Nuffnang

Thursday, 7 August 2014

Semangat Menulis

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Salam Aidilfitri untuk semua pembaca setia WAHM Corner!

Masih lagi mood Syawal. Rata-rata rakan blogger yang lain dan kenalan rapat masih bercerita dan berkongsi gambar tentang sambutan Aidilfitri yang lalu. Alhamdulillah, tahun ini merupakan tahun pertama saya menyambut Aidilfitri sebagai seorang WAHM. Banyak bezanya berbanding sebelum ini. Status WAHM memberi saya laluan untuk bercuti lebih awal dan sudah tentunya tidak perlu lagi mengharungi aliran trafik yang sesak.

Baik, walaupun masih dalam mood syawal lagi, operasi bisnes yang diceburi berjalan seperti biasa bermula pada Isnin yang lalu. Cuma penulisan di blog agak sepi seketika kerana keadaan yang tidak berapa sihat beberapa hari yang lalu. Mungkin terlalu banyak makan kuih raya agakya sampai kami demam sekeluarga. Bermula dengan si kecil, en suami dan akhirnya diri saya sendiri. Alhamdulillah, dugaan sakit ini lebih mendekatkan kita pada-Nya.

Memandangkan sudah beberapa hari blog ini agak sepi dengan penulisan dan catatan, suka saya tekankan lagi di sini yang saya suka singgah dahulu di blog rakan yang lain di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Selalunya saya akan singgah dulu blog Puan Pengasas ABDR, Puan Masayu Ahmad, disusuli guru online saya Puan Aishah Hussein dan Puan Khairunnisa Hamzah, seterusnya guru-guru online yang lain dan keseluruhannya rakan-rakan di ABDR. Ini semua dengan tujuan untuk mendapatkan kembali aura dan semangat untuk menulis. Maklumlah ibarat apabila kita sudah lama tidak hidupkan enjin kereta, agak lama jugalah kita hendak panaskan enjin kereta tersebut. Samalah juga dengan penulisan di blog ini. Sebab itulah pentingnya kita kemaskini blog seboleh-bolehnya pada setiap hari. Jadi, apabila sudah lama tidak menulis, perasaan tu akan rasa rindunya hendak menulis. Betul tak? Seperkara lagi, momentum hendak menulis pun sebenarnya akan konsisten kalau kita disiplin dalam penulisan blog.


Terlanjur saya bercakap tentang blog, sebagai ulangkaji untuk diri saya sendiri dan kalian yang berminat untuk menulis di blog, saya kongsikan lagi mengapa kita perlu ada blog. Semua isi penting ini saya perolehi dan pelajari dalam Kelas Asas Blog yang saya sertai di ABDR.

Menapa perlu ada blog?
1. Catatkan pengalaman, kemahiran dan minat dalamblog,mungkin ia sesuai untuk dijadikan ebook atau buku.
2. Jadikan sebagai salah satu cara berkongsi kisah motivasi dan inspirasi.
3. Bina pengaruh dan khalayak kalian sendiri,biasanya pembaca tetap akan bertukar menjadi pelanggan pula.
4. Blog sangat bagus untuk mempengaruhi atau mempromosi barang atau produk, namun ada cara untuk menyelit iklan bisnes di blog yang sudah diikuti ramai pembaca.

Cuba kalian baca dan fahamkan betul-betul. Menarik bukan? Bagi saya yang telah menyertai Kelas Asas Blog dan kini juga sudah mampu menulis di blog sendiri, tiada apa yang mustahil. Daripada zero tentang selok-belok menulis di blog, kini saya sudah boleh membina dan menulis di blog dengan baik. Lebih daripada itu, saya juga sudah mula menjana pendapatan sedikit demi sedikit melalui blog.

Untuk itu, sekiranya kalian berminat untuk mempunyai blog sendiri dan seterusnya menjana pendapatan daripada rumah, mulakanlah langkah kalian sekarang! Berani bertindak dan lakukan sesuatu yang luar biasa daripada kebiasaaan kalian.

Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
a. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
b. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
c. Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah.
d. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adalah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.
e. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjaya yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
f. Apabila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. juga bina jaringan bisnes secara online.
g. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat pan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.

Kalian berminat? Boleh terus daftar bagi yang sudah sedia & serius mahu jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. 

Wallahua'lam.

Yati Dbahri
WAHM Corner: Inspirasi Suri Bekerja Di Rumah
"1 Suri, 1 Perniagaan Dari Rumah"

~~~~~~~~~~~~

Selamat datang kepada protege Julai dan Ogos 2014 Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Bergabung dengan kami yang kini menuju 1000 pautan blog. 

Pendaftaran kelas di ABDR berlangsung setiap hari.

1. Kelas asas blog dan penulisan - online & offline
2. Kelas asas blog dan fanpage mula bisnes - online & offline
- Mula bisnes produk sendiri
- Mula bisnes makanan sunnah
- Mula bisnes telekung solat: http://gedungtelekungsolat.blogspot.com
- Mula bisnes projek duit raya: http://projekduithariraya.blogspot.com
- Mula bisnes produk islamik
3. Kelas asas blog dan penulisan kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas urus akaun wahm/soho - daftar di http://kelasonlineurusakaunbisneskecil.blogspot.com
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
8. Pendaftaran Pengurus Online

Servis yang kami tawarkan:
1. Tempahan blog bisnes - siap 3 hingga 5 hari
2. Beriklan di SOHO directory juga bersama pautan menuju 1000 blog

Hubungi saya selaku Pengurus Online ABDR apabila kalian sudah sedia.

Facebook Official: Yati Dbahri
Facebook Fanpage: WAHM Corner
SMS/WhatsApp: 019-6627100
Email: haryatidulbahri@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG