Nuffnang

Thursday, 2 October 2014

Review Matlamat Kita

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera



Hari ini sudah masuk 2 Oktober. Sedar tak sedar kita sebenarnya sudah masuk suku akhir tahun 2014 dan tahun 2015 pula akan menyusul. Setiap sesuatu yang kita lakukan mesti ada matlamat. Begitu juga apabila saya memilih untuk menjadi suri yang bekerja dari rumah. Dari awal menjadi WAHM, saya tetapkan matlamat yang saya mahukan iaitu keseimbangan antara keluarga dan kerjaya. Matlamat utama adalah saya mahu kualiti masa yang lebih fleksibel dengan anak-anak dan keluarga. Saya mahu uruskan rumahtangga dan anak-anak dengan tangan sendiri. Saya juga mahu lihat anak-anak saya sihat dan membesar di depan mata saya sendiri. Begitu juga dengan kerjaya. Apabila memilih menjadi WAHM, matlamat saya adalah untuk menjana pendapatan tetap seperti yang saya perolehi ketika bekerja bermajikan dahulu. Dengan erti kata lain, walaupun bergelar surirumah sepenuh masa, saya juga mahu memulakan bisnes dari rumah untuk menjana pendapatan tetap tersebut. 

Hari ini saya review semula matlamat yang telah saya ceritakan tadi. Matlamat ini saya tulis dalam buku catatan peribadi dan setiap hari saya akan baca dan ingatkan diri sendiri. Saya jadikan ini salah satu daripada motivasi saya untuk bekerja dirumah. Baik, adakah matlamat ini saya sudah capai atau sudahpun jauh tersasar?


Secara ringkasnya, alhamdulillah, matlamat utama bersama keluarga telahpun tercapai. Saya gembira melihat si kecil Harith bebas daripada sebarang penyakit serius dan bergantung kepada ubat. Kalau adapun hanya demam biasa. Itupun jarang sekali sejak saya sendiri yang menjaga mereka. Lebih daripada itu, kualiti masa bersama anak-anak lebih bermakna sejak bergelar WAHM. Hari-hari saya dengar gelak-tawa anak-anak, bermain bersama, kadang-kadang gaduh manja bersama, makan bersama, mandikan mereka dan apa-apa sahaja perkembangan anak-anak saya dapat pantau sendiri. Begitu juga tugas utama sebagai seorang isteri. Kini saya lebih mahir dalam urusan rumahtangga.

Dari segi urusan bisnes pula, setelah direview saya merasakan masih banyak lagi yang belum dicapai dan perlu diperbaiki. Sebab itulah kita mesti selalu review matlamat kita supaya tidak jauh tersasar. Sudah tentu mana-mana matlamat yang sudah jauh tersasar kita mesti betulkan semula dan pastikan ia berada di trek yang betul dan jelas. 

Baik, bagaimana pula dengan kalian? sudahkah matlamat kalian tercapai. Tinggal berbaki 3 bulan lagi untuk tahun 2015 dan kita masih sempat lagi untuk review matlamat yang ada dan bertindak. Pastikan tindakan kita itu fokus dan konsisten. Ini adalah peringatan untuk diri saya juga supaya lebih fokus, disiplin, berusaha keras dan konsisten. InsyaAllah.

Semoga bermanfaat ;-)

Yati Dbahri 
WAHM Corner: Inspirasi Bekerja Di Rumah

*******

Ada di antara kalian yang mempunyai impian untuk bekerja di rumah untuk tahun 2015 dan tahun yang akan datang? 
Mahu, tapi tidak tahu bagaimana mahu mula? 

Kalian masih sempat lagi untuk mula. Mula dengan apa yang ada dan mula secara sambilan dahulu (peruntukkan sebahagian masa kalian untuk tujuan tersebut, bukan sambil-sambil ya).

Kumpulan sokongan bekerja di rumah sudah ada di alam maya. Banyak peluang bisnes dan jaringan networking tersedia di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Kenali kami dan sertai kami melalui pendaftaran kelas online dan offline yang kami tawarkan.

Pendaftaran bagi kelas-kelas berikut dibuka setiap hari. Bergabung bersama kami kini mencecah 860 blog.

1. Kelas Asas blog dan penulisan} - online & offline
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes} - online & offline
-produk sendiri
-makanan sunnah
-telekung solat borong dan runcit http://gedungtelekungsolat.blogspot.com/
-produk islamik
-projek raya http://dropshipbisnesmakanan.blogspot.com/
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho-daftar-
Bengkel offline- 11 Oktober 2014, Sabtu di Shah Alam
Grup Coaching - Minggu kedua Oktober
Kelas Online - 12/10/14, Ahad pagi
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
8. Pendaftaran pengurus online - online dan offline
9. Kelas asas wordpress

Servis yang kami ada:
1. Tempahan blog bisnes - 5-7 hari siap
2. Beriklan di SOHO Directory juga bersama pautan kami lebih 860 blog

Bila sudah sedia untuk sertai ABDR, boleh hubungi saya.


Facebook Official: Yati Dbahri
Facebook Fanpage: WAHM Corner
SMS/WhatsApp/Telegram: 019-6627100
Email: haryatidulbahri@gmail.com



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG