Nuffnang

Monday, 18 August 2014

Nasi Arab Mandy Al-Bayt, Belum Cuba Belum Tahu

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Salam ceria Isnin untuk semua pengunjung WAHM Corner!

Hari ini saya nak kongsikan sedikit cerita berkenaan makanan. Ya, seperti yang tertera di tajuk blog hari ini: Nasi Arab Mandy Al-Bayt, Belum Cuba Belum Tahu

Alhamdulillah, hari ini berkesempatan untuk kemaskini entri berkenaan nasi arab ini di blog WAHM Corner. Cerita sabtu yang lepas sebenarnya. Saya masak lagi Nasi Arab Mandy keluaran Al-Bayt untuk hidangan tengahari. Alhamdulillah, cara memasak yang amat mudah dan hasilnya amat memuaskan hati. Pertama kali saya sediakan nasi arab ini untuk menu berbuka di rumah mertua sehari sebelum 1 Syawal yang lalu. Pada ketika itu saya tidak sempat untuk ambil gambar, tapi kali kedua ni saya sempat ambil untuk tatapan kalian semua.

Baik, kali ni kita biar dahulu gambar-gambar yang berbicara ya ;-)











Belum cuba,belum tahu. Ya, setakat ini saya sudah cuba masak Nasi Arab Mandy Ayam keluaran Al-Bayt ini. Hasilnya, sememangnya menepati citarasa kami sekeluarga. Senang cerita, mudah, sedap dan berbaloi!! Maklumlah memang kami sekeluarga gemar makan nasi arab. Sebelum ni kalau hendak makan nasi arab, memang en suami akan beli sahaja di Cyberjaya atau Uniten, Bangi. Jadi, bila saya sudah jumpa Nasi Arab keluaran A-Bayt ini, mudah bagi saya untuk menyediakan nasi arab sendiri di rumah. Lebih istimewa kita dapat sediakan dengan air tangan sendiri untuk suami dan anak-anak tersayang.

Sekotak Nasi Arab Mandy Ayam keluaran Al-Bayt ini didatangkan lengkap dengan beras basmathi (anggaran 3 pot nasi), rempah nasi arab dan rempah untuk menumis. Mudah sahaja, hanya perlu ikut langkah demi langkah yang disediakan di belakang kotak tersebut. Untuk lauknya pula, kita perlu sediakan seekor ayam untuk diperap dan dibakar. Begitu juga sos harrah dan salad arab, mudah sahaja untuk menyediakannya, ikut sahaja cara-cara yang diberikan di belakang kotak nasi arab ini.

Ok, bagi kalian yang belum cuba dan teringin nak cuba dan masak sendiri di rumah, saya jemput untuk singgah di blogshop De' Sunnah Shoppe. Selain pakej Nasi Arab keluaran Al-Bayt, pelbagai lagi produk sunnah terdapat di De' Sunnah Shoppe.

Atau untuk tempahan dan pertanyaan selanjutnya, kalian boleh terus hubungi saya di talian berikut:

PM saya di inbox FB : Yati Dbahri atau Fanpage WAHM Corner atau De' Sunnah Shoppe
SMS/ WhatsApp/Telegram: 019-6627100
Email: haryatidulbahri@gmail.com

P/S: Kepada yang duduk area berdekatan Shah Alam, boleh dapatkan terus Nasi Arab keluaran Al-Bayt ini dengan salah seorang guru online kami di ABDR iaitu Puan Zaila Mohamad. Jemput juga singgah di blog beliau di sini: Diari Seorang Suri Yang Bekerja Dari Rumah


Salam ukhuwwah

Yati Dbahri
WAHM Corner: Inspirasi Bekerja Di Rumah
"1 Suri, 1 Perniagaan Dari Rumah"

~~~~~~~~~~~~

Selamat datang kepada pelajar Ogos 2014 Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Bergabung dengan kami yang kini menuju 1000 pautan blog. 


Pendaftaran kelas di ABDR berlangsung setiap hari.

1. Kelas asas blog dan penulisan - online & offline
2. Kelas asas blog dan fanpage mula bisnes - online & offline
- Mula bisnes produk sendiri
- Mula bisnes makanan sunnah
- Mula bisnes telekung solat: http://gedungtelekungsolat.blogspot.com
- Mula bisnes projek duit raya: http://projekduithariraya.blogspot.com
- Mula bisnes produk islamik
3. Kelas asas blog dan penulisan kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas urus akaun wahm/soho - daftar di http://kelasonlineurusakaunbisneskecil.blogspot.com
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
8. Pendaftaran Pengurus Online

Servis yang kami tawarkan:
1. Tempahan blog bisnes - siap 3 hingga 5 hari
2. Beriklan di SOHO directory juga bersama pautan menuju 1000 blog

Hubungi saya selaku Pengurus Online ABDR apabila kalian sudah sedia.


Facebook Official: Yati Dbahri

Facebook Fanpage: WAHM Corner
SMS/ WhatsApp/ Telegram: 019-6627100
Email: haryatidulbahri@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG