Nuffnang

Saturday, 5 July 2014

Hendak Seribu Daya

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera.

Alhamdulillah. Salam 7th Ramadhan dan salam hujung minggu. Sekejap sahaja masa berlalu. Sudah seminggu kita menjalani ibadah puasa. Moga kita semua diberi kekuatan dan keberkatan untuk terus menyempurnakan ibadah ini sebaiknya. Amin.

Semalam saya sempat kemaskini blog WAHM Corner. Kalau perasan saya ada kemaskini senarai blog saya yang lain di side bar sebelah kiri blog. Alhamdulillah, sudah lengkap tiga lagi buah blog lain yang dikendalikan oleh saya setakat ini. Moga saya istiqamah untuk melaksanakan tindakan dan langkah yang seterusnya. InsyaAllah. 

Dengan ini, saya berbesar hati untuk jemput kalian singgah dan memberi sokongan di blog saya yang lain di link berikut:


Ada dua lagi blog masih dalam pembinaan. InsyaAllah bakal siap dan saya akan maklumkan kemudian ya. Jutaan terima kasih kepada semua pembaca dan pengunjung blog ini kerana sudi singgah dan memberi sekongan kepada perkembangan blog ini. Moga dapat memberi manfaat kepada semua ;-)

Serba sedikit tentang perjalanan saya dalam penulisan blog. Jika diingat kembali saya mendaftar di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) pada 7 Februari 2014. Saya menyertai kelas online secara serentak iaitu 1) Kelas Asas Blog dan Penulisan; dan 2) Kelas Asas Blog Dan Fanpage Mula Bisnes (baca lanjut ulasan saya di sini). Secara jujurnya saya memang zero dalam berblogging apatah lagi untuk menulis seperti sekarang ini. Saya hanya tahu bina blog berdasarkan tutorial yang boleh didapati dalam carian google. Kemudian pengisian blog lebih kepada catatan harian. Baik, kini hampir 5 bulan saya menyertai ABDR, alhamdulillah dengan izin-Nya saya sudah boleh membina beberapa blog yang lengkap dengan mudah dan sudah mula menjana pendapatan sedikit demi sedikit. Bagi saya apa yang lebih penting adalah ilmu yang disampaikan melalui penulisan di blog. Setiap entri yang ditulis harus ada pengisian yang bermanfaat dan memberi kesan positif kepada orang lain. 

Selain itu, sebenarnya lebih daripada itu. Bukan setakat boleh membina blog sendiri, tapi apa yang lebih bermakna adalah ilmu lain yang saya perolehi di ABDR. Ilmu berbisnes dan bekerja di rumah dari mereka yang telah berjaya melakukannya. Ya, inilah matlamat saya sebenarnya. Mengetahui dan mempelajari lebih lanjut berkenaan WAHM (Working At Home Mom) dan berbisnes dari rumah. Alhamdulillah, bagi saya ABDR adalah tempat terbaik untuk menimba ilmu dan sebagai kumpulan sokongan bekerja di rumah. Apa yang saya lakukan kini adalah latihan untuk saya pergi jauh lagi dalam bisnes utama yang akan saya lakukan nanti. InsyaAllah saya akan teruskan rancangan saya untuk pergi jauh dalam bidang jahitan dan kraf. Jadi, matlamat kita mesti jelas dan betul. Kini saya merupakan salah seorang Pengurus Online ABDR bersama jemaah ABDR. Bagi saya, ini adalah sebagai latihan atau    on the job training saya dalam bisnes. Dari sinilah saya perlu praktikkan beberapa kemahiran seperti kemahiran pemasaran, khidmat pelanggan, penjualan, penjenamaan, urus akaun dan banyak lagi. Semua ini adalah persediaan awal untuk saya realisasikan matlamat saya sebagai WAHM dan bisnes utama dalam jahitan nanti. InsyaAllah.

Pengalaman kita akan mengajar kita untuk lebih matang dan bijak melakukan sesuatu tindakan. Dalam mengharungi cabaran sebagai WAHM, motivasi diri sangatlah penting bagi memastikan setiap langkah kita tidak terhenti begitu sahaja. Dalam diri kita perlu kuat dan tabah. Hari-hari kita perlu bangkit dan bertindak. Bertindak cepat dan berusaha keras untuk merealisasikan apa yang dirancang. Fokus dan komitmen juga perlu didisiplinkan dalam diri kita. InsyaAllah semoga dipermudahkan oleh-Nya. Pokok pangkalnya hendak seribu daya dan begitu juga sebaliknya.

Wallahua'lam.

Yati Dbahri
WAHM Corner: Inspirasi Suri Bekerja Di Rumah
"1 Suri, 1 Perniagaan Dari Rumah"

~~~~~~~~~~~~

Selamat datang kepada protege Julai 2014 Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Bergabung dengan kami yang kini menuju 1000 pautan blog di bulan ramadhan ini. 

Pendaftaran kelas di ABDR berlangsung setiap hari.

1. Kelas asas blog dan penulisan - online & offline
2. Kelas asas blog dan fanpage mula bisnes - online & offline
- Mula bisnes produk sendiri
- Mula bisnes makanan sunnah
- Mula bisnes telekung solat: http://gedungtelekungsolat.blogspot.com
- Mula bisnes projek duit raya: http://projekduithariraya.blogspot.com
- Mula bisnes produk islamik
3. Kelas asas blog dan penulisan kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas urus akaun wahm/soho - daftar di http://kelasonlineurusakaunbisneskecil.blogspot.com
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
8. Pendaftaran Pengurus Online

Servis yang kami tawarkan:
1. Tempahan blog bisnes - siap 3 hingga 5 hari
2. Beriklan di SOHO directory juga bersama pautan menuju 1000 blog

Hubungi saya selaku Pengurus Online ABDR apabila kalian sudah sedia.

Facebook Official: Yati Dbahri
Facebook Fanpage: WAHM Corner
SMS/WhatsApp: 019-6627100
Email: haryatidulbahri@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG