Nuffnang

Friday, 15 August 2014

WAHM, SAHM, SOHO?

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera


Setakat entri ini ditulis pada tarikh 15 Ogos 2014, total pageview blog WAHM Corner telahpun mencecah angka 15,036. Alhamdulillah, ini menunjukkan blog WAHM Corner sudah mula dikunjungi oleh ramai pembaca setelah lebih kurang enam bulan lebih berada di alam maya. Hari ini saya terpanggil untuk kongsikan pula tentang definisi istilah WAHM, SAHM dan SOHO. Rasanya masih belum terlambat untuk saya kongsikan info ini. Mungkin ada di kalangan kita yang masih belum jelas dengan maksud sebenar WAHM, SAHM dan SOHO.

Untuk tidak pening-peningkan kepala, saya akan cuba terangkan maksud istilah WAHM, SAHM, SOHO dengan ayat yang paling ringkas dan mudah di fahami.

1. WAHM
- singkatan untuk "Working At Home Mom" dan dalam Bahasa Melayu pula bermaksud Ibu Yang Bekerja Di Rumah.
- WAHM akan menguruskan dua perkara secara serentak iaitu bekerja/berbisnes dan rumahtangga.
- Biasanya sambil-sambil menjadi surirumah sepenuh masa, ada WAHM yang menjalankan bisnes dari rumah samada bisnes online atau offline. 
- Pelbagai cabang bisnes yang WAHM ceburi seperti bisnes makanan, bisnes pakaian/tudung, produk kecantikan/kesihatan, bisnes dropship dan sebagainya.
- Ada juga di kalangan WAHM yang menawarkan perkhidmatan professional hanya dari rumah seperti perkhidmatan menulis/ menterjemah manuskrip, perkhidmatan merekabentuk kediaman, perkhidmatan menjahit pakaian, perkhidmatan konsultan dan apa-apa sahaja perkhidmatan atau aktiviti yang boleh menjana pendapatan dari rumah.

2. SAHM
- singkatan untuk "Stay At Home Mom" dan dalam Bahasa Melayu lebih senang saya definisikan sebagai surirumah sepenuh masa. 
- SAHM lebih fokus untuk memilih berada di rumah dan tidak melakukan apa-apa aktiviti yang boleh menambah pendapatan keluarga. 
- Fokus SAHM lebih kepada menguruskan anak-anak dan rumahtangga sepenuh masa.

3. SOHO
- singkatan untuk "Small Office Home Office".
- SOHO adalah ruang pejabat di rumah atau berpejabat di rumah. Bagi WAHM atau sesiapa sahaja yang bekerja di rumah, SOHO diperlukan sebagai tempat khusus untuk kita melakukan operasi bekerja dari rumah.
- ruang SOHO tidak semestinya besar dan luas, akan tetapi cukup sekadar mempunyai ruang atau bilik khusus untuk SOHO beroperasi  dengan selesa dan efektif. Biasanya ia lengkap dengan keperluan talian internet, komputer dan peralatan pejabat.


Baik, jelas tak maksud yang saya terangkan di atas? Agak-agak ada tak di kalangan kalian yang menyimpan hasrat untuk menjadi WAHM, tapi tidak tahu hendak mula dan tidak yakin untuk teruskan hasrat tersebut.

Ya, untuk menjadi seorang WAHM kita mesti bersedia dan kuat dari segi mental dan fizikal. Persediaan dan perancangan rapi perlu ada sebelum keputusan menjadi WAHM dibuat. Yalah, berdasarkan pengalaman saya yang sebelum ini pernah bekerja di pejabat dan makan gaji, kita sudah berada di zon selesa "comfort zone". Setiap bulan kita sudah mempunyai pendapatan yang tetap dan mempunyai sumber kewangan sendiri. Berbeza apabila kita menjadi WAHM, pendapatan bulanan kita akan berbeza daripada kita makan gaji dahulu. Banyak lagi sebenarnya cabaran sebagai WAHM. Saya ada bincangkan pada entri yang terdahulu (Klik di sini).

Walau apapun cabaran yang datang, kembali kepada nawaitu dan fitrah tanggungjawab kita sebagai ibu, isteri dan wanita. Ilmu dan pengetahuan tentang dunia WAHM juga mesti ada. Kita boleh perolehi melalui bahan bacaan seperti buku, ebook dan majalah yang berkaitan bekerja dari rumah, perniagaan, motivasi, pengurusan masa dan sebagainya.

Tidak kira status kita WAHM, SAHM, ibu berjawatan, ibu bekerjaya atau sebagainya, usaha keras dan komitmen untuk kita melaksanakan tindakan amat penting dalam merealisasikan kejayaan kita dalam sesuatu bidang. Berbincanglah selalu dengan suami dan mohon restunya. Selebihnya kita mohon pula dengan majikan utama kita iaitu Allah swt Yang Maha Esa. InsyaAllah, apa-apa perancangan kita mendapat keberkatan dan dipermudahkan oleh-Nya.

Terlanjur saya bercerita tentang WAHM, tidak banyak sebenarnya rujukan buku berbahasa Melayu yang ada di pasaran. Kebanyakan buku yang saya perolehi dalam bahasa Inggeris dan kebanyakannya saya google sahaja di internet. Sehinggalah saya menyertai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR), segalanya tentang WAHM dan bekerja di rumah saya jumpa di sini. Bukan sahaja ilmu, di ABDR juga saya dapat berguru dan berhubung (networking) dengan WAHM yang lain. Senang cerita ABDR ini satu pakej untuk kita merealisasikan impian menjadi WAHM. ABDR banyak membantu kita memberi panduan dan ilmu bekerja di rumah sekiranya kita manfaatkan sebaiknya. Semua ini terletak di tangan kita sendiri samada hendak ataupun tidak. Bagi saya peluang sudah ada, terpulang pada kita bagaimana untuk manfaatkan peluang tersebut. 

Di sini saya berbesar hati untuk kongsikan rujukan buku dan ebook yang terdapat di ABDR. Semua rujukan ini saya telah baca dan jadikan panduan. Saya akan baca dan baca lagi sebagai ulangkaji. Kemudian saya akan praktikkan sebagai latih tubi dan cuba sebagai pengalaman. Saya percaya kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang bersungguh-sungguh dan konsisten. Betul tak?

Berikut adalah rujukan yang saya ceritakan tadi:

Buku Jana Wang Di Rumah oleh Puan Masayu Ahmad (Puan pengasas Akademi Bekerja Di Rumah)


Buku ini juga terdapat dalam bentuk naskhah ebook, jemput layari www.janawangdirumah.com



Selain itu, di ABDR juga terdapat pelbagai pakej bekerja di rumah yang sesuai dijadikan bahan rujukan. Berikut adalah rujukan utama yang saya syorkan untuk kalian baca dan miliki:-

1. Ebook Super WAHM Super Mom
2. Ebook Belajar Asas Blog
3. Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes
4. Ebook Panduan Mula Bisnes Butik (Online/Offline)


Dan juga ebook terkini di ABDR, ebook Bekerja Dan Berniaga. Ebook ini merupakan karya sulung salah seorang guru online di ABDR iaitu Puan Azura Abdullah.


Tidak ketinggalan juga Ebook Rahsia Teknik Branding Untuk Diri Dan Perniagaan oleh Puan Khairunnisa Hamzah. Beliau juga adalah alumni ABDR dan dahulunya juga guru online di ABDR.



** Untuk dapatkan rangkaian ebook seperti di atas, boleh terus hubungi saya atau klik di sini: Borang Tempahan

Alhamdulillah, kini saya sudah mula bekerja dari rumah dan masih bersama jemaah ABDR. Banyak lagi yang perlu dipelajari dan diperbaiki. Menuntut ilmu itu tiada noktahnya. Saya wujudkan blog ini adalah bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan ilmu tentang bekerja dari rumah. Moga apa yang saya kongsikan di blog ini sedikit sebanyak membantu kalian untuk mendapatkan panduan dan tips bekerja di rumah. 

Kalian juga boleh sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) yang kini mencecah 800 blog. Kami berkenalan sesama ahli hanya menerusi maya dan operasi kami juga secara online. Cuma ada juga beberapa kelas yang kami anjurkan secara offline. Sekiranya kalian berminat dan sudah sedia untuk sertai ABDR, jangan segan silu untuk hubungi saya di talian berikut:

PM saya di inbox FB : Yati Dbahri atau Fanpage WAHM Corner
SMS/ WhatsApp/Telegram: 019-6627100
Email: haryatidulbahri@gmail.com

p/s: Tidak salah untuk kita mencuba dan gagal untuk berjaya. Kalau nak bertanya sahaja pun boleh, hendak sertai kami lagi saya alu-alukan. 

Terima kasih atas sokongan kalian semua dan sudi singgah di blog WAHM Corner. Semoga bermanfaat.

Salam sayang

Yati Dbahri
WAHM Corner: Inspirasi Bekerja Di Rumah
"1 Suri 1 Perniagaan Dari Rumah"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG