikuti penulisan saya di blog. Apa yang saya kongsikan di blog hanyalah catatan dan pengalaman peribadi yang boleh memberi manfaat kepada lebih ramai orang di luar sana. Begitu juga dengan Puan Noorizam tadi, beliau juga sedang melakukan perkara yang hampir sama dengan saya. Niat kami untuk membantu lebih ramai golongan suri untuk menambah pendapatan mereka. Bezanya konsep yang dilakukan oleh Puan Noorizam kini adalah secara offline. InsyaAllah beliau juga sebenarnya menyimpan hasrat untuk kembangkan lagi perniagaan beliau secara online.

Nampak tak point sebenar daripada apa yang saya ceritakan tadi? Betapa hebatnya kuasa blog. Daripada blog, kita ada pengunjung yang membaca blog kita. Daripada hanya seorang pembaca, ianya boleh bertukar pula menjadi prospek kita samada sebagai pelanggan atau rakan niaga kita. Kalau dahulu saya pernah mempunyai blog peribadi (www.safiyaharith.blogspot.com), tapi blog tersebut hanyalah sekadar blog suka-suka. Kini, setelah saya belajar langkah demi langkah membina blog berpengaruh di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR), alhamdulillah saya dapat rasakan perbezaan yang amat ketara dengan blog yang saya kendalikan kini. Dari segi pengisian di blog dan gaya penulisan, blog ini lebih santai dan memberi informasi kepada pembaca. Setiap entri yang ditulis pula adalah fokus kepada tajuk blog dan matlamat sebenar blog ini. Jadi, apabila saya sudah mengetahui teknik atau selok-belok sebenar tentang blog, saya dapat rumuskan di sini bahawa blog adalah sangat relevan kepada usahawan kecil seperti saya yang menjalankan perniagaan dari rumah. Lebih sinonim lagi sebagai WAHM (Working At Home Mom). Kini, daripada apa yang saya pelajari di ABDR, saya aplikasikan pula teknik membina blog dengan membina beberapa blog kedai online yang saya kendalikan. Alhamdulillah, setakat ini saya sudah mula menjana pendapatan sedikit demi sedikit dengan menggunakan medium blog sebagai medium utama berbisnes dari rumah.

Berbalik kepada cerita Puan Noorizam tadi, sejak itu kami bersahabat. Walaupun kami tidak pernah berjumpa, ini bukanlah penghalang kami untuk sama-sama membantu dan memberi sokongan kepada bisnes masing-masing. Dari perkenalan singkat kami di blog dan whatsapp, saya berpeluang juga untuk mengetahui lebih lanjut tentang bisnes yang Puan Noorizam jalankan. Begitu juga dengan beliau yang juga berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang kelas asas blog yang dianjurkan oleh akademi. Baik, bercerita tentang tepung kek coklat lembap yang diusahakan oleh Puan Noorizam, saya lihat potensi bisnes beliau boleh dikembangkan lagi kepada lebih ramai orang secara online. Ini juga yang saya usulkan kepada beliau supaya kembangkan lagi bisnes beliau dengan mula mempromosi menerusi blog dan fanpage. Insyaallah, saya doakan moga dipermudahkan hasrat dan usaha Puan Noorizam untuk mengembangkan bisnes beliau secara online suatu hari nanti.

Kebetulan anak-anak saya memang gemarkan kek coklat. Alhamdulillah, di kesempatan ini saya diberi peluang untuk mencuba sendiri tepung kek coklat tersebut. Pada minggu yang lalu saya sempat memasak dan menyediakan kek coklat menggunakan tepung kek coklat segera daripada I-Ceria Bakery. Hasilnya sangat memuaskan. Rasanya memang sedap dan lembap. Cara membuatnya juga amat mudah sekali dan amat sesuai bagi para suri yang sibuk dengan rutin harian mereka. Bagi saya, tepung segera kek coklat ini amat membantu sekali kepada diri saya sebagai WAHM dan Ummi yang tidak mahir lagi membuat kek menggunakan adunan sendiri. 

Oleh itu, di sini juga saya berbesar hati untuk memaklumkan sekiranya ada di antara kalian yang berminat untuk menambah pendapatan melalui perniagaan tepung segera kek coklat ini. Mudah sahaja, kalian boleh terus hubungi Puan Norizam di talian berikut:

Puan Noorizam (I-Ceria Bakery Sdn Bhd)
No. Tel: 016-4212491
Alamat: No. 93C, Kampung Keladi (dekat Giant dan berhadapan Sek Ren Keladi), 09000 Kulim, Kedah.
Latar belakang syarikat: I-Ceria Bakery merupakan syarikat bumiputera yang menyediakan dan menerima tempahan kek untuk sebarang majlis. Dengan harga yang amat berpatutan, kami yakin mampu memenuhi permintaan pelanggan yang inginkan majlis mereka ceria dan meriah. Cupcake dengan harga serendah RM0.50 menjadi tarikan utama. Dan coklat moist cake merupakan produk utama keluaran I-Ceria Bakery.
Berat Tepung Kek Coklat Lembap I-Ceria Bakery: 500 gram (topping kek juga disediakan).

Tepung Kek Coklat Lembap I-Ceria Bakery dan cupcake menggunakan tepung kek ini.
(Sumber gambar: Gambar peribadi daripada I-Ceria Bakery)
Ini adalah hasil masakan penulis menggunakan tepung kek coklat lembap I-Ceria Bakery.
(sila abaikan rupa kek yang merekah itu ya. Tapi rasanya memang sedap & lembap)
Kesimpulan daripada entri saya pada kali ini, blog merupakan medium internet yang masih relevan untuk mengembangkan lagi bisnes kita kepada umum. Selain sebagai tapak kedai online kita, blog juga berperanan membina hubungan networking kita dengan usahawan lain secara global. Kuncinya di sini, kita mesti bijak ambil peluang. Kita gunakan sebanyak mungkin pilihan pemasaran perniagaan yang sedia ada. Ini termasuklah secara offline dan online. Sebagai usahawan kecil yang mula untuk mengembangkan bisnes, menggunakan medium blog adalah satu pilihan yang amat tepat dan relevan selaras dengan perkembangan teknologi IT yang semakin meluas dan rata-rata pengguna sendiri lebih gemar membeli-belah secara online. Semua urusan hanya dihujung jari. Jadi, terpulang kepada kita sendiri untuk membuat pilihan dan bertindak.

Moga entri ini memberi manfaat dan jutaan terima kasih kepada kalian yang terus memberi sokongan kepada blog WAHM Corner ;-)

Wallahua'lam.

Yati Dbahri
WAHM Corner: Inspirasi Suri Bekerja Di Rumah
"1 Suri, 1 Perniagaan Dari Rumah"

~~~~~~~~~~~~

Selamat datang kepada protege Jun 2014 Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Bergabung dengan kami yang kini menuju 1000 pautan blog di bulan ramadhan ini. Pendaftaran kelas di ABDR berlangsung setiap hari.

1. Kelas asas blog dan penulisan - online & offline
2. Kelas asas blog dan fanpage mula bisnes - online & offline
- Mula bisnes produk sendiri
- Mula bisnes makanan sunnah
- Mula bisnes telekung solat: http://gedungtelekungsolat.blogspot.com
- Mula bisnes projek duit raya: http://projekduithariraya.blogspot.com
- Mula bisnes produk islamik
3. Kelas asas blog dan penulisan kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas urus akaun wahm/soho - daftar di http://kelasonlineurusakaunbisneskecil.blogspot.com
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
8. Pendaftaran Pengurus Online

Servis yang kami tawarkan:
1. Tempahan blog bisnes - siap 3 hingga 5 hari
2. Beriklan di SOHO directory juga bersama pautan menuju 1000 blog

Hubungi saya selaku Pengurus Online ABDR apabila kalian sudah sedia.

Facebook Official: Yati Dbahri
Facebook Fanpage: WAHM Corner
SMS/WhatsApp: 019-6627100
Email: haryatidulbahri@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG