Nuffnang

Wednesday, 27 August 2014

Surirumah: Insan Hebat Dan Superwoman

Teks: Haryati Dulbahri
Sumber kisah: Google

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Alhamdulillah. Salam ceria untuk pengunjung dan pembaca setia WAHM Corner!

Saya teringat sebuah kisah pendek yang saya baca dalam sebuah blog yang saya google semalam. Menarik juga kisahnya dan saya ingin kongsikan dalam entri pada kali ini.

Jom kita baca dan sama-sama hayati kisah ini. Samada benar ataupun tidak saya tidak pasti. Apa-apapun setiap kisah mesti ada teladan atau mesej di sebaliknya. Betul tak?

*****
Suatu hari seorang lelaki bernama Zainal bertemu dengan seorang kaunselor. Tujuan utama pertemuan tersebut adalah untuk menceritakan masalah yang dihadapinya. Menurut Zainal sejak kebelakangan ini, isterinya Halimah kurang melayaninya. Halimah seperti sudah tawar hati dengannya. Menurut Zainal  selama ini isterinya tidak bekerja. Hanya dirinya sahaja yang berkerja. Zainal sedikit kecewa dengan sikap Halimah kerana merasakan Halimah tidak pernah menghargai dirinya yang selama ini penat bekerja. Beliau merasakan yang Halimah punya banyak masa untuk berehat dan tidak mempunyai sebarang tekanan seperti dirinya yang lebih sarat dengan beban kerja.

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.

Kaunselor : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.

Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.

Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan?
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.

Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana?
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.

Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.

Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.

Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

*****


Baik, berdasarkan kisah di atas, apakah mesej yang ingin disampaikan sebenarnya? Apa yang terlintas di fikiran, saya senaraikan ya. 

1. Walaupun surirumah tidak bekerja, peranan seorang surirumah jauh lebih berat sebenarnya. Seawal pagi surirumah akan bangun menyediakan sarapan dan apa yang sepatutnya. Tugas seorang surirumah akan berlarutan sehinggalah lewat malam dan kadang-kadang sehingga awal pagi. Begitulah rutin seorang surirumah, satu-satunya pekerjaan yang paling mulia dan tiada penghujungnya. Masa 24 jam sepenuhnya akan dimanfaatkan untuk suami, anak-anak dan rumahtangga.

2. Jangan sesekali pandang ringan tugas dan peranan seorang surirumah. Hargailah setiap pengorbanan wanita yang bergelar isteri, ibu dan suri. Mungkin untuk para suami atau bapa boleh turut sama membantu dalam melakukan kerja rumah. Anggaplah ini 'bonding time' atau 'we time' antara suami dan isteri di rumah. Walaupun kadang-kadang tidak diminta, sikap kita yang ringan tulang inilah yang akan menjadi rutin dan mengeratkan hubungan dan mewujudkan keharmonian dalam rumahtangga.

p/s: saya alu-alukan komen/pendapat kalian juga ;-)

3. 
...
...
...
...
...
...


Kita hayati semula ayat 187, dalam surah Al-Baqarah:


Setuju tak dengan yang di bawah ni pula? 




.
.
.

Apa-apapun mesej yang cuba disampaikan di sebalik kisah di atas, saya rasa bersyukur dengan status saya kini, seorang Surirumah Sepenuh Masa dan Bekerja Dari Rumah. Terima kasih Ya Allah Ya Rahim dan kepada en suami atas sokongan beliau selama ini.

Begitu juga kepada yang bergelar surirumah sepenuh masa, surirumah yang bekerja di rumah dan surirumah yang bekerja di pejabat. Kita semua insan hebat dan 'superwoman' ;-) Laksanakanlah tanggungjawab kita dengan penuh ikhlas dan sabar.  insyaAllah hasilnya pun nanti baik-baik juga. Hati kita pun akan sentiasa tenang dan gembira.

Wallahua'lam.

Salam ukhuwwah

Yati Dbahri
WAHM Corner: Inspirasi Suri Bekerja Di Rumah
"1 Suri, 1 Perniagaan Dari Rumah"

******

Saya ingin berkongsi apa lagi pilihan sebagai muslimah yang memilih untuk bekerja dari rumah.

1.Berhenti kerja dan menguruskan rumah tangga, bukanlah satu bebanan, tetapi ia juga satu lagi ibadah kerana kita bekerja dengan Allah. Mungkin rezeki itu tidak nampak dari segi wang ringgit. Mungkin ia datang dari segi kenikmatan ketenangan, dapat menguruskan anak- anak, juga jika benar-benar ikhlas 'gaji' itu nanti adalah datangnya dari majikan yang sebenar- benar majikan.

2. Ada yang cukup risau apabila tidak bekerja, tiada lagi pilihan untuk berbelanja sesuka hati wang sendiri, juga mahu memakai apa sahaja yang diigini.

3. Pilihan berada di rumah bukanlah bergelar suri rumah semata-mata, tetapi kita boleh mencari peluang untuk menjana pendapatan. Pilihan sama ada menjual produk fizikal atau digital. Carilah sumber, seminar, mana-mana peluang yang boleh kita ambil ilmunya dan mula berusaha ke arah tersebut.

4. Mungkin ada yang tidak boleh menerima hakikat bekerja dari rumah sepenuh masa, tetapi ia terpulang kepada pandangan masing-masing, apa matlamat jangka pendek dan jangka panjang dalam kehidupan. Kehidupan bukan kekal di sini, asas pendirian inilah yang membawa apa hala tuju kehidupan kita yang sebenar.


Baca lagi dalam ebook Super Wahm Super Mom.



Harga ebook Super WAHM Super Mom: Hanya RM25


Promosi beli 2 ebook (Ebook Super WAHM Super Mom dan Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes) : RM50 sahaja

Untuk tempahan, hubungi saya:


Facebook Official: Yati Dbahri
Facebook Fanpage: WAHM Corner
SMS/WhatsApp/Telegram: 019-6627100
Email: haryatidulbahri@gmail.com

atau klik di sini:

http://yattebookstore.blogspot.com/p/borang-tempahan.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG