Nuffnang

Tuesday, 9 September 2014

Utamakan Kesihatan Diri

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Seminggu sudah berlalu. Seminggu jugalah saya menahan sakit gigi. Kalau diikutkan temujanji dengan doktor gigi pada Khamis ini tapi memandangkan tempoh temujanji agak lama dan sakit tidak dapat ditahan lagi, saya rujuk sahaja doktor gigi yang menerima 'walk-in'. Alhamdulillah, semalam berakhir sudah episod sakit gigi. Sangat lega dan amat terasa kehilangan. Paling tidak dapat dilupakan ini merupakan pengalaman pertama saya cabut gigi. Saya tidak duga sehingga ke tahap itu, saya ingat cuma tahap rawatan tampalan sahaja. Tapi apakan daya, serius juga kerosakan gigi kerana menurut doktor saraf gusi saya sudah mati dan pilihan yang ada adalah:- 1) untuk mendapatkan rawatan 'root cannal' ataupun; 2) cabut dan dapatkan rawatan 'bridge' dan 'crown' pada gigi. Allahuakbar, tuhan sahaja yang tahu perasaan saya semalam. Lucu juga bila difikirkan semula. Sedih pun ada sebab gigi kena cabutkan. Dalam hati saya masih tertanya-tanya kenapa sampai saraf gigi saya rosak. Bila kita rasa gigi tu macam sikit sahaja lubangnya tapi sebenarnya dalaman telah merebak ke saraf dan rosak. Nampak gayanya selepas ini akan ada rawatan susulan untuk 2-3 bulan yang akan datang. Kesan pendarahan pada cabutan semalam juga masih belum sembuh. 

Secara jujur, bila sakit gigi ini sememangnya mengganggu rutin harian saya sebagai ibu, isteri dan suri yang bekerja di rumah. Yalah, nak makan pun susah, nak cakap pun berat mulut. Nasib baik juga saya kini bekerja online di rumah sahaja. Semua urusan tidak memerlukan saya bercakap, hanya di hujung jari sahaja. Tapikan semalam seharian jugalah saya terbaring atas katil. En suami mohon saya rehat dan berhenti seketika membuat kerja-kerja di dapur. Hebatkan penangan sakit gigi ni. Pendek kata semuanya serba tidak kena apabila kita sakit gigi. Walaupun hanya gigi yang sakit ianya memberi kesan yang besar kepada rutin harian kita.

Baik, panjang pula saya bercerita berkenaan sakit gigi. Moralnya di sini sebenarnya kesihatan itu amatlah penting. Tidak kiralah gigi ke, batuk selesema, pening kepala atau demam biasa. Jangan sesekali kita ambil lewa. Maksudnya jangan bila sudah serius baru kita hendak berjumpa doktor dan dapatkan rawatan. Bila badan kita sakit, badan kita tidak dapat berfungsi dengan baik. Lebih-lebih lagi sebagai wahm. Kita perlu kekal sihat mental dan fizikal. Ini semua penting untuk memastikan kita dapat melaksanakan aktiviti harian dengan baik. 


Sebagai seorang wahm, bagi saya kesihatan diri sendiri mesti diutamakan. Kadang-kadang kita tidak sedar yang kita telah abaikan kesihatan diri sendiri. Sebagai contoh, bila kita terlalu sibuk dengan urusan anak, urusan rumahtangga dan urusan bisnes, kadang-kadang kita lupa untuk 'reward' atau hargai diri sendiri. Bagi saya rehat yang cukup juga adalah salah satu reward untuk seorang wahm. Rehat yang cukup amat penting dalam memastikan kesihatan kita sentiasa sihat dan cergas. Begitu juga pengambilan makanan dan persekitan tempat kita bekerja (rumah). Badan yang sihat memerlukan tenaga daripada makanan yang kita ambil. Sentiasa amalkan pemakanan yang seimbang dan sihat. Sebagai contoh seperti saya sendiri, saya akui kadang-kadang saya juga terlupa untuk mengambil air kosong yang secukupnya dalam sehari. Maksudnya di sini kita sendiri kena disiplin untuk memastikan kita mengambil air yang cukup dalam sehari. Begitu juga dengan makanan tambahan (supplement). Kita boleh ambil makanan tambahan sebagai langkah pencegahan dan mengekalkan kesihatan. Setakat ini saya mengamalkan pemakanan sunnah iaitu madu dan makanan tambahan shaklee sebagai langkah awal untuk kekal sihat.

Selain itu, pemeriksaan kesihatan juga perlu dilakukan secara berkala dan bukannya menunggu sehingga perlu sahaja.

Secara kesimpulan, kesihatan memainkan peranan penting dalam kehidupan harian kita. Orang tua-tua selalu berpesan, tiada maknanya harta dan kekayaan yang kita miliki sekiranya semua nikmat itu kita tidak dapat nikmati apabila diri kita berada dalam keadaan sakit, tidak sihat dan diserang pelbagai penyakit. Oleh itu, walau macamana sibuk pun kita jangan sesekali kita abaikan kesihatan.

Wallahua'lam. Semoga bermanfaat.

*****

Pendaftaran bagi kelas-kelas berikut dibuka setiap hari. Bergabung bersama kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) yang kini mencecah 830 blog.

1. Kelas Asas blog dan penulisan} - online & offline
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes} - online & offline
-produk sendiri
-makanan sunnah
-telekung solat borong dan runcit http://gedungtelekungsolat.blogspot.com/
-produk islamik
-projek raya http://projekduithariraya.blogspot.com/
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho-daftar-
Bengkel offline- 6 sept(shah alam) & 13 sept (Melaka)
Grup Coaching - 4 sept & 11 sept (Khamis)
Kelas Online - 8 sept(Isnin), dan 1 sesi untuk hari Ahad, 21/9/14
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
8. Pendaftaran pengurus online - online dan offline
9. Kelas asas wordpress

Servis yang kami ada:
1. Tempahan blog bisnes - 5-7 hari siap
2. Beriklan di SOHO Directory juga bersama pautan kami lebih 830 blog

Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi saya:

Facebook Official: Yati Dbahri
Facebook Fanpage: WAHM Corner
SMS/WhatsApp/Telegram: 019-6627100
Email: haryatidulbahri@gmail.com


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG