Nuffnang

Friday, 17 October 2014

Manfaat Bekerja Di Rumah

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.



Pagi tadi selesai hantar kakak Arissa ke sekolah, terus Harith ajak main basikal di tepi rumah sebentar. Sambil teman Harith berbasikal, saya sempat bersihkan bahagian luar rumah. Jika tidak, kami akan main blok bersama di dalam rumah. Begitulah rutin kami pada waktu pagi, saya akan luangkan masa bersama Harith dahulu sebelum masuk semula ke SOHO seawal jam 8.30 pagi. Biasanya pada waktu pagi saya akan semak email, kemaskini blog dan wall FB, membalas maklumbalas pelanggan, uruskan tempahan pelanggan dan sebagainya. Pada masa saya berada di SOHO, Harith akan teruskan aktiviti di dalam rumah pula. Biasanya saya akan bermain bersamanya sambil saya membuat kerja. Inilah antara cabaran apabila bekerja di rumah dan mempunyai anak yang masih kecil. Kita sebagai ibu haruslah kreatif dalam merencanakan aktiviti harian bersama anak di rumah. Saya anggap cabaran ini sebagai motivasi bekerja di rumah. Saya rasa seronok apabila dapat memantau sendiri perkembangan dan aktiviti anak di rumah.

Teringat pula ketika bekerja di pejabat dahulu. seawal jam 7.15 pagi saya dan suami sudah keluar dari rumah bergegas menghantar anak-anak ke taska dahulu. Kami pergi ke pejabat menggunakan satu kereta sahaja kerana lokasi pejabat kami masih berada dalam satu kawasan. Biasanya jam 7.40 pagi anak-anak sudah berada dalam jagaan pihak taska.  Di pejabat pula saya akan mulakan tugas seawal jam 8 pagi sehinggalah biasanya jam 6 petang  kami akan pulang dan ambil anak-anak di taska. Jika dihitung semula, masa bersama anak adalah selepas jam 6 petang sehinggalah jam 8 pagi esoknya. Kami hanya dapat bersama anak-anak pada sebelah malam sahaja. Perkara inilah sebenarnya yang memberi motivasi kepada saya apabila bekerja di rumah. Kualiti masa bersama anak adalah lebih berbanding ketika bekerja di pejabat dahulu.

Nampak tak contoh perbezaan situasi saya bekerja di rumah dan semasa bekerja di pejabat dahulu. Sebenarnya terdapat pro dan kontra apabila bekerja di rumah. Berdasarkan pengalaman setelah hampir 8 bulan bekerja di rumah, setakat ini antara manfaat yang saya perolehi apabila bekerja di rumah:

1. Kualiti masa lebih bersama keluarga
Matlamat utama saya bekerja di rumah adalah untuk mempunyai lebih masa bersama keluarga. Anak-anak yang sedang membesar adalah menjadi keutamaan. Apabila bekerja dirumah, kita dapat pantau sendiri aktiviti harian anak dan melihat sendiri perkembangan mereka setiap hari.

2. Masa yang lebih fleksibel
Apabila bekerja di rumah, saya mempunyai masa yang lebih fleksibel berbanding bekerja di pejabat dahulu. Walau bagaimanapun waktu bekerja di rumah tetap ada seperti bekerja di pejabat dahulu. Saya akan mula masuk ke soho seawal jam 8.30 pagi sehingga jam 5.30 petang. Pada sebelah malam juga saya akan peruntukkan sekurang-kurangnya 2 jam untuk mengemaskini apa-apa yang berkaitan soho saya. Apa-apapun saya boleh menambahbaik masa bekerja di rumah samada untuk bekerja pada sebelah siang ataupun malam dan pada hari biasa ataupun pada hujung minggu.

3. Tidak terikat dengan majikan dan budaya kerja di pejabat
Kalau dahulu ketika bekerja di pejabat, kita ada majikan dan peraturan yang perlu dipatuhi. Kini, tiada istilah 'Saya Yang Menurut Perintah' lagi. Apabila bekerja di rumah saya bebas untuk tentukan aktiviti saya daripada jam 8 pagi hingga 5.30 petang. Saya juga bebas daripada skop kerja dan budaya politik di pejabat. Secara peribadi, saya lebih banyak peluang untuk meneroka kebolehan dan kemahiran yang ada pada diri sendiri. Apabila bekerja di rumah, ini adalah kesempatan kita untuk berusaha, berdikari dan mencuba sebanyak mana peluang yang ada.

4. Cuti Kerja Yang Lebih Fleksibel
Untuk urusan cuti, tidak perlu lagi mengisi borang dan memohon kebenaran daripada majikan. Lebih-lebih lagi apabila ada kecemasan seperti anak sakit, kematian dan sebagainya. Bekerja di rumah lebih fleksibel dalam urusan cuti. Akan tetapi bukan sewenang-wenangnya untuk kita cuti apabila bekerja di rumah. Kita perlu rancang juga cuti bagi memastikan urusan bisnes yang dijalankan tidak terganggu.

5. Penjimatan pelbagai kos
Secara keseluruhan banyak sebenarnya kos yang dapat dijimatkan apabila bekerja di rumah. Sebagai contoh, tiada lagi kos minyak petrol, tol dan parking (sekiranya ada). Tidak perlu lagi mengharungi kesesakan lalulintas setiap hari. Anak-anak yang masih kecil (bayi - 3 tahun) juga tidak perlu dihantar ke taska lagi. Dari segi kos makan tengahari juga lebih jimat berbanding jika di pejabat dahulu. Saya akan peruntukkan sejumlah wang untuk sarapan dan makan tengahari sekiranya tidak membawa bekal ke pejabat. Selain itu, bekerja di rumah juga tidak memerlukan pakaian yang formal seperti di pejabat. Hanya berpakaian formal apabila berjumpa pelanggan atau ada urusan di luar. 

Yang pasti setiap bulan kos wajib yang terlibat untuk bekerja di rumah adalah untuk talian internet dan pusingan modal untuk berniaga. Ini termasuklah kos pembungkusan dan penghantaran barang pelanggan. Tetapi buat masa sekarang adalah sangat minima kerana 80% saya masih menjalankan bisnes drosphip. Sewa premis juga tidak perlu kerana 100% operasi bisnes adalah dari rumah sahaja.

6. Ruang kerja sendiri
Bekerja di rumah juga perlu ada ruang kerja sendiri seperti di pejabat. Lebih dikenali sebagai SOHO (Small Office Home Office). Apa yang menarik, ruang kerja di rumah lebih santai berbanding ketika di pejabat dahulu. Kadang-kadang sambil memasak pun saya boleh membalas email atau watsap pelanggan. Saya juga bebas memilih konsep atau susun atur ruang kerja saya sendiri. 

Alhamdulillah setakat ini saya boleh menjalani kehidupan bekerja di rumah dengan baik dan tenang. Walaupun ada tekanan bekerja di rumah, itu semua adalah cabaran supaya kita lebih kuat dan positif untuk ambil peluang yang ada. Disiplin yang tinggi amat penting apabila kita bekerja di rumah. 

Semoga bermanfaat.

********

Email pilihan hari ini.
Soalan: Puan, masalah saya ialah saya sudah tidak ada hati mahu bekerja dan sangat mahu berhenti dan bekerja dari rumah. Tetapi saya tidak mendapat restu suami.
Puan K.

Jawapan:....

Sebelum saya beri jawapan, mungkin ada surirumah yang ingin membantu puan K, dan pengalaman wahm sekalian berhenti kerja.

Beberapa langkah.

1. Baca dahulu perkongsian ibu-ibu yang telah pun melepaskan jawatan. dari situ puan boleh mendapat idea dan pengalaman mereka terdahulu sebelum benar-benar membuat keputusan. Baca ebook super wahm super mom. (Boleh klik di sini untuk tempah sekarang)

2. Boleh pilih dahulu atau mulakan lebih awal usaha bekerja di rumah, iaitu mula belajar untuk dapatkan RM100 harian bersih. Kita sudah ada yang berjaya melakukannya, boleh pilih mana-mana kelas yang disediakan oleh pasukan kami Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Puan baca dahulu keterangan kelas dan pakej yuran, apabila sudah faham dan bersedia barulah mendaftar.

Bila sudah sedia untuk sertai ABDR, boleh hubungi saya melalui:


Facebook Official: Yati Dbahri
Facebook Fanpage: WAHM Corner
SMS/WhatsApp/Telegram: 019-6627100
Email: haryatidulbahri@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG