Nuffnang

Thursday, 4 September 2014

Angan-Angan Itu Percuma

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Salam khamis untuk pengunjung setia WAHM Corner!




Ini Harith Imran. Umur baru masuk 3 tahun awal bulan Ogos yang lalu. Dulu saya selalu berangan-angan kalaulah boleh menjahit, macam-macam kita boleh buatkan. Lebih-lebih lagi bila ada anak-anak kecil. Mulalah kita berangan nak jahitkan baju untuk anak-anak. Selepas itu saya selalu berangan kalaulah ada mesin jahit sendiri macam-macam saya boleh jahit.

Apa-apapun jom tengok dulu gambar-gambar ni. Inilah hasil tangan saya yang tak seberapa dan merupakan percubaan pertama saya menjahit jubah kanak-kanak dan beg telekung solat.


'Imran Jubah' sempena nama Imran Harith
Alhamdulillah, saya sangat berpuas hati apabila melihat Harith Imran sangat suka apabila mencuba jubah barunya. Saya akan rasa hilang stress apabila melihat gelak tawa anak-anak. Kemudian mulalah saya akan berangan macam-macam. Berangan nak jahit dress untuk Arissa, berangan nak jahit baju melayu harith dan macam-macam lagi. Paling seronok apabila apa yang kita angan-angankan tersebut menjadi kenyataan.


Simple Lacey Telekung Bag 
Yang ini pula saya namakan Simple Lacey Telekung Bag. Sebenarnya ini juga merupakan percubaan pertama saya menjahit bag. Cuma beg ini saya berikan sedikit sentuhan jahitan manik dan lace. Inilah hasilnya. Kebetulan hari lahir ibu mertua saya jatuh pada 1 September yang lalu, jadi saya jadikan beg ini sebagai pemberian hadiah yang bermakna kepada beliau. 

Mesin jahit idaman yang diangan-angankan sebelum ini sudah dimiliki
Alhamdulillah, akhirnya angan-angan saya sebelum ni tercapai. InsyaAllah, apa yang saya angan-angankan ini akan dijadikan idea perniagaan pula. Saya berangan-angan mempunyai label jenama sendiri khusus untuk pakaian kanak-kanak. Alhamdulillah, mesin jahit idaman yang saya angan-angankan juga sudah dimiliki. Jadi, sudah tiba masanya kita realitikan apa yang kita angan-angankan dahulu menjadi kenyataan.

Sebagai seorang WAHM, ada masanya kita akan merasa stress. Lebih-lebih lagi dalam pengurusan masa. Kadang-kadang rasa macam tak cukup masa 24 jam tu. Tapi apa-apa pun ia sebenarnya bergantung kepada kita bagaimana untuk menangani keadaan stress tersebut. Macam saya bila saya stress saya akan mula mengemas apa yang nampak tidak kena di depan mata. Hehe.. Kemudian bila sudah bersih dan kemas mulalah saya akan berangan. Tapi berangan yang positif ok ;-)

Panjang pula saya bercerita berkenaan hasil jahitan saya. Semuanya bermula dengan angan-angan dan impian. Sebenarnya niat saya hanya untuk berkongsi kegembiraan apabila saya berjaya menghasilkan sesuatu atas usaha sendiri. Saya sangat teruja sekarang untuk menambah kemahiran dalam jahitan. InsyaAllah, angan-angan saya seterusnya untuk mempunyai label jenama sendiri dalam pakaian kanak-kanak dan saya akan rakamkan catatan pengalaman saya dalam jahitan dalam sebuah blog saya yang lain. Saya bermula dari zero dalam jahitan. Oleh kerana minat yang mendalam, saya cuba juga untuk belajar menjahit. Buat masa sekarang, saya banyak merujuk kepada tutorial di internet dan buku. Dalam perancangan saya untuk berguru pula selepas ini. InsyaAllah.

Baik, kesimpulan daripada entri saya pada kali ini:

1. Berangan itu boleh juga kita jadikan sebagai pengubat kita di kala stress. Tapi pastikan angan-angan itu sesuatu yang positif dan boleh mengurangkan stress kita.

2. Daripada angan-angan kita boleh tukar menjadi kenyataan. Apabila kita berangan sesuatu, fitrah dalam diri kita biasanya akan mendorong kita untuk melakukan sesuatu tindakan supaya terlaksana apa yang diangan-angankan. 

3. Antara angan-angan dan impian, saya rasa ia berkait antara satu sama lain. Sentiasa berfikiran positif dan berusaha bersungguh untuk memastikan apa yang diangan-angankan/impian menjadi kenyataan. Usaha tangga kejayaan. Jangan kita hanya berangan kosong ibarat angan-angan mat jenin, tapi kita mesti yakin, usaha tanpa henti dan bersungguh-sungguh.

4. Tidak salah untuk kita berangan, kerana yang pasti berangan itu percuma.

Semoga bermanfaat.

Salam ukhuwwah

Yati Dbahri
WAHM Corner: Inspirasi Bekerja Di Rumah
"1 Suri, 1 Perniagaan"


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG