Nuffnang

Monday, 22 September 2014

SOHO Idaman Motivasi Untuk WAHM

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera


Alhamdulillah, minggu ini sudah masuk minggu penghujung bulan September. Ini bermakna kita sudah hampir juga dengan penghujung tahun 2014. Sekejap sahaja masa berlalu. Bulan ini juga masuk bulan ke tujuh saya bergelar WAHM. Macam tak percaya sahaja saya sudah bergelar WAHM. Teringat saya masa saya membuat rawatan gigi pada awal bulan yang lalu, buat pertama kalinya semasa mengisi borang pesakit, saya menulis di ruang pekerjaan sebagai Surirumah/WAHM. Terus saya tersenyum sendiri dalam hati pada ketika itu. Yalah, sebelum ini kita berjawatan tapi kali ini lebih istimewa dengan jawatan terkini yang di sandang. Ya, saya bangga dengan jawatan saya kini, surirumah yang bekerja di rumah (WAHM).

Sejak awal saya menjadi WAHM, saya masih tiada ruang khusus untuk bekerja di rumah. Dengan erti kata lain, bilik khas yang dijadikan SOHO (Small Office Home Office). Hanya sekadar berbekalkan sebuah laptop, talian internet dan meja kecil di sudut ruang tamu. Inilah SOHO sementara saya untuk saya beroperasi di rumah kini. Segala dokumen dan buku rujukan masih lagi saya tempatkan di dalam fail dan kotak khas. 

Hendak dijadikan cerita sebenarnya SOHO ini adalah sementara. Kami sekeluarga dalam proses untuk berpindah ke rumah baru dalam masa terdekat nanti. Alang-alang kami akan berpindah, terus saya usulkan pada encik suami untuk mempunyai sebuah bilik khas untuk ruang SOHO saya nanti. Saya impikan sebuah SOHO yang lengkap dengan kelengkapan pejabat dan lebih selesa untuk saya menjalankan aktiviti bisnes online nanti. Dan sudah tentu talian internet juga akan dinaiktaraf kepada perkhidmatan yang lebih baik. InsyaAllah, soho idaman ini adalah hadiah paling bermakna yang saya akan jadikan motivasi dan inspirasi untuk terus sukses bekerja di rumah.



Baik, jom kita cuci mata dengan gambar-gambar SOHO yang saya google sebentar tadi. Mulalah saya berangan ;-) InsyaAllah, sedikit masa sahaja lagi saya akan mempunyai SOHO idaman sendiri.  Dalam masa yang sama, kita mesti kekalkan konsisten dalam aktiviti bekerja di rumah. Jangan sesekali kita mudah berputus asa dan teruskan memohon keberkatan dan dipermudahkan segala urusan daripada Allah swt. InsyaAllah.



























*************************************

Mengapa memilih SOHO?
Bekerja dari rumah- peningkatan dan penguasaan oleh wanita dilihat begitu mendapat tempat. Namun SOHO juga menjadi pilihan ramai lelaki moden yang mengimpikan karier yang lebih bebas dan tidak terikat. Gaya hidup yang lebih santai, dan ada lebih masa bersama keluarga.

Manfaat untuk keluarga
Bagi suami isteri yang memilih bekerja dari rumah adalah satu cara untuk memantau persekolahan dan aktiviti seharian anak-anak. Sudah tentu ini tidak dapat dilakukan oleh ibu bapa yang keluar bekerja jam 9 pagi hingga 6 petang. Selain berperang dengan pengurusan masa, memilih memiliki pejabat di rumah memberi peluang untuk melakukan banyak kerja serentak.

Mungkin pada satu-satu masa boleh bekerja dalam tempoh jam yang panjang, tidur lewat demi menyiapkan satu-satu tugas. Namun pada masa yang lain boleh kembali memberi masa santai, kerana ia adalah jadual kerja yang fleksibel.

Kesempatan untuk mengurangkan kos bisnes seperti sewa pejabat, tetapi sesetengah perkara seperti akaun bisnes tidak boleh diambil mudah. Perancangan bisnes, promosi, pemasaran dan akaun adalah perkara penting dalam urusan bisnes.

Cabaran SOHO
Bekerja sambil melayan kerenah anak-anak tidak semudah yang dibayangkan. Tambahan pula jika anak-anak adalah masih kecil. Beberapa cabaran kecil perlu ditukarkan kepada disiplin kerja yang lebih teratur, hadkan masa bersama keluarga dan juga rakan dan bina imej yang lebih profesional. Kadangkala tetamu yang tidak diundang datang bertandang, jadi perlu pandai menyesuaikan keadaan ini ketika kritikal berdepan perlu menyelesaikan tugas segera dan penting.

Imej profesional, santai dan konsisten
Ia mungkin mengambil masa untuk berdisplin, stabil dan mengenali corak bekerja dari rumah. Lama-kelamaan ia akan menjadi mudah, sambil meneguk minuman, menyumbat pakaian ke dalam mesin basuh, pada masa yang sama juga menguruskan pesanan melalui emel yang diterima atau menerima panggilan bakal pelanggan.

Perlu ada tarikh akhir
Ia mengambil masa untuk menjadikan rutin disiplin yang konsisten berdasarkan corak bekerja di rumah. Kadangkala kelihatan seperti mudah, pagi hari menyiram pokok, menyelesaikan pakaian kotor atau pada masa yang sama merekabentuk brosur pelanggan, menerima panggilan dan sebagainya.

Tanpa tarikh akhir, bekerja diandaikan tiada sasaran matlamat dan kesan produktiviti. Ia menjadikan pemilik SOHO bebas melakukan apa sahaja. Ya, betul antara kelebihan SOHO adalah fleksibel, tetapi untuk produktiviti kerja atau bisnes perlu ada sasaran yang tepat.
Tanpa pemerhatian, atau kawalan pihak atas, seperti majikan, pemilik soho perlu berdikari untuk bebas bekerja tetapi masih produktif. Anda kini sudah tidak ada lagi pertemuan untuk menghadiri seminar untuk pekerja, sesi makan tengahari bersama teman pejabat, atau apa sahaja kegiatan sosial yang lain.

Persediaan awal SOHO
Bekerja di rumah bunyinya macam hebat, indah dan seronok. Bekerja sendiri, juga nampak gah. Tetapi, apa yang pasti cabarannya juga bukan calang-calang. Berani menanggung risiko atau tidak. Terdapat beberapa cara berikut untuk anda merealisasikan matlamat bekerja di rumah. Luaskan lagi fikiran tentang bekerja di rumah, bukan sekadar untuk hobi, kebebasan. Sebaliknya jadikan wahm atau soho sebagai salah satu cabang menambah pendapatan untuk seisi keluarga. Berikut adalah cara untuk mendalami dan bermula menjadikan pejabat di rumah menjadi kenyataan.

1. Lakukan secara sambilan
Sekiranya anda gusar tentang kewangan masih lagi belum stabil sekiranya berhenti kerja. Jadi lakukan ia secara sambilan. Tumpukan semasa pada hari tidak bekerja seperti di hujung minggu atau masa-masa tertentu yang anda boleh pilih sendiri untuk mula fokus jenis kerja atau bisnes untuk dilakukan di rumah.

2. Cuti tanpa gaji
Jika majikan di tempat kerja memberi peluang untuk cuti tanpa gaji, sama ada selama enam bulan atau setahun. Pilihan adalah di tangan anda dan toleransi majikan. Jadi gunakan sepenuhnya untuk bermula dan membuat apa sahaja jenis pilihan kerja atau bisnes yang sudah anda rancang selama ini. Katakanlah ia sangat bagus dan anda mampu menjana pendapatan sampingan, teruskan ia. Kembali semula bekerja seperti biasa, manakala soho anda tetap diuruskan seperti biasa. Jika anda mampu boleh mengupah pekerja tetap atau secara sambilan.

3. Menjana pendapatan sampingan
Anda suami isteri sangat sayang kerjaya yang sudah di sandang sekarang, jadi menjadikan peluang menambah pendapatan atau memiliki sendiri soho di rumah adalah satu lagi usaha yang boleh dilakukan suami isteri. Kebanyakan masa adalah berada di rumah, tidak perlu lagi mencari peluang kerja tambahan yang memerlukan anda berada di luar rumah.

(sumber: Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes)

Baca lebih lanjut dalam Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes.




Harga: RM50



Atau dapatkan 2 buah ebook ini 
pada harga RM50 sahaja.

Ringkasan Bab  Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes.

Bab 1: 101 Idea Home Based Bisnes
Bab 2: Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 3: Rancang, Sasar Matlamat
Bab 4: Strategi Pemasaran Online
Bab 5: Strategi pemasaran Offline
Bab 6: Operasi Dari Rumah
Bab 7: Khidmat Pelanggan Online
Bab 8: Produk digital vs produk fizikal
Bab 9: Strategi Pemasaran Gaya Rasulullah
Bab 10: Rahsia Bisnes Siti Khadijah
Bab 11: Pengalaman Usahawan Sukses



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG