Nuffnang

Monday, 29 September 2014

Panduan Urus Akaun Di Blog - Puan Hazwani Abd Hamid

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Salam ceria untuk semua pengunjung setia blog WAHM Corner ;-)

Alhamdulillah, petang ni saya singgah sebentar di blog rakan alumni Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR), iaitu Puan Hazwani Abdul Hamid di laman blognya: Panduan Urus Akaun, Hub Informasi Akaun Bisnes Anda. Dengan menggunakan medium blog, beliau juga kongsikan tentang ilmu, kepakaran dan pengalaman beliau dalam bidang akaun. Untuk makluman, beliau juga adalah salah seorang trainer akaun untuk kelas dan bengkel akaun yang dianjurkan oleh ABDR.

Saya tertarik dengan perkongsian beliau tentang tips untuk usahawan yang mahu mula bisnes tapi pada masa yang sama mempunyai gaji bulanan yang tetap. Mahu tips tersebut?

Baik, jom kita baca dan fahami tips daripada Puan Hazwani ini. Jemput singgah di blog beliau di sini:


Sudah banyak kali saya kongsikan tips ini kepada rakan-rakan yang berbisnes atau mereka yang baru mula berbisnes. Jadi saya fikir, saya nak tulis dan jadi panduan kepada lebih ramai lagi bakal usahawan di luar sana. Ingat! Musim boikot adalah peluang untuk anda usahawan Islam untuk mula serius berniaga. Selepas ini mungkin ada artikel bertajuk "Saudagar Boikot" dua atau 3 tahun dari sekarang. 

Usahawan melihat peluang dari apa masalah sekarang. Tapi mereka yang gagal melihat masalah kepada punca kepada masalah dan terus bersalah dan menyalahkan. Bertindak sekarang! Nanti di lain masa saya akan senaraikan jenis bisnes yang patut anda ceburi di musim boikot ini. Jika sahaja saya ada dana yang berlebihan.. ^_^

Ok, 5 tips untuk anda buat bisnes tapi pada masa yang sama ada gaji bulanan yang tetap. 

  1. Kaji "nature of business" anda.
  2. Cipta pakej atau solusi masalah untuk ditawarkan kepada pelanggan
  3. Fikirkan berapa yang anda mahukan dalam sebulan?
  4. Susun strategi
  5. Bertindak
Saya ambil contoh perniagaan adik ipar saya iaitu Herbalis Sayyidah (Pembekam di Langkawi). Beliau menawarkan RM10/cup kepada pelanggannya dan beliau mengamalkan ziarah dari rumah ke rumah untuk merawat pesakit.
  1. Nature of business: Rawatan Bekam dari rumah ke rumah
  2. Pakej atau Solusi: Memberi kad pesakit dan buku log rawatan untuk rawatan ulangan selama sekurang-kurangnya 3 bulan.
  3. Gaji Sebulan yang diidamkan: RM2000
  4. Strategi: - Kumpul pesakit dalam satu rumah lebih dari seorang (ibu, adik, kakak, nenek) - Nasihatkan bahagian yang perlu dibekam sesuai dengan penyakit yang dihidapi - Berinteraksi dengan pesakit tentang Do's & Dont's sebagai BONUS - Beri appointment sebulan selepas untuk hasil yang terbaik
  5. Bertindak - Minimum cup yang akan diminta pesakit adalah 5 cup. Maka RM50/pesakit. Jika dalam satu sesi, beliau membekam sekali 3 pesakit. Jumlah kutipan untuk hari tersebut adalah RM150. Sekiranya, beliau konsisten sekurang-kurangnya 4 kali seminggu, beliau akan memperoleh RM600/seminggu. RM600 X 4 minggu menjadikan minimum kutipan untuk sebulan adalah RM2400.
RM2400 adalah minimum kutipan untuk satu bulan. Tapi kebiasaannya pesakit akan minta lebih dari 5 cup pada satu sesi. Bergantung kepada bagaimana konsultansi anda. Tanpa pejabat berhawa dingin, kakitangan yang cerewet dan bil-bil utiliti yang tinggi, beliau dapat kutipan bulanan itu sebagai GAJI BERSIH.

Apa yang penting istiqamah, tidak mudah penat dan kekal konsisten dengan memberikan khidmat terbaik!

Anda bagaimana?

Semoga bermanfaat!


*********************

Masalah Rutin Usahawan Bisnes Kecil

- Tidak tahu menjejaki kos, untung, aliran tunai bisnes
- Terlalu banyak kos tersembunyi kos tersembunyi yang mengecilkan keuntungan
(dilakukan dari awal mula bisnes)
- Mencampur aduk wang syarikat dan wang sendiri
- Menggunakan wang syarikat/bisnes dengan bebas tanpa rasa bersalah
- Membeli banyak stok pada awal bisnes menyebabkan 0 keuntungan
- Jualan meningkat setiap bulan, akan tetapi tidak ada rekod kewangan yang tepat, menyebabkan tidak ada
wang keuntungan
- Tidak memasukkan kos pengurusan, kos minyak menyebabkan 'bahagian wang untung' semakin mengecil dan hampir tidak ada untung
- Selepas setengah tahun beroperasi, bisnes masih pada tahap sama, jualan tidak konsisten dan tidak tahu keuntungan yang tepat
- Bisnes seperti maju, produk laris tetapi tidak ada 'aliran tunai' yang banyak di dalam tangan

Jika kalian kategori usahawan di atas:

- Perlu tahu wang peribadi perlu diasingkan dengan wang syarikat
- Belajar buat bajet kewangan
- Buat unjuran sasaran yang perlu dicapai
- Buat sasaran bahagian 'gaji' yang perlu diambil dari 'pendapatan syarikat' selepas layak mengambil gaji
- Perlu tahu kos yang terlibat dalam urusan operasi bisnes
- Perlu tahu mana untung mana rugi
- Perlu tahu kesihatan 'kewangan' atau 'akaun' syarikat adalah bisnes semakin untuk atau semakin rugi
- Perlu tahu asas keluar masuk wang
- Perlu tahu bahawa rekod aliran wang yang tepat membantu usahawan menjejaki keuntungan yang sepatutnya lebih meningkat dari bulan ke bulan

Bagi usahawan yang mengalami masalah di atas, boleh sertai bengkel urus kewangan

[Bengkel Offline Asas Akaun]

Tarikh: 11 Oktober 2014, Sabtu
Lokasi: Shah Alam
Masa: 9.15pg -5.15ptg
Yuran hanya RM199 seorang
Harga biasa RM220
Tempat sangat terhad.
Makan tengahari dan air mineral disediakan.
Sijil akan diberikan kepada setiap peserta.

Modul
1. Pengenalan Buku Kira-kira and Perakaunan
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh usahawan
3. How to do record keeping yang betul (Lejar, untung, rugi dan balance sheet)
4. Pengenalan kepada Asas Kos dan Meletakkan Harga pada satu-satu produk.
5. Akaun untung atau Rugi. Syarikat anda UNTUNG atau RUGI????
6. Case Study (Merangkumi penyediaan akaun penuh) - hands on task.

[Grup Coaching Asas Akaun]

Masa: 9.30pg - 2.00tgh
Tarikh: 14 Oktober 2014
Sijil dan Refreshment Disediakan
Kelas dalam kumpulan kecil (max 4-6 pax)
Lokasi: Damansara Damai, Sungai Buloh (Easy access dari MRR2 dan NKVE)

[Kelas Online Akaun] 

Akan diadakan pada 2 tarikh berikut:
1. Tarikh: 12 oktober 2014, Ahad
    Masa: 10 am - 1 pm

2. Tarikh: 13 Oktober 2014, Isnin
    Masa: 9.30am -12.30tgh

Peserta perlu online selama 3 jam.
Modul 1: Basic book keeping.
Bagaimana merekod buku simpan kira?
Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.

Untuk pendaftaran dan pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya:

Facebook Official: Yati Dbahri
Facebook Fanpage: WAHM Corner
SMS/WhatsApp/Telegram: 019-6627100
Email: haryatidulbahri@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG