Nuffnang

Friday, 17 October 2014

Manfaat Bekerja Di Rumah

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.



Pagi tadi selesai hantar kakak Arissa ke sekolah, terus Harith ajak main basikal di tepi rumah sebentar. Sambil teman Harith berbasikal, saya sempat bersihkan bahagian luar rumah. Jika tidak, kami akan main blok bersama di dalam rumah. Begitulah rutin kami pada waktu pagi, saya akan luangkan masa bersama Harith dahulu sebelum masuk semula ke SOHO seawal jam 8.30 pagi. Biasanya pada waktu pagi saya akan semak email, kemaskini blog dan wall FB, membalas maklumbalas pelanggan, uruskan tempahan pelanggan dan sebagainya. Pada masa saya berada di SOHO, Harith akan teruskan aktiviti di dalam rumah pula. Biasanya saya akan bermain bersamanya sambil saya membuat kerja. Inilah antara cabaran apabila bekerja di rumah dan mempunyai anak yang masih kecil. Kita sebagai ibu haruslah kreatif dalam merencanakan aktiviti harian bersama anak di rumah. Saya anggap cabaran ini sebagai motivasi bekerja di rumah. Saya rasa seronok apabila dapat memantau sendiri perkembangan dan aktiviti anak di rumah.

Teringat pula ketika bekerja di pejabat dahulu. seawal jam 7.15 pagi saya dan suami sudah keluar dari rumah bergegas menghantar anak-anak ke taska dahulu. Kami pergi ke pejabat menggunakan satu kereta sahaja kerana lokasi pejabat kami masih berada dalam satu kawasan. Biasanya jam 7.40 pagi anak-anak sudah berada dalam jagaan pihak taska.  Di pejabat pula saya akan mulakan tugas seawal jam 8 pagi sehinggalah biasanya jam 6 petang  kami akan pulang dan ambil anak-anak di taska. Jika dihitung semula, masa bersama anak adalah selepas jam 6 petang sehinggalah jam 8 pagi esoknya. Kami hanya dapat bersama anak-anak pada sebelah malam sahaja. Perkara inilah sebenarnya yang memberi motivasi kepada saya apabila bekerja di rumah. Kualiti masa bersama anak adalah lebih berbanding ketika bekerja di pejabat dahulu.

Nampak tak contoh perbezaan situasi saya bekerja di rumah dan semasa bekerja di pejabat dahulu. Sebenarnya terdapat pro dan kontra apabila bekerja di rumah. Berdasarkan pengalaman setelah hampir 8 bulan bekerja di rumah, setakat ini antara manfaat yang saya perolehi apabila bekerja di rumah:

1. Kualiti masa lebih bersama keluarga
Matlamat utama saya bekerja di rumah adalah untuk mempunyai lebih masa bersama keluarga. Anak-anak yang sedang membesar adalah menjadi keutamaan. Apabila bekerja dirumah, kita dapat pantau sendiri aktiviti harian anak dan melihat sendiri perkembangan mereka setiap hari.

Thursday, 9 October 2014

Ulasan Kelas Asas Blog Penulisan - Pn. Norzalina Hamzah

Guru Online: Aishah Hussein

Subhanallah Alhamdulilllah Allahuakbar
Selesai sudah 44 entri sebagai kejayaan pertama di akademi. Walaupun baru langkah pertama, terasa bangga benar dengan diri sendiri. Rasa macam naik pangkat pula. Rasa bersemangat untuk terus menulis dan melangkah ke peringkat seterusnya. Terima kasih Puan Aishah selaku Guru Online saya. Entri pertama 13 Julai 2014 dan entri ke-44 pada 12 September 2014. Walaupun perlukan 60 hari untuk selesaikan 44 tugasan, namun tetap teruja dan berharap momentum ini akan berterusan.

Kelas asas blog dan penulisan dimulakan dengan penjenamaan dimana nama sendiri digunakan sebagai URL blog dan email. 8 soalan analisis diajukan dan kita perlu menjawabnya. Analisis ini bertujuan mengkaji minat dan kebolehan seseorang peserta untuk digunakan sebagai tajuk utama blog nanti. Di sini pentingnya komunikasi dan diskusi bersama Guru Online bagi mendapatkan keputusan terbaik. Blog yang dihasilkan perlu menepati piawaian yang telah ditetapkan Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR).

Pelbagai tips penulisan diapliksasikan dalam menulis entri. Penggunaan Bahasa Melayu perlulah formal. Penggunaan tatabahasa dan tanda baca yang sesuai ditambah dengan penulisan yang santai menarik pembaca datang ke blog. Selain belajar menulis dengan baik, peserta juga berpeluang belajar membuat blog.

Untuk mengekalkan momentum menulis, beberapa tips dikongsi. Antaranya tulis perkara yang positif. Walaupun perkara yang sedih, tukarkan kepada aura positif. Apabila terfikirkan sebarang idea baru untuk menulis, segera catatkan pada buku nota kecil yang sentiasa dibawa, atau pada telefon bimbit supaya tidak terlupa nanti. Perlu baca banyak buku dan buat rujukan untuk mendapatkan idea-idea baru dan segar. Tulis sahaja apa ada di minda, semak dan terus "publish". Sesekali perlu selitkan cerita untuk menambah seri pada entri-entri diblog.

Thursday, 2 October 2014

Review Matlamat Kita

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera



Hari ini sudah masuk 2 Oktober. Sedar tak sedar kita sebenarnya sudah masuk suku akhir tahun 2014 dan tahun 2015 pula akan menyusul. Setiap sesuatu yang kita lakukan mesti ada matlamat. Begitu juga apabila saya memilih untuk menjadi suri yang bekerja dari rumah. Dari awal menjadi WAHM, saya tetapkan matlamat yang saya mahukan iaitu keseimbangan antara keluarga dan kerjaya. Matlamat utama adalah saya mahu kualiti masa yang lebih fleksibel dengan anak-anak dan keluarga. Saya mahu uruskan rumahtangga dan anak-anak dengan tangan sendiri. Saya juga mahu lihat anak-anak saya sihat dan membesar di depan mata saya sendiri. Begitu juga dengan kerjaya. Apabila memilih menjadi WAHM, matlamat saya adalah untuk menjana pendapatan tetap seperti yang saya perolehi ketika bekerja bermajikan dahulu. Dengan erti kata lain, walaupun bergelar surirumah sepenuh masa, saya juga mahu memulakan bisnes dari rumah untuk menjana pendapatan tetap tersebut. 

Hari ini saya review semula matlamat yang telah saya ceritakan tadi. Matlamat ini saya tulis dalam buku catatan peribadi dan setiap hari saya akan baca dan ingatkan diri sendiri. Saya jadikan ini salah satu daripada motivasi saya untuk bekerja dirumah. Baik, adakah matlamat ini saya sudah capai atau sudahpun jauh tersasar?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG