Nuffnang

Wednesday, 27 August 2014

Surirumah: Insan Hebat Dan Superwoman

Teks: Haryati Dulbahri
Sumber kisah: Google

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Alhamdulillah. Salam ceria untuk pengunjung dan pembaca setia WAHM Corner!

Saya teringat sebuah kisah pendek yang saya baca dalam sebuah blog yang saya google semalam. Menarik juga kisahnya dan saya ingin kongsikan dalam entri pada kali ini.

Jom kita baca dan sama-sama hayati kisah ini. Samada benar ataupun tidak saya tidak pasti. Apa-apapun setiap kisah mesti ada teladan atau mesej di sebaliknya. Betul tak?

*****
Suatu hari seorang lelaki bernama Zainal bertemu dengan seorang kaunselor. Tujuan utama pertemuan tersebut adalah untuk menceritakan masalah yang dihadapinya. Menurut Zainal sejak kebelakangan ini, isterinya Halimah kurang melayaninya. Halimah seperti sudah tawar hati dengannya. Menurut Zainal  selama ini isterinya tidak bekerja. Hanya dirinya sahaja yang berkerja. Zainal sedikit kecewa dengan sikap Halimah kerana merasakan Halimah tidak pernah menghargai dirinya yang selama ini penat bekerja. Beliau merasakan yang Halimah punya banyak masa untuk berehat dan tidak mempunyai sebarang tekanan seperti dirinya yang lebih sarat dengan beban kerja.

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.

Kaunselor : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.

Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.

Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan?
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.

Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana?
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.

Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.

Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.

Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

*****

Tuesday, 26 August 2014

Grup Coaching Asas Akaun Offline - September 2014

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Pendaftaran Grup Coaching secara offline bagi bulan September kini dibuka.



[KELAS ASAS AKAUN OFFLINE - GRUP COACHING]

Topik:
1. Asas Bisnes
2. Asas Dokumen Bisnes
3. Asas Merekod Akaun

Kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) amat mengalu-alukan penyertaan kalian khusus untuk usahawan bisnes kecil untuk hadir Grup Coaching Asas Akaun berikut:

Tarikh: 4 September 2014 (Khamis) atau 11 September 2014 (Khamis)
Masa: 9.30pg - 2.00tgh
Lokasi: Damansara Damai, Sungai Buloh (Easy access dari MRR2 dan NKVE)
Yuran: RM250

Sijil dan Refreshment Disediakan
Kelas dalam kumpulan kecil (max 4-6 pax)

Promosi Terkini Kelas Akaun Anjuran ABDR

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

PROMOSI! PROMOSI! PROMOSI!

[BENGKEL OFFLINE ASAS AKAUN]

Pilih tarikh dan lokasi berikut, hadir dengan yuran hanya 

RM220  RM199 sahaja!.



[Bengkel Offline Asas Akaun]

Tarikh : 6 September 2014 (Sabtu)
Lokasi : Shah Alam
Masa:  9.30 pagi - 5.30 petang

atau

Tarikh : 13 September 2014 (Sabtu)
Lokasi : Melaka
Masa : 9.30 pagi - 5.30 petang

* Makan tengahari dan air mineral disediakan.

Wednesday, 20 August 2014

Amal Creative - Dari WAHM Secara Solo, Kini Mengorak Langkah Secara Jemaah di ABDR

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Salam petang rabu. Alhamdulillah, sebentar tadi saya singgah lagi di blog rakan-rakan Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Sebagai WAHM, saya seronok apabila mendapat rakan baru di ABDR. Bukan sahaja dapat kenalan baru, malah saya juga dapat ilmu pengetahuan yang baru melalui perkongsian pengalaman mereka di blog. Ini merupakan salah satu kepentingan kenapa kita perlu berblogging dan berada dalam satu jemaah yang mempunyai matlamat yang sama. Di ABDR, kami saling berkongsi ilmu dan pengalaman masing-masing sebagai WAHM. Walaupun komunikasi kami secara maya, kami seperti sebuah keluarga yang saling membantu dan memberi sokongan antara satu sama lain.

Baik, hari ini saya seronok nak kongsikan entri pertama salah seorang rakan baru di ABDR. Kebetulan memang saya amat meminati bidang seni jahitan, makanya saya pun teruja hendak mengikuti entri beliau yang seterusnya. Nampaknya saya juga mesti usahakan untuk lancarkan blog jahitan saya secepat yang mungkin. (Dalam hati saya rasa senyum sendiri dan bersemangat untuk menulis tentang blog jahitan yang masih dalam pembinaan). Inilah kuasa blog dan apabila kita berada dalam jemaah ABDR.

Jemput singgah ya di blog perkongsian seni kreatif berasaskan felt milik Puan Noramalina Rohaizad di sini : Panduan Kraftangan Felt


Salam Perkenalan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam perkenalan.

Saya Nor Amalina binti Rohaizad. Dilahirkan pada 28 April 1985 di Alor Setar, Kedah. Di kalangan ahli keluarga dan saudara-mara terdekat, saya lebih mesra dipanggil Along. Manakala di kalangan sahabat handai, saya lebih senang dipanggil Amal. Nama singkatan yang mula-mula sekali diguna oleh guru Al-Quran saya sewaktu sekolah rendah dahulu. Alhamdulillah saya sudah pun berkahwin dengan seorang pemuda pilihan Allah dan kami telah dikurniakan sepasang putera soleh dan puteri solehah. Sekarang kami sedang menanti kelahiran cahaya mata ketiga kami, InsyaAllah lebih kurang tiga bulan lagi.

Monday, 18 August 2014

Grup Coaching Asas Akaun - Ogos 2014

[GRUP COACHING ASAS AKAUN - OGOS]


Tarikh: 22 Ogos 2014 (Jumaat) atau 23 Ogos 2014 (Sabtu)
Masa: 9.30 pagi - 2.00 petang 
Lokasi: Damansara Damai, Sungai Buloh (Easy access dari MRR2 dan NKVE)
Yuran: RM250

*Kelas adalah dalam kumpulan kecil 4-6 pax
*Sijil penyertaan dan refreshment disediakan

Topik:
1. Asas Bisnes
2. Asas Dokumen Bisnes
3. Asas Merekod Akaun

Nasi Arab Mandy Al-Bayt, Belum Cuba Belum Tahu

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Salam ceria Isnin untuk semua pengunjung WAHM Corner!

Hari ini saya nak kongsikan sedikit cerita berkenaan makanan. Ya, seperti yang tertera di tajuk blog hari ini: Nasi Arab Mandy Al-Bayt, Belum Cuba Belum Tahu

Alhamdulillah, hari ini berkesempatan untuk kemaskini entri berkenaan nasi arab ini di blog WAHM Corner. Cerita sabtu yang lepas sebenarnya. Saya masak lagi Nasi Arab Mandy keluaran Al-Bayt untuk hidangan tengahari. Alhamdulillah, cara memasak yang amat mudah dan hasilnya amat memuaskan hati. Pertama kali saya sediakan nasi arab ini untuk menu berbuka di rumah mertua sehari sebelum 1 Syawal yang lalu. Pada ketika itu saya tidak sempat untuk ambil gambar, tapi kali kedua ni saya sempat ambil untuk tatapan kalian semua.

Baik, kali ni kita biar dahulu gambar-gambar yang berbicara ya ;-)





Friday, 15 August 2014

WAHM, SAHM, SOHO?

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera


Setakat entri ini ditulis pada tarikh 15 Ogos 2014, total pageview blog WAHM Corner telahpun mencecah angka 15,036. Alhamdulillah, ini menunjukkan blog WAHM Corner sudah mula dikunjungi oleh ramai pembaca setelah lebih kurang enam bulan lebih berada di alam maya. Hari ini saya terpanggil untuk kongsikan pula tentang definisi istilah WAHM, SAHM dan SOHO. Rasanya masih belum terlambat untuk saya kongsikan info ini. Mungkin ada di kalangan kita yang masih belum jelas dengan maksud sebenar WAHM, SAHM dan SOHO.

Untuk tidak pening-peningkan kepala, saya akan cuba terangkan maksud istilah WAHM, SAHM, SOHO dengan ayat yang paling ringkas dan mudah di fahami.

1. WAHM
- singkatan untuk "Working At Home Mom" dan dalam Bahasa Melayu pula bermaksud Ibu Yang Bekerja Di Rumah.
- WAHM akan menguruskan dua perkara secara serentak iaitu bekerja/berbisnes dan rumahtangga.
- Biasanya sambil-sambil menjadi surirumah sepenuh masa, ada WAHM yang menjalankan bisnes dari rumah samada bisnes online atau offline. 
- Pelbagai cabang bisnes yang WAHM ceburi seperti bisnes makanan, bisnes pakaian/tudung, produk kecantikan/kesihatan, bisnes dropship dan sebagainya.
- Ada juga di kalangan WAHM yang menawarkan perkhidmatan professional hanya dari rumah seperti perkhidmatan menulis/ menterjemah manuskrip, perkhidmatan merekabentuk kediaman, perkhidmatan menjahit pakaian, perkhidmatan konsultan dan apa-apa sahaja perkhidmatan atau aktiviti yang boleh menjana pendapatan dari rumah.

2. SAHM
- singkatan untuk "Stay At Home Mom" dan dalam Bahasa Melayu lebih senang saya definisikan sebagai surirumah sepenuh masa. 
- SAHM lebih fokus untuk memilih berada di rumah dan tidak melakukan apa-apa aktiviti yang boleh menambah pendapatan keluarga. 
- Fokus SAHM lebih kepada menguruskan anak-anak dan rumahtangga sepenuh masa.

3. SOHO
- singkatan untuk "Small Office Home Office".
- SOHO adalah ruang pejabat di rumah atau berpejabat di rumah. Bagi WAHM atau sesiapa sahaja yang bekerja di rumah, SOHO diperlukan sebagai tempat khusus untuk kita melakukan operasi bekerja dari rumah.
- ruang SOHO tidak semestinya besar dan luas, akan tetapi cukup sekadar mempunyai ruang atau bilik khusus untuk SOHO beroperasi  dengan selesa dan efektif. Biasanya ia lengkap dengan keperluan talian internet, komputer dan peralatan pejabat.


Tuesday, 12 August 2014

Kelas Online Asas Akaun - Ogos 2014

[KELAS ONLINE ASAS AKAUN]

Pendaftaran Kelas Online Asas Akaun anjuran Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) di buka sekarang. 



Tarikh: 25 Ogos 2014 (Isnin)
3 jam sesi secara ONLINE
Masa: 9.30 pagi - 12.30 tengahari
Yuran: RM150 (Modul 1 & 2)

Modul

Modul 1: Basic Book Keeping
Bagaimana merekod buku simpan kira-kira.

Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
- Mengenal dan belajar kepentingan dokumen
- Invois, cash, bil, resit, purchase order

Bonus
1. Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes
2. Slot iklan di blog soho directory selama setahun

Monday, 11 August 2014

Wan Anie: Kongsi Ilmu Keibubapaan Di Blog

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Salam ceria semua untuk pengunjung setia WAHM Corner. Alhamdulillah, hari ini saya akan kongsikan sedikit perkongsian daripada rakan saya di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) iaitu Puan Wan Rohani tentang menyantuni anak-anak.

Untuk makluman, Puan Wan Anie adalah salah seorang pelajar ABDR yang mengikuti Kelas Online Asas Blog dan Penulisan. Di kelas ini pelbagai perkongsian catatan pengalaman dan harian boleh kita rakamkan di blog. Ketahui dan pelajari teknik penulisan langkah demi langkah dengan menyertai kelas asas blog di bawah anjuran ABDR.

Semoga bermanfaat untuk kalian semua.

Sumber teks: http://wanrohaniismail.blogspot.com/2014/08/menyantuni-anak-anak.html

[MENYANTUNI ANAK-ANAK]

Teks: Wan Rohani

Bismillah

Saya teringat satu buku yang pernah dibaca, Aisyah: Keanggunan Sejati. Tertarik dengan buku pink ini kerana Aisyah adalah isteri yang lebih dikasihi Rasulullah berbanding isteri yang lain. Semasa di hujung hayat baginda sentiasa bertanya bilakan giliran di rumah Aisyah, menunjukkan betapa cintanya Rasulullah sentiasa mahu berdamping dengan Aisyah. Beruntungnya kita jika menjadi isteri yang sentiasa dicintai.




Dalam buku tersebut terselit satu kisah yang diceritakan oleh Aisyah tentang Fatimah anakanda Rasulullah.

Friday, 8 August 2014

Bengkel Offline Asas Akaun - Ogos 2014

[BENGKEL OFFLINE ASAS AKAUN]

Tarikh: 16 Ogos 2014 (Sabtu)
Tempat: 2nd Floor, PKNS Bispoint Shah Alam, Selangor
Masa: 9.30 pagi - 5.30 petang
Yuran: RM220

Modul
1. Pengenalan Book keeping and accounting
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entreprenuer
3. How to do record keeping
4. Basic costing and Pricing. Bagaimana anda meletakkan Harga?
5. Profit & Loss...anda untung @ Rugi????
6. Case Study (full set of Bookeeping)
case study - hands on task. Full cycle how to do book keeping.

Bonus 1:
Ebook Asas Blog
Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes

Bonus 2:
2 tahun pengiklanan di soho directory

Bonus 3:
Jaminan pulangan wang

Bonus 4:
Untuk jejak bonus ini, boleh masuk ke grup ini
https://www.facebook.com/groups/529611183824555/


Belajar Bina Blog Dan Fanpage Secara Online Di ABDR

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Salam jumaat semua. Sebentar tadi saya lihat kalendar dan hari ini bertarikh 8 Ogos 2014. Cantik tarikh hari ini kan? Pejam celik dan pejam celik sudah masuk bulan Ogos. Sekejap sahaja masa berlalu. Saya imbas kembali 6 bulan yang lalu, pada 7 Februari 2014 saya telah mendaftarkan diri dalam Kelas Asas Blog anjuran Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Alhamdulillah, impian saya menjadi WAHM berjalan lancar seiring perjalanan saya bersama jemaah ABDR. Masih lagi kekal menulis di blog pertama saya bersama ABDR, insyaAllah akan terus memberi perkongsian yang bermanfaat untuk kalian semua yang mempunyai hasrat yang sama untuk menjadi WAHM.

Baik, hari ini saya akan kongsikan pula ulasan salah seorang pelajar kelas online asas blog dan fanpage bisnes anjuran ABDR iaitu Puan Ruslinda Abdul Jalil. Sebelum menyertai ABDR, beliau masih belum mempunyai blog dan akaun facebook. Alhamdulillah, berkat kesungguhan dan kesabaran beliau ingin belajar, kini beliau berjaya mempunyai blog dan fanpage bisnes. Malah beliau juga sudah mula menjana pendapatan secara online sedikit demi sedikit.

Baik, jom kita baca ulasan selanjutnya seperti di bawah.

Teks: Ruslinda Abdul Jalil
Sumber: http://ruslindajalil.blogspot.com/2014/07/ulasan-kelas-asas-blog-dan-fanpage.html

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih.

Menjadi impian setiap wanita untuk menjaga anak-anak dengan tangan sendiri di depan mata, menyambut kepulangan suami setiap masa dan menyediakan segala keperluan keluarga. Namun desakan ekonomi di kota menyebabkan ramai wanita terpaksa bekerja termasuk saya sendiri. Walaupun berkerja, hati masih rasa tidak puas hati dan gelisah memikirkan anak-anak dibawah jagaan orang lain. Sabarlah wahai hati. 

Thursday, 7 August 2014

Semangat Menulis

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Salam Aidilfitri untuk semua pembaca setia WAHM Corner!

Masih lagi mood Syawal. Rata-rata rakan blogger yang lain dan kenalan rapat masih bercerita dan berkongsi gambar tentang sambutan Aidilfitri yang lalu. Alhamdulillah, tahun ini merupakan tahun pertama saya menyambut Aidilfitri sebagai seorang WAHM. Banyak bezanya berbanding sebelum ini. Status WAHM memberi saya laluan untuk bercuti lebih awal dan sudah tentunya tidak perlu lagi mengharungi aliran trafik yang sesak.

Baik, walaupun masih dalam mood syawal lagi, operasi bisnes yang diceburi berjalan seperti biasa bermula pada Isnin yang lalu. Cuma penulisan di blog agak sepi seketika kerana keadaan yang tidak berapa sihat beberapa hari yang lalu. Mungkin terlalu banyak makan kuih raya agakya sampai kami demam sekeluarga. Bermula dengan si kecil, en suami dan akhirnya diri saya sendiri. Alhamdulillah, dugaan sakit ini lebih mendekatkan kita pada-Nya.

Memandangkan sudah beberapa hari blog ini agak sepi dengan penulisan dan catatan, suka saya tekankan lagi di sini yang saya suka singgah dahulu di blog rakan yang lain di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Selalunya saya akan singgah dulu blog Puan Pengasas ABDR, Puan Masayu Ahmad, disusuli guru online saya Puan Aishah Hussein dan Puan Khairunnisa Hamzah, seterusnya guru-guru online yang lain dan keseluruhannya rakan-rakan di ABDR. Ini semua dengan tujuan untuk mendapatkan kembali aura dan semangat untuk menulis. Maklumlah ibarat apabila kita sudah lama tidak hidupkan enjin kereta, agak lama jugalah kita hendak panaskan enjin kereta tersebut. Samalah juga dengan penulisan di blog ini. Sebab itulah pentingnya kita kemaskini blog seboleh-bolehnya pada setiap hari. Jadi, apabila sudah lama tidak menulis, perasaan tu akan rasa rindunya hendak menulis. Betul tak? Seperkara lagi, momentum hendak menulis pun sebenarnya akan konsisten kalau kita disiplin dalam penulisan blog.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG