Nuffnang

Monday, 29 September 2014

Panduan Urus Akaun Di Blog - Puan Hazwani Abd Hamid

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Salam ceria untuk semua pengunjung setia blog WAHM Corner ;-)

Alhamdulillah, petang ni saya singgah sebentar di blog rakan alumni Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR), iaitu Puan Hazwani Abdul Hamid di laman blognya: Panduan Urus Akaun, Hub Informasi Akaun Bisnes Anda. Dengan menggunakan medium blog, beliau juga kongsikan tentang ilmu, kepakaran dan pengalaman beliau dalam bidang akaun. Untuk makluman, beliau juga adalah salah seorang trainer akaun untuk kelas dan bengkel akaun yang dianjurkan oleh ABDR.

Saya tertarik dengan perkongsian beliau tentang tips untuk usahawan yang mahu mula bisnes tapi pada masa yang sama mempunyai gaji bulanan yang tetap. Mahu tips tersebut?

Baik, jom kita baca dan fahami tips daripada Puan Hazwani ini. Jemput singgah di blog beliau di sini:


Sudah banyak kali saya kongsikan tips ini kepada rakan-rakan yang berbisnes atau mereka yang baru mula berbisnes. Jadi saya fikir, saya nak tulis dan jadi panduan kepada lebih ramai lagi bakal usahawan di luar sana. Ingat! Musim boikot adalah peluang untuk anda usahawan Islam untuk mula serius berniaga. Selepas ini mungkin ada artikel bertajuk "Saudagar Boikot" dua atau 3 tahun dari sekarang. 

Usahawan melihat peluang dari apa masalah sekarang. Tapi mereka yang gagal melihat masalah kepada punca kepada masalah dan terus bersalah dan menyalahkan. Bertindak sekarang! Nanti di lain masa saya akan senaraikan jenis bisnes yang patut anda ceburi di musim boikot ini. Jika sahaja saya ada dana yang berlebihan.. ^_^

Ok, 5 tips untuk anda buat bisnes tapi pada masa yang sama ada gaji bulanan yang tetap. 

Thursday, 25 September 2014

Rahsia Khidmat Pelanggan Usahawan Online

Teks: Masayu Ahmad
Sumber: Ebook Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online

Kuasai Khidmat Pelanggan
pn.masayu@gmail.com

Setiap pelanggan mempunyai citarasa, kemahuan yang berbeza. Ada yang mudah diurus, ada juga yang cerewet. Sudah tentu melayan pelanggan yang cerewet memerlukan kemahiran perhubungan awam yang baik. Usahawan tidak perlu beremosi apabila dimarah-marah pelanggan. Sudah tentu ada cara melayan pelanggan yang pelbagai cita rasa dan kerenah.

-Meningkatkan kesetiaan pelanggan
Usahawan harus biajak menjadikkan pelanggan terus setia bersama. Bagi mengikat hati pelanggan, sesekali buatlah tawaran potongan harga atau memberi harga istimewa bagi membalas kesetiaan pelanggan. Sentiasalah memberitahu perkembangan terkini syarikat, sama ada tentang produk baru, jualan potongan harga, pertemuaan istimewa bersama pelanggan.

-Menjaga integriti
Menjaga maruah pelanggan adalah salah satu usaha memberi gambaran imej seorang usahawan yang jujur. Contohnya bagi pengusaha kecantikan yang menawarkan perkhidmatan urut badan. Sudah tentu perlu menutup kelemahan pelanggann dengan tidak bercerita kepada pelanggan yang lain. Ini membuatkan pelanggan selesa dan berulang kali menggunakan perkhidmatan yang sama.

-Menjaga hubungan dengan pekerja
Walaupun anda hanya menjalankan bisnes dari rumah, pada satu peringkat bisnes akan berkembang dan anda memerlukan pembantu. Anda perlu menjelaskan kepada pembantu semasa dalam proses temuduga awal. Berkongsi maklumat tentang visi dan misi dalam bisnes dengan jelas. Pembantu juga boleh didedahkan dengan persekitaran kerja dan garis panduan bekerja yang anda mahukan.

Wednesday, 24 September 2014

Ulasan Kelas Asas Blog Dan Penulisan - Pn Natrah Mohamed

Ulasan Kelas Asas Blog ABDR

Telah berkali-kali saya pesan kepada diri, "buat ulasan kelas blog."

Tapi, masih tidak terbuat. Akhirnya saya akui, saya perlu duduk dan fokus untuk menulis. Menulis dengan tenang penuh keikhlasan. Hihi.

Bagaimana saya mengenali ABDR ini?

Eh, ABDR apa?


Di asaskan oleh Pengetuanya iaitu Puan Masayu Ahmad.

Sebenarnya saya sudah lama terfollow Puan Masayu ini. Rasanya sejak 2008 lagi. Sejak saya kenal beberapa rakan blogger. Saya jumpa link ke blog Puan Masayu iaitu, Naufalsayang.blogspot.com. Masa itu, saya suka membaca blog-blog. Blog Puan Masayu adalah blog yang saya follow dan letakkan link di blog saya. Hanya beberapa blog saja saya letakkan link mereka. Mereka semua saya kenal di alam nyata. Tapi Puan Masayu saya tidak kenal di alam nyata. Apa yang menarik sangat untuk saya follow blog beliau? Kerana beliau menulis dan update hampir setiap hari. Kerana beliau sedang memperjuangkan berkerja dari rumah.

Tahun 2010, saya melahirkan anak sulung. Rasanya Puan Masayu juga bersalin tahun yang sama. Satu-satunya anak perempuannya. Beliau berpindah ke Kelantan dan mula mempromosi Akademi Berkerja Dari Rumah. Saya waktu itu, berbelah bahagi dan tidak yakin. Hanya mengikuti secara jauh. Setiap hari Puan Masayu update perkembangan kelasnya di FB. Saya masih hanya pembaca dan penglike setia. Cita-cita kecil saya mahu menulis, tapi tak tahu apa yang mahu ditulis, jadi saya mengikuti penulis-penulis secara dekat tetapi senyap. Blog yang entah ke berapa saya buat: JurnalNM dibuat bagi memenuhi impian menulis itu. Saya namakan JurnalNM kerana saya tahu ia bakal dipenuhi dengan pelbagai maklumat dan entry yang bercampur aduk. Entry awal saya dalam blog ini adalah cerpen yang sangat pendek. Hehehe.


Monday, 22 September 2014

SOHO Idaman Motivasi Untuk WAHM

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera


Alhamdulillah, minggu ini sudah masuk minggu penghujung bulan September. Ini bermakna kita sudah hampir juga dengan penghujung tahun 2014. Sekejap sahaja masa berlalu. Bulan ini juga masuk bulan ke tujuh saya bergelar WAHM. Macam tak percaya sahaja saya sudah bergelar WAHM. Teringat saya masa saya membuat rawatan gigi pada awal bulan yang lalu, buat pertama kalinya semasa mengisi borang pesakit, saya menulis di ruang pekerjaan sebagai Surirumah/WAHM. Terus saya tersenyum sendiri dalam hati pada ketika itu. Yalah, sebelum ini kita berjawatan tapi kali ini lebih istimewa dengan jawatan terkini yang di sandang. Ya, saya bangga dengan jawatan saya kini, surirumah yang bekerja di rumah (WAHM).

Sejak awal saya menjadi WAHM, saya masih tiada ruang khusus untuk bekerja di rumah. Dengan erti kata lain, bilik khas yang dijadikan SOHO (Small Office Home Office). Hanya sekadar berbekalkan sebuah laptop, talian internet dan meja kecil di sudut ruang tamu. Inilah SOHO sementara saya untuk saya beroperasi di rumah kini. Segala dokumen dan buku rujukan masih lagi saya tempatkan di dalam fail dan kotak khas. 

Hendak dijadikan cerita sebenarnya SOHO ini adalah sementara. Kami sekeluarga dalam proses untuk berpindah ke rumah baru dalam masa terdekat nanti. Alang-alang kami akan berpindah, terus saya usulkan pada encik suami untuk mempunyai sebuah bilik khas untuk ruang SOHO saya nanti. Saya impikan sebuah SOHO yang lengkap dengan kelengkapan pejabat dan lebih selesa untuk saya menjalankan aktiviti bisnes online nanti. Dan sudah tentu talian internet juga akan dinaiktaraf kepada perkhidmatan yang lebih baik. InsyaAllah, soho idaman ini adalah hadiah paling bermakna yang saya akan jadikan motivasi dan inspirasi untuk terus sukses bekerja di rumah.

Saturday, 20 September 2014

Promosi Bengkel Offline Asas Akaun

PROMOSI SEPTEMBER

[BENGKEL OFFLINE ASAS AKAUN]


Pilih tarikh dan lokasi seperti berikut:-

1. Tarikh: 27 September 2014, Sabtu
Lokasi: Bangi
Masa: 9.30 pg - 5.30 ptg

2. Tarikh: 28 September 2014, Ahad
Lokasi: Shah Alam.
Masa: 9.30 pg -5.30 ptg

Makan tengahari dan air mineral disediakan.
Sijil akan diberikan kepada setiap peserta.

Daftar Sekarang!

Yuran seorang hanya RM199
Pendaftaran untuk 2 orang RM350.


Thursday, 18 September 2014

Pakej WAHM

Mula baca dahulu Pakej Pilihan WAHM SOHO berikut:

1. PAKEJ BEKERJA DI RUMAH




RM150



2. PAKEJ ASAS WAHM SOHO: BEKERJA DI RUMAH


RM125


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Monday, 15 September 2014

Pengurusan Masa Efektif Untuk WAHM

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Pada ketika entri ini ditulis, Arissa dan Harith sudah lena tidur setelah puas mereka berdua bermain bersama. Cuti sekolah telahpun bermula dan waktu cuti ini adalah peluang Harith untuk bermain bersama kakak Arissa selain hari Sabtu dan Ahad. Apabila anak-anak sudah lena, inilah juga peluang saya untuk curi masa menulis di blog seketika. Pada kebiasaan saya akan menulis pada waktu pagi ataupun tengah malam, kerana pada waktu tersebut idea akan datang mencurah-curah dan tenang sahaja. Tapi apa-apapun ianya bergantung kepada pengurusan masa kita seharian. Strategi pengurusan masa yang efektif dan disiplin.

Baik, bercakap tentang pengurusan masa, sebenarnya ia adalah sebahagian daripada cabaran kita apabila menjadi wahm. Selain diri kita sendiri sebagai cabaran utama, pengurusan masa juga adalah cabaran hebat yang sehingga kini saya masih belajar dan perbaiki dari masa ke semasa. Strategi pengurusan masa yang betul dan efektif amat penting bagi memastikan kita sentiasa produktif dan matlamat bekerja di rumah dicapai dengan suksesnya.

Pada awal saya menjadi WAHM dahulu, saya akui pengurusan masa saya sangat bercelaru dan tidak sistematik. Kalau boleh semua aktiviti di rumah saya hendak sudahkan. Kadang-kadang saya akan mengeluh tidak sempat hendak selesaikan dan pada akhirnya saya akan stress kerana tidak cukup masa. Lebih-lebih lagi apabila mempunyai anak yang masih kecil. Walaupun tumpuan kepada si kecil adalah fokus utama, aktiviti-aktiviti lain juga perlu dilaksanakan mengikut kemampuan dan perancangan yang telah kita tetapkan.

Tuesday, 9 September 2014

Utamakan Kesihatan Diri

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Seminggu sudah berlalu. Seminggu jugalah saya menahan sakit gigi. Kalau diikutkan temujanji dengan doktor gigi pada Khamis ini tapi memandangkan tempoh temujanji agak lama dan sakit tidak dapat ditahan lagi, saya rujuk sahaja doktor gigi yang menerima 'walk-in'. Alhamdulillah, semalam berakhir sudah episod sakit gigi. Sangat lega dan amat terasa kehilangan. Paling tidak dapat dilupakan ini merupakan pengalaman pertama saya cabut gigi. Saya tidak duga sehingga ke tahap itu, saya ingat cuma tahap rawatan tampalan sahaja. Tapi apakan daya, serius juga kerosakan gigi kerana menurut doktor saraf gusi saya sudah mati dan pilihan yang ada adalah:- 1) untuk mendapatkan rawatan 'root cannal' ataupun; 2) cabut dan dapatkan rawatan 'bridge' dan 'crown' pada gigi. Allahuakbar, tuhan sahaja yang tahu perasaan saya semalam. Lucu juga bila difikirkan semula. Sedih pun ada sebab gigi kena cabutkan. Dalam hati saya masih tertanya-tanya kenapa sampai saraf gigi saya rosak. Bila kita rasa gigi tu macam sikit sahaja lubangnya tapi sebenarnya dalaman telah merebak ke saraf dan rosak. Nampak gayanya selepas ini akan ada rawatan susulan untuk 2-3 bulan yang akan datang. Kesan pendarahan pada cabutan semalam juga masih belum sembuh. 

Secara jujur, bila sakit gigi ini sememangnya mengganggu rutin harian saya sebagai ibu, isteri dan suri yang bekerja di rumah. Yalah, nak makan pun susah, nak cakap pun berat mulut. Nasib baik juga saya kini bekerja online di rumah sahaja. Semua urusan tidak memerlukan saya bercakap, hanya di hujung jari sahaja. Tapikan semalam seharian jugalah saya terbaring atas katil. En suami mohon saya rehat dan berhenti seketika membuat kerja-kerja di dapur. Hebatkan penangan sakit gigi ni. Pendek kata semuanya serba tidak kena apabila kita sakit gigi. Walaupun hanya gigi yang sakit ianya memberi kesan yang besar kepada rutin harian kita.

Baik, panjang pula saya bercerita berkenaan sakit gigi. Moralnya di sini sebenarnya kesihatan itu amatlah penting. Tidak kiralah gigi ke, batuk selesema, pening kepala atau demam biasa. Jangan sesekali kita ambil lewa. Maksudnya jangan bila sudah serius baru kita hendak berjumpa doktor dan dapatkan rawatan. Bila badan kita sakit, badan kita tidak dapat berfungsi dengan baik. Lebih-lebih lagi sebagai wahm. Kita perlu kekal sihat mental dan fizikal. Ini semua penting untuk memastikan kita dapat melaksanakan aktiviti harian dengan baik. 


Friday, 5 September 2014

Ulasan Ebook Super WAHM Super Mom ~ Puan Anys Idayu Zakaria

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Teks: Anys Idayu Zakaria
Sumber: http://anysidayu.blogspot.com/2013/06/ulasan-ebook-super-wahm-super-mom.html


Alhamdulillah selesai sudah membaca ebook super wahm super mom untuk yang keberapa kalinya, tak berapa ingat sebab selalu diulang-ulang pembacaan.  Saya sangat seronok membaca ebook ini kerana kandungannya sangat memberi kata semangat dan mencetuskan sumber inspirasi. Di sini saya ulas sedikit tentang ebook super wahm super mom ini.

Suka saya nyatakan seperti kata penulis Pn. Masayu Ahmad, ‘selagi mana wanita itu bergelar ibu, isteri rumahlah tempat terbaik untuk kita.  Kembalikan kegemilangan wanita di zaman Rasulullah.  Sesuai dengan fitrah dan tuntutan Al-Quran dan sunnah.  Kembali ke tempat asal namun bukan sekadar duduk dalam tempurung’.  Jadi bagi wanita yang bergelar suri rumah sepenuhnya janganlah kalian berasa rendah diri.  Sebenarnya pengorbanan ibu di rumah sangatlah besar. Malah kalian bukan sahaja dapat melihat anak-anak membesar depan mata, makan pakaian keluarga juga dapat diuruskan dengan sempurna.

Ibu-ibu yang berada di rumah boleh mengambil peluang yang ada bukan sahaja duduk di rumah semata-mata menguruskan rumah tangga. Cuba terokai dan pelajari serta cari peluang-peluang yang ada untuk memulakan langkah menambah pendapatan. Sebagai contoh, jika suri yang ada kelapangan melayari internet, cuba terokai dan cari peluang yang boleh digunakan untuk menjana rezeki hanya melalui talian dan yang tidak memerlukan suri bergerak ke luar sepenuhnya.  Dengan cara ini, insya Allah pengurusan rumahtangga masih berjalan seperti biasa dan suri juga sudah dapat melakukan satu aktiviti yang lebih berfaedah serta dapat membantu suami.

Thursday, 4 September 2014

Angan-Angan Itu Percuma

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Salam khamis untuk pengunjung setia WAHM Corner!




Ini Harith Imran. Umur baru masuk 3 tahun awal bulan Ogos yang lalu. Dulu saya selalu berangan-angan kalaulah boleh menjahit, macam-macam kita boleh buatkan. Lebih-lebih lagi bila ada anak-anak kecil. Mulalah kita berangan nak jahitkan baju untuk anak-anak. Selepas itu saya selalu berangan kalaulah ada mesin jahit sendiri macam-macam saya boleh jahit.

Apa-apapun jom tengok dulu gambar-gambar ni. Inilah hasil tangan saya yang tak seberapa dan merupakan percubaan pertama saya menjahit jubah kanak-kanak dan beg telekung solat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG