Nuffnang

Wednesday, 20 August 2014

Amal Creative - Dari WAHM Secara Solo, Kini Mengorak Langkah Secara Jemaah di ABDR

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Salam petang rabu. Alhamdulillah, sebentar tadi saya singgah lagi di blog rakan-rakan Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Sebagai WAHM, saya seronok apabila mendapat rakan baru di ABDR. Bukan sahaja dapat kenalan baru, malah saya juga dapat ilmu pengetahuan yang baru melalui perkongsian pengalaman mereka di blog. Ini merupakan salah satu kepentingan kenapa kita perlu berblogging dan berada dalam satu jemaah yang mempunyai matlamat yang sama. Di ABDR, kami saling berkongsi ilmu dan pengalaman masing-masing sebagai WAHM. Walaupun komunikasi kami secara maya, kami seperti sebuah keluarga yang saling membantu dan memberi sokongan antara satu sama lain.

Baik, hari ini saya seronok nak kongsikan entri pertama salah seorang rakan baru di ABDR. Kebetulan memang saya amat meminati bidang seni jahitan, makanya saya pun teruja hendak mengikuti entri beliau yang seterusnya. Nampaknya saya juga mesti usahakan untuk lancarkan blog jahitan saya secepat yang mungkin. (Dalam hati saya rasa senyum sendiri dan bersemangat untuk menulis tentang blog jahitan yang masih dalam pembinaan). Inilah kuasa blog dan apabila kita berada dalam jemaah ABDR.

Jemput singgah ya di blog perkongsian seni kreatif berasaskan felt milik Puan Noramalina Rohaizad di sini : Panduan Kraftangan Felt


Salam Perkenalan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam perkenalan.

Saya Nor Amalina binti Rohaizad. Dilahirkan pada 28 April 1985 di Alor Setar, Kedah. Di kalangan ahli keluarga dan saudara-mara terdekat, saya lebih mesra dipanggil Along. Manakala di kalangan sahabat handai, saya lebih senang dipanggil Amal. Nama singkatan yang mula-mula sekali diguna oleh guru Al-Quran saya sewaktu sekolah rendah dahulu. Alhamdulillah saya sudah pun berkahwin dengan seorang pemuda pilihan Allah dan kami telah dikurniakan sepasang putera soleh dan puteri solehah. Sekarang kami sedang menanti kelahiran cahaya mata ketiga kami, InsyaAllah lebih kurang tiga bulan lagi.


Pendidikan awal formal saya bermula di Kuala Lumpur. Bermula di Taski Abim Taman Melawati dan Sekolah Rendah Islam Az-Zafirah. Setelah ibu bapa saya dapat berhijrah kembali bekerja di Alor Setar, saya meneruskan pengajian di Sekolah Rendah Islam Abim Alor Setar. Kemudian ke peringkat menengah dalam bidang Sains Tulen di Maahad Mahmud Alor Setar. Seterusnya saya ke Kolej Matrikulasi Perak, mengambil pengajian Sains Hayat. Pengajian tinggi diteruskan ke Universiti Malaya Kuala Lumpur dalam bidang Sarjana Muda Sains Bioinformatik. Suatu bidang yang menggabungkan Sains dan Teknologi Maklumat.

Setelah tamat pengajian, saya bekerja sebagai Pegawai Penyelidik Sambilan di Institut Penyelidikan Perubatan, Kuala Lumpur. Kemudian saya menerima tawaran sebagai Pembantu Penyelidik di Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada masa yang sama, saya juga menjadi Tutor untuk kelas pelajar Sarjana Muda. Semasa di UKM, saya mendirikan rumah tangga dan Alhamdulillah mengandung anak sulung di awal usia perkahwinan kami. Ini lah sebenarnya titik mula pertukaran kecenderungan, minat dan impian saya. Daripada seorang yang berjiwa penyelidik, kepada seorang yang berjiwa seni kraftangan. Daripada seorang saintis yang komited bekerja di makmal, kepada seorang ibu yang ingin bekerja di rumah.

Dalam kesibukan saya berulang-alik ke makmal, masuk ke hutan mencari sampel dan menyediakan laporan penyelidikan, jiwa kecil saya meronta inginkan suatu ruang nafas baru untuk saya lepaskan tekanan secara positif. Wanita mengandung biasanya mengidam mahu makan itu ini, tetapi saya 'mengidam' mahu menjahit. Suatu pagi ketika sedang melayari Internet, Allah temukan saya dengan blog berkaitan kraftangan felt. Produk-produk felt yang sememangnya comel, berwarna-warni dan menarik, telah menawan hati saya untuk berkenalan lebih lanjut dengan bidang seni jahitan ini. Kit permulaan kraftangan felt dibeli secara online dan saya mula cuba jahit sendiri. Alhamdulillah saya rasa amat seronok, teruja dan puas dapat menjahit. Hasil jahitan, saya muat naik ke laman blog dan Facebook. Dari situ, saya mula mendapat tempahan dari rakan terdekat. Seakan menemui cinta baru selepas melahirkan putera sulung pada tahun 2011, saya akhirnya nekad untuk menjadi ibu yang bekerja di rumah (working-at-home-mom atau wahm) dan serius menjadikan bisnes kraftangan felt sebagai sumber menjana pendapatan.

Sebagai wahm, keluarga adalah prioriti tertinggi. Saya merupakan penyokong dan pengamal asuhan alami atau lebih dikenali sebagai natural parenting. Sejak mengandung anak sulung hingga sekarang, saya banyak membaca dan belajar tentang natural birthing, breastfeeding, babywearing, cloth-diapering, homemade food, natural remedies dan homeschooling. Kehidupan keluarga yang kembali kepada fitrah, insyaAllah mendatangkan banyak kelebihan dan faedahnya dari segi kesihatan anak, pendidikan anak serta baik untuk perkembangan emosi, rohani dan fizikal anak. Itulah konsep asuhan yang saya pegang dan percaya.

Sekian lama saya bergerak secara wahm solo, Alhamdulillah kini saya mengorak langkah bergabung dan berukhwah bersama ratusan wahm atau bakal wahm lain di dalam kumpulan sokongan Akademi Bekerja dari Rumah (ABDR). Di sini, saya belajar dari guru yang amat berpengalaman bagi menghasilkan penulisan yang baik dan berkualiti. Saya berdoa agar perkongsian saya di ruangan ini, dapat dimanfaatkan oleh suri lain dan menjadi saham untuk bekalan saya di Akhirat sana. InsyaAllah. 

Redho Allah, matlamat saya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Menurut Puan Masayu Ahmad (Puan Pengasas ABDR), entri pertama Puan Amal ini adalah contoh penulisan pengenalan yang baik. Kenali lebih lanjut tentang ABDR di sini:





Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.

a.Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih kurang 800 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f. Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.

Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia 

FB Official : Yati Dbahri 
FB Fanpage: WAHM Corner
SMS/ WhatsApp/Telegram: 019-6627100
Email: haryatidulbahri@gmail.com

Salam ukhuwwah

Yati Dbahri
WAHM Corner: Inspirasi Bekerja Di Rumah
"1 Suri, 1 Perniagaan Dari Rumah"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG