Nuffnang

Friday, 2 October 2015

Kelas Asas Akaun - Oktober 2015

Pendaftaran kelas asas akaun bulan Oktober sudah dibuka:



1) Kelas Asas Akaun secara ONLINE

Tarikh: 18/10/15 Ahad
Masa: 9.30pg - 12.30tgh
Modul 1: Basic book keeping.
Bagaimana merekod buku simpan kira?
Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
- Invois, cash, bil, resit, purchase order

2) Grup Coaching (Min 6-10 peserta)

Tarikh: 24/10/15 Sabtu di Putrajaya.
Masa: 9.15am-4pm
Lokasi: Putrajaya.

Modul
1. Pengenalan Buku Kira-kira and Perakaunan
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh usahawan
3. How to do record keeping yang betul (Lejar, untung, rugi dan balance sheet)
4. Pengenalan kepada Asas Kos dan Meletakkan Harga pada satu-satu produk.
5. Akaun untung atau Rugi. Syarikat anda UNTUNG atau RUGI????
6. Case Study (Merangkumi penyediaan akaun penuh) - hands on task.

3) Grup Coaching (kumpulan kecil 4-6 peserta)

Tarikh: 15/10/15 Khamis
Masa: 9.30pg - 2.00pm
Sijil dan Refreshment Disediakan
Lokasi: Bandar Tun Hussein Onn, Cheras
(Boleh datang melalui Mines, Serdang atau Lebuhraya Cheras-Kajang)

Untuk keterangan lanjut, boleh klik disini:

Atau hubungi saya selaku Pengurus Online ABDR untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran selanjutnya.

Facebook Official: Yati Dbahri
Facebook Fanpage: WAHM Corner
SMS/WhatsApp/Telegram: 019-6627100
Email: haryatidulbahri@gmail.com

Atau boleh terus klik di sini: Pendaftaran

Thursday, 3 September 2015

Ulasan Kelas Asas Blog Dan Fanpage - Puan Nasriah Abdullah

Ulasan Kelas Asas Blog Dan Fanpage (Mula Bisnes Online)
=============================================

Protege: Nasriah Abdullah
Guru ABDR: Anys Idayu Zakaria

Assalamualaikum...

Syukur alhamdulillah...selesai sudah 44 cabaran entri pertama semenjak sah bergelar warga ABDR. Sebenarnya entri ulasan ni boleh di masukkan sekali dalam cabaran 44 entri pertama. Namun saya memilih untuk jadikan ianya entri khas untuk ulasan ABDR selepas berjaya melaksanakan tugasan pertama.

Teringat kisah sewaktu mula membina blog. Tragis sungguh diri ini. Nampak sangat kurangnya ilmu teknologi baru. Walau pun pada ketika itu dunia blog sudah jauh glamour di kalangan anak-anak muda masa kini apatah lagi remaja sekolah. Dunia blog umpama dunia baru yang ingin di terokai. Sana sini maklumat membina blog diterokai melalui carian google. Pelbagai jenis maklumat di perolehi.  Yang sukar mahupun yang senang dan mudah di fahami.

Mula belajar dan berusaha membina blog hanya dengan bantuan 'uncle google'. Satu per satu step membina blog diikuti. Namun terhenti di bahagian 'java script'. Maklmumlah bila terserempak dengan gadget 'HTML/JavaScript' mulalah mata berpinar, otak jadi blur sebab tak reti dan tak faham apa sebenarnya yang di inginkan. Hendak bertanya tapi tak tahu pada siapa. Sudahnya mencari kenalan facebook yang mahir berblog. Niat hati ingin berguru dan menimba sedikit ilmu membina blog. Namun, tiada siapa yang ingin berkongsi ilmu dan menjadi pembimbing di kala memerlukan.

Semangat meneruskan perjuangan membina blog sendiri semakin pudar hanya kerana gagal bertemu seorang guru yang mempunyai sifat ingin membimbing dan berkongsi pengetahuan. Blog yang di bina atas nama http://ummyadhwa.blogspot.com terkubur seketika dengan gadget yang tidak tersusun atur dengan kemas.

Semangat yang semakin pudar untuk mempunyai blog sendiri sering di sirami dan dihujani dengan kata-kata motivasi yang tak pernah putus dari upline Shaklee saya, PM Nur Laila Mukthar. Semangat itu kembali subur dan perasaan cemburu pada kawan-kawan seperjuangan yang mempunyai blog sendiri. Apatah lagi blog yang penuh dengan informasi yang diperlukan serta gadget yang cantik bergaya.

Tuesday, 1 September 2015

Kelas Asas Akaun - September 2015

Pendaftaran Kelas Asas Akaun anjuran Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) bagi bulan September 2015 sudah dibuka sekarang.




1. Kelas Asas Akaun secara ONLINE
Tarikh: 13 September 2015; 20 September 2015, Ahad
Masa: 9.30pg - 12.30tgh
Modul 1: Basic book keeping.
Bagaimana merekod buku simpan kira?
Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
- Invois, cash, bil, resit, purchase order

2. Grup Coaching (Min 6-10 peserta)
Tarikh: 19 September 2015, Sabtu
Masa: 9.15am-4pm
Lokasi: Putrajaya.

Modul
1. Pengenalan Buku Kira-kira and Perakaunan
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh usahawan
3. How to do record keeping yang betul (Lejar, untung, rugi dan balance sheet)
4. Pengenalan kepada Asas Kos dan Meletakkan Harga pada satu-satu produk.
5. Akaun untung atau Rugi. Syarikat anda UNTUNG atau RUGI????
6. Case Study (Merangkumi penyediaan akaun penuh) - hands on task.

3. Grup Coaching (kumpulan kecil 4-6 peserta)
Tarikh: 10 September 2015, Khamis
            dan 16 September 2015, Rabu (Public Holiday)
Masa: 9.30pg - 2.00pm
Sijil dan Refreshment Disediakan
Lokasi: Bandar Tun Hussein Onn, Cheras
(Boleh datang melalui Mines, Serdang atau Lebuhraya Cheras-Kajang)

Untuk keterangan lanjut, boleh klik disini:

Atau hubungi saya selaku Pengurus Online ABDR untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran selanjutnya.

Facebook Official: Yati Dbahri
Facebook Fanpage: WAHM Corner
SMS/WhatsApp/Telegram: 019-6627100
Email: haryatidulbahri@gmail.com

Atau boleh terus klik di sini: Pendaftaran

Wednesday, 19 August 2015

Catatan Harian Vs. Catatan Pengalaman

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Hari ini buka semula nota peribadi Kelas Asas Blog dengan tujuan untuk 'refresh' ilmu penulisan blog yang telah dipelajari sebelum ini.

Baik, dua label penting yang wajib ada dalam blog adalah:

1. Catatan harian
2. Catatan pengalaman

Beza dua label ini pula, catatan harian lebih kepada catatan aktiviti harian kita. Kita boleh menulis apa sahaja seperti kita menulis di dalam diari harian. Cuma di sini kita tulis semula atau tulis secara terus di dalam blog. Ianya bertujuan untuk membantu kita menulis dan menulis setiap hari sehingga mahir.

Catatan pengalaman pula lebih kepada analisa seperti pengalaman kerja, pengalaman bisnes, pengalaman kita sebagai surirumah, pengalaman kita sebagai WAHM dan sebagainya. Kita boleh kongsikan pengalaman yang pernah kita lalui samada ianya pengalaman manis atau pahit. Dengan tujuan pada pengakhiran entri nanti ada pengisian dan manfaat yang boleh dikongsi bersama.

Tugasan asas semasa menyertai kelas asas blog ABDR pula adalah untuk menyiapkan 44 entri pertama. Jadi kaitan dua label yang saya terangkan tadi sangat-sangatlah membantu dan memudahkan kita untuk menulis setiap hari. Ini adalah sebagai latihan asas menulis setiap hari sehingga cukup 44 entri. Apabila sudah cukup 44 entri, sudah tentu kita sudah biasa dan kuasai teknik penulisan di blog. Usaha ini diteruskan dengan kekal konsisten untuk menulis di blog sekurang-kurangnya 1 hari 1 entri blog. Jadi tidak jemulah pembaca bila datang ke blog kita. Ibarat tetamu datang ke rumah, kita pasti akan berikan layanan dan hidangan istimewa kepada mereka. Samalah juga dengan blog, bila ada entri barulah seronok dan meriah pembaca hendak baca dan baca lagi ;-)

Akan tetapi pastikan juga apa yang kita tulis tersebut merupakan satu entri yang mempunyai pengisian dan manfaatnya. Barulah matlamat utama menulis di blog tercapai. Daripada hanya sekadar pembaca blog telah bertukar kepada pelanggan kita.

Tuesday, 18 August 2015

Peluang Upgrade Ilmu Dan Diri Bersama ABDR

Ulasan Kelas Asas Blog Dan Fanpage (Mula Bisnes Online)
===========================================

Guru online : Pn. Zaila Mohamad

Setelah sekian lama saya terkapai-kapai dalam situasi yang asing bagi saya yang sebelum ini begitu sibuk dengan rutin harian menjadi ibu yang berkerjaya, saya telah ditemukan dengan seorang guru yang juga seorang WAHM ( Work At Home Mama). Kisah bermula dengan membaca majalah wanita keluaran bulan April 2015, saya tertarik dengan ruangan di dalam majalah tersebut yang menceritakan kisah seorang surirumah yang berjaya. Saya amat kagum dengan surirumah ini dan ingin menggali bagaimana beliau boleh menjadi begitu berjaya sedangkan beliau juga seorang suri rumah seperti saya.

Seterusnya dengan azam yang menggunung, saya bertekad ingin menjadi seperti surirumah tersebut lalu saya mencari maklumat mengenai ABDR (Akademi Belajar Dari Rumah) di internet. Saya telah menghubungi salah seorang guru di ABDR iaitu Puan Zaila Mohamad. Apa yang mendorong saya untuk belajar di kelas ini adalah berdasarkan kepada faktor-faktor seperti berikut:

1. Masa Adalah Fleksibel.

Pelajar tidak dipaksa untuk belajar di waktu yang ditetapkan. Ia bergantung kepada kelapangan masa pelajar itu sendiri. Pelajar bebas untuk membuat tugasan dan berkomunikasi dengan guru pada bila-bila masa sahaja. Akademi ini memahami kesibukan surirumah yang masanya tidak menentu. Oleh itu waktu fleksibel yang diberi dalam kelas ini akan membantu pelajar untuk menguruskan rumah tangga dalam masa yang sama boleh mengikuti kelas dan menyelesaikan tugasan yang diberi.

2. Kaedah Pembelajaran Secara Online.

Amat mudah kaedah belajar sekarang ini dengan adanya kemudahan internet, kelas boleh dijalankan secara online. Pelajar dikehendaki menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Tugasan dan bimbingan yang diberikan adalah menerusi kaedah online di Facebook dan aplikasi whatsup. Pertanyaan juga boleh dibuat dengan kaedah yang sama. Tidak perlu bimbang kerana pelajar akan ditunjuk ajar secara detail seolah-olah guru berada di hadapan kita. Cara ini lebih memudahkan proses pembelajaran seorang suri rumah ataupun mereka yang sibuk dan berkerjaya. Pada masa yang terluang, tugasan boleh disiapkan dan tidak perlu menghadiri kelas secara offline jika kesuntukan masa.

3. Belajar membina  perhubungan dengan dunia luar melalui blog dan fanpage

Bagi saya sendiri membina blog adalah perkara yang tidak pernah terlintas di fikiran waktu dahulu. Saya lebih gemar membaca blog orang lain. Dengan pengetahuan yang 'zero' mengenai blog, saya telah diajar perkara-perkara asas dalam pembinaan sebuah blog. Bagi budak baru belajar seperti saya ini, banyaklah perkara yang saya tidak tahu. Pertanyaan yang terperinci khususnya berkenaan teknikal membuat blog sering diajukan kepada guru saya, Puan Zaila Mohamad. Terima kasih kepada Puan Zaila yang begitu sabar mengajar saya. Pandangan saya sebelum ini, blog adalah susah kerana saya tidak pandai untuk bercerita, membina ayat, menyusun kata. Tetapi melalui pembelajaran di kelas ini kita akan diajar, dipantau dan akan diberi cadangan serta panduan mengenai penulisan oleh guru kita. Melalui blog yang bagus pembaca akan tertarik dengan penulisan kita dan akan menjadi pengikut setia blog kita. Di sinilah perhubungan kita dengan dunia luar tercipta.

Tuesday, 11 August 2015

Belajar Bina Blog Kedai Dan Bisnes Menggunakan Instagram

Teks: Haryati Dulbahri

Salam pagi semua ;-)

Pagi ni jam 8 pagi ada appointment antenatal di klinik. Alhamdulillah sudah masuk 21 minggu usia kandungan. Lebih nikmat lagi ini adalah pengalaman pertama saya mengandung ketika sudah tidak bekerja di pejabat. Lama juga jarak usia kandungan dengan anak yang no. 2. Beza empat tahun, kali ini tentunya amat berbeza sekali pengalaman mengandung. Rasa macam mula-mula mengandung anak pertama pun ya. Kalau dulu kena mohon pelepasan dengan majikan untuk pergi buat pemeriksaan doktor. Tapi kini tidak lagi. Tidak perlu berkejar masa dan sudah tentu masa sekarang lebih fleksibel berbanding dahulu.

Baik, sementara saya masih sempat mengemaskini blog ini, kami di ABDR masih menerima pendaftaran untuk Kelas Asas Blog dan Beriklan di Instagram. Untuk berbisnes, kita mulakan dengan modal yang seminimum mungkin. Kita gunakan medium pemasaran yang mudah dan percuma di Internet. Ini termasuklah blog (blogspot), facebook dan instagram. Saya percaya ramai yang sudah mempunyai akaun facebook dan instagram, tapi tahukah kita cara dan teknik yang betul untuk berbisnes online menggunakan medium sosial ini?

Mahu belajar bersama kami di ABDR? 
Boleh mula apabila sudah sedia. Boleh mula belajar bina blog kedai dan bisnes menggunakan instagram dengan menyertai Kelas Asas Blog dan Fanpage serta Beriklan di Instagram yang akan berlangsung seperti berikut:-


Sebarang pertanyaan/ pendaftaran selanjutnya, boleh terus hubungi:-

Yati Dbahri
Pengurus Online ABDR
SMS/ Watsap/Teleram: 019-6627100
PM di FB: yati.dbahri
Email: haryatidulbahri@gmail.com

Monday, 10 August 2015

Entri Blog Dan Bisnes Madu Kelulut

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Salam 25 Syawal 1436H. 

Tahun 2015 adalah tahun kedua saya berblogging secara serius. Mula belajar asas blog secara serentak dalam kelas blog yang dianjurkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Saya sertai ABDR pada tahun yang lalu dan ketika itu hanya lebih kurang 700 penyertaan. Tapi kini hampir mencecah 2000 blogger. Alhamdulillah, satu perkembangan yang amat positif dan seronok masih kekal bersama jemaah ABDR sehingga kini.

Alhamdulillah, blog yang dibina banyak membantu bisnes dari rumah yang dijalankan. Antara bisnes yang memberi kesan adalah bisnes madu kelulut. Kalau ikutkan bisnes madu kelulut ini, saya dan suami lakukan secara sambilan sahaja dan 90% adalah secara offline sahaja. 10% lagi saya buat secara online dengan hanya menulis beberapa entri di blog WAHM Corner ini pada tahun lalu dan sedikit promosi di laman facebook.

Walaupun hanya 10% secara online, alhamdulillah pada tahun ini jualan madu kelulut meningkat permintaannya. Pelanggan kami tidak putus walaupun tidak melakukan promosi. Lebih daripada itu, ramai antara mereka yang repeat order. Pelik juga daripada mana pelanggan dapat tahu yang kami menjual madu kelulut. Bila kami tanya, ramai yang memberi jawapan mendapat maklumat daripada blog saya. 



Wednesday, 29 July 2015

Syawal 1436H

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.


Salam Syawal 1436H untuk semua. Alhamdulillah, merasai hikmahnya apabila dugaan Syawal tahun ini untuk kami sekeluarga lebih memberi ruang untuk saling bantu-membantu dan mengeratkan lagi silaturrahim antara kami adik-beradik. Moga Abah terus diberi kekuatan untuk sembuh seperti biasa dan sentiasa dibawah lindungan Allah swt. InsyaAllah..

Walaupun sudah 13 hari Syawal berlalu, di kesempatan ini saya memohon maaf zahir & batin kepada semua pembaca blog ini, guru-guru dan rakan-rakan di ABDR dan seterusnya kenalan yang mengenali diri ini. Salam kosong-kosong ya :-)

Masih berbaki lebih kurang 5 bulan sebelum tahun 2015 berakhir. Masih sempat untuk kembali ke trek asal perancangan awal dahulu. Walau apapun yang dirancang hampir gagal, kita mesti positif untuk terus ke hadapan. Allah swt adalah sebaik-baik perancang dan sentiasa ada bersama kita. Kita jangan sesekali berputus asa untuk terus berusaha sehingga tercapai matlamat yang telah ditetapkan. InsyaAllah.


Thursday, 18 June 2015

Salam Ramadhan Kareem 1436H

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.





Hari ini 1 Ramadhan 1436H bersamaan 18 Jun 2015 (Khamis), alhamdulillah kita bertemu lagi Ramadhan Kareem, bulan yang mulia dan penuh keberkatan. Selamat menjalani ibadah puasa dan sama-sama kita pertingkatkan lagi amalan di bulan mulia ini.

Bila Ramadhan tiba pasti teringat kembali kenangan 4 tahun yang lalu. Pada ketika itu hampir sudah waktu berbuka puasa. Suasana cemas menyelubungi wad 2A apabila tiba-tiba pendarahan yang banyak berlaku tanpa henti. Genap sebulan berada di wad, alhamdulillah dengan izin Allah swt, 1 Ramadhan 1433H masih lagi diberi peluang untuk bernafas dan lebih daripada itu. telah lahir anakanda Harith Imran lebih awal daripada waktunya pada usia 34 minggu. Syukur dipanjatkan kepada Allah swt kerana semuanya selamat dan berjalan lancar.

Dan pada ramadhan tahun ini, Alhamdulillah diberi peluang lagi untuk menjalani ibadah puasa, InsyaAllah. Pada ketika catatan ini ditulis, usia kandunganku telah mencecah 12 minggu. Alhamdulillah, alahan yang tidak menentu semakin beransur pulih menjelangnya Ramadhan. Moga Ramadhan ini dapat memberi seribu keberkatan dan kekuatan untuk menunaikan ibadah puasa sepenuhnya disamping urusan harian dipermudahkan oleh-Nya. Amin.

Salam Ramadhan Kareem 1436H  dan selamat berpuasa semua. Mohon maaf zahir dan batin atas segala kesalahan dan kekhilafan ketika menulis di blog WAHM Corner ini.

Yati Dbahri
WAHM Corner: Inspirasi Suri Bekerja Di Rumah


*p/s: suka hayati lagu Ramadhan ni ;-)




Friday, 3 April 2015

Kelas Asas Akaun - April 2015

[KELAS ASAS AKAUN APRIL 2015]

Pendaftaran Kelas Asas Akaun anjuran Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) bagi bulan April 2015 sudah dibuka sekarang.


Boleh pilih kelas dan tarikh berikut:

1. Kelas Asas Akaun Secara ONLINE
Tarikh: 5 April 2015, Ahad/ 19 April 2015, Ahad
Masa: 9.30 pg - 12.30 tgh
Yuran: RM150 (untuk 2 modul)

Modul 1: Basic book keeping
Bagaimana merekod buku simpan kira?
Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya
- Mengenal dan belajar kepentingan dokumen
- Invois, cash, bil, resit, purchase order

2. Grup Coaching (min 6-10 pax)
Tarikh: 18 April 2015/ 25 April 2015 (Sabtu)
Masa: 9.15 pg - 4.00 ptg
Lokasi: Putrajaya

Modul
1. Pengenalan book keeping dan accounting
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entrepreneur
3. How to do record keeping?
4. Basic costing & pricing. Bagaimana anda meletakkan harga?
5. Profit & loss... ada untung @ rugi?
6. Case study (full set of book keeping)

10 Tips Kewangan Keluarga Dari Zaid Mohamad Dan Azizi Ali

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera


Salam jumaat, moga kita semua diberi keampunan, rahmat dan keberkatan dalam menjalani urusan seharian kita pada hari ini.

Alhamdulillah, sudah masuk fasa kedua tahun 2015... April 2015. Permulaan bulan April, sana sini sibuk memperkatakan isu GST. Ya, 1 April 2015 pelaksanaan GST telahpun bermula. Suka ataupun tidak pelaksanaan ini, yang pasti ianya telah bermula dan terletak di tangan kita untuk melakukan yang terbaik dalam menangani isu GST ini.

Apa-apa pun, saya tertarik untuk kongsikan beberapa tips kewangan keluarga dari penulis-penulis bestsellers yang saya hormati dan kagumi. Penulis-penulis tersebut adalah Zaid Mohamad (Malaysia's #1 Parenting Coach) & Azizi Ali (#1 Millionaires Coach) dalam buku mereka "Ibu Bapa Bijak, Anak Mewah". Saya perolehi tips ini daripada fanpage Tuan Zaid sendiri di sini: Zaid Mohamad

Sebagaiman Tuan Zaid katakan, daripada kita duduk risau dan komplen mengenai GST, jom kita sama-sama amalkan tips kewangan keluarga ini. Antara tipsnya adalah:- 

1. Niatkan dan kongsikan "tarikh luput" kpd setiap pembelian anda (eg. handphone, jam: 5 tahun, kereta:10 thn, perkahwinan: forever hihi)

2. Beli yg berkualiti walaupun mahal sedikit sbb kadangkala mahalnya 50% tapi boleh tahan lama 200%.

3. Isytiharkan perang ke atas pembaziran (makan sebelum lapar, membeli atas keperluan bukannya menunjuk2, jauhkan buffet hotel)

Wednesday, 1 April 2015

Nota Inspirasi Suri - Yeay Mama Sudah 'Resign'

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera



Nota inspirasi 8 - Izzah Razak.

18 Mac 2014 saya mendapat panggilan sekali lagi dari ayah. Tidak lama kemudian, adik saya pula menelefon menjerit menyatakan.
“Kaklong, mak dah tak ada.
"
Ya Allah sungguh pahit untuk ditelan, tapi itulah hakikat yang harus diterima oleh kami sekeluarga. Kali ini, saya pulang sekeluarga. Saya sempat memandikan arwah sehingga dikuburkan di liang lahad. Tidak dapat digambarkan perasaan terkilan saya pada masa itu, cuma tiga hari selepas saya pulang, arwah meninggalkan kami. Subhanallah..tapi saya bersyukur dapat menjaganya 5 hari di hospital sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. Masih kekal di ingatan saya senyuman arwah pada malam terakhir sebelum saya pulang ke Johor. Senyuman yang pasti untuk menyenangkan hati saya sahaja.

Arwah meninggalkan kami pada usia 53 tahun (saya pula berusia 35 tahun) Semoga arwah ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman. Al Fatihah. Beliaulah yang menjadi kekuatan pada diri saya untuk berkongsi dengan anda di luar sana.

Saya bermastautin di selatan. Saya berkahwin dan bekerja selama lebih kurang 10 tahun. Menjawat jawatan sebagai seorang jurutera membuatkan saya sibuk. Setiap hari dikelilingi dengan pelbagai masalah tekanan kerja. Bekerja lima setengah hari seminggu membuatkan saya tiada masa untuk diluangkan masa bersama keluarga tersayang. Masa cuti di hujung minggu cuma dipenuhi untuk membereskan kerja-kerja rumah dan berbelanja barang dapur. Tiada masa untuk membawa anak-anak bercuti. Jika ada kelapngan, kami cuma boleh membawa anak-anak bermain di taman permainan berhampiran. Itu sahaja tempat rekreasi yang tidak memerlukan modal.

Tuesday, 10 March 2015

Akademi Bekerja Di Rumah Persediaan Untuk Berhenti Kerja

Ulasan Kelas Asas Blog Dan Fanpage (Mula Bisnes)
Guru Online: Anys Idayu Zakaria  
Protege/ Teks: Rahimah Omar

Alhamdulillah...Tanpa saya sedari sudah lebih 44 entry yang saya post kan di dalam blog ini. Sepatutnya, awal-awal lagi saya buat ulasan ini yang merupakan sebahagian daripada tugasan saya sebagai ahli baru ABDR. Tetapi disebabkan kesibukan dan menulis pun sekadar mencuri-curi masa yang ada, maka terlupalah saya nak membuat ulasan ini ^_^ Minta maaf ye sifu Anys Idayu.

Saya menyertai Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) pada bulan September 2014 dan entry pertama saya adalah pada 23 September 2014. Niat asal menyertai ABDR adalah untuk belajar berniaga secara online sebagai sebahagian daripada persediaan untuk saya berhenti kerja (suatu hari nanti). Untuk melihat keupayaan, komitmen dan disiplin diri sendiri dalam melakukan sesuatu tugasan. Walaupun hajat berhenti kerja itu tak tahu bila akan tercapai, tetapi persediaan untuk ke arah itu pun penting juga kan. 

Mungkin ramai ahli baru ABDR yang berjaya menyiapkan tugasan 44 entry ini dalam masa yang singkat. Tetapi bagi saya yang merupakan seorang suri bekerjaya, ditambah lagi dengan tanggungjawab menjaga 4 orang anak yang masih kecil berseorangan lantaran suami bekerja jauh di perantauan, maka ruang yang ada untuk menulis sekali-sekala itupun sudah cukup baik bagi saya.

Ajaran Puan Sifu, menulislah secara berkala dan santai. Cukuplah walau sebaris ayat sahaja sehari. Tetapi bagi saya agak susah juga untuk konsisten menulis setiap hari. Hampir-hampir kecundang di tengah jalan. Tetapi saya bangkit semula. Saya jadikan kisah yang saya alami setiap hari sebagai bahan penulisan. Nama pun Diari Suri Bekerjaya kan. Sesuailah tu ^_^

Monday, 2 March 2015

Terkini! Kelas Asas Blog & Fanpage Dan Beriklan Di Instagram

Teks: Haryati Dulbhari

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera




Terkini!

Buat julung kalinya, kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) telah membuka pendaftaran Kelas Asas Blog Dan Bisnes Menggunakan Medium Instagram. Ya, selain blog dan facebook sebagai medium pemasaran yang utama, kita perluaskan lagi medium pemasaran bisnes di Internet menggunakan Instagram. 

Pelajari langkah demi langkah secara live dan berdepan dengan guru kelas ABDR sendiri. Kelas ini akan dikendalikan oleh Cikgu Aishah Hussein dan Cikgu Zaila Mohamad.

Maklumat lanjut adalah seperti berikut:

Tarikh : 7 Mac 2015, Sabtu
Lokasi: Shah Alam
Kelas untuk grup kecil (max10 pax)

Terus Fokus Dan Bertindak

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera


Salam pagi Isnin dan salam ceria untuk pengunjung blog WAHM Corner.

Hari-hari yang mendatang mesti diteruskan dengan penuh semangat dan rasa tanggungjawab. Setiap pagi kita bangun dengan penuh rasa syukur dan rasa seronok untuk melaksanakan perancangan yang telah dirancang. Moga kita semua terus kekal positif dan setiap detik waktu kita lalui dengan penuh rasa syukur dan dipermudahkan segalanya.

Alhamdulillah minggu ini telah masuk bulan Mac 2015. Pagi ini saya belek semula Buku Catatan Peribadi dan review semula perancangan tahun 2015. Saya lihat agak perlahan sedikit aktiviti saya sejak penghujung tahun 2014 kerana fokus lebih kepada urusan keluarga. Tapi ini tidak bermaksud urusan lain ditinggalkan begitu sahaja. Sebagai WAHM, kita mesti pandai seimbang masa antara urusan peribadi, urusan keluarga dan urusan bisnes. Perkara inilah kadang-kadang saya sendiri pun kalah dengan diri sendiri. Adakalanya kita akan rasa susah sangat untuk laluinya. Tapi apapun kita kembali kepada Yang Maha Esa. Sabar, redha dan terus bangkit untuk laluinya dengan penuh rasa syukur. InsyaAllah, Dia akan permudahkan urusan kita dan tunjukkan jalannya.

Tuesday, 24 February 2015

Kelas Asas Akaun - Mac 2015

[KELAS ASAS AKAUN MAC 2015]

Pendaftaran Kelas Asas Akaun anjuran Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) bagi bulan Mac 2015 sudah dibuka sekarang.


Boleh pilih kelas dan tarikh berikut:

1. Kelas Asas Akaun secara ONLINE
Tarikh: 13 Mac 2015, Jumaat 
dan 27 Mac 2015, Jumaat
Masa: 9.30pg - 12.30tgh

2. Bengkel Asas Akaun
Tarikh: 21 Mac 2015, Sabtu 
Masa: 9.15am-5.15pm
Kelas dalam kumpulan Besar (20-35 pax)
Lokasi: Shah Alam.

3. Grup Coaching (Min 6-10 peserta)
Tarikh: 11/3, 18/3 atau 25/3 2015, Rabu
Masa: 9.15am-4pm
Lokasi: Putrajaya.

Monday, 9 February 2015

Doa Pagi

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Salam pagi Isnin 20 Rabiul'akhir 1436H. Semoga pagi ini semua dalam rahmat Allah swt. Saya kongsikan doa ini yang saya perolehi daripada grup di watsap. Amin.

                                   
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن   
                             
Ya Allah, ampunilah kami Ya Allah.

Ya Allah kami hanyalah hamba-Mu yang berlumur dosa dan maksiat, sangat hina diri kami ini di hadapan-Mu, tidak pantas rasanya kami meminta dan selalu meminta maghfirah-Mu, sementara kami selalu melanggar larangan-Mu.

Justeru itu Ya Allah, izinkan kami untuk senantiasa bersimpuh memohon maghfirah dan rahmat-Mu.

Ya Allah tunjukkanlah kami jalan terang menuju cahaya-Mu.

Ya Allah tunjukkanlah kami pada jalan yang lurus, agar kami tidak sesat dan tersesat.

Ya Allah permudahkan segala urusan kami, jauhkan kami dari urusan yang susah, lindungilah kami daripada kejahatan diri kami dan keburukan amalan kami, lindungi kami dari azab api neraka, azab kubur, fitnah hidup dan mati serta fitnah al-Dajjal.

Dengan nama Allah kami berserah diri kepada Mu Ya Allah, tiada daya dan kekuatan kami kecuali pertolongan Mu Ya Allah.

Ya Allah berilah kami kekuatan untuk kami mengerjakan amal ibadat di sepanjang masa dan muga-muga kami mendapat rahmat dari Mu Ya Allah.

Hazwani Abd Hamid - Selesai 44 Entri

Blog pilihan hari ini. Ulasan daripada Pn Hazwani Abd Hamid setelah selesai 44 entri Kelas Asas Blog dan Penulisan.

******************************


Bismillah.. Assalammualaikum..

Sedar tidak sedar perjalanan kelas saya sudah sampai ke penghujungnya. 44 latihan penulisan yang saya mulakan Mac lepas kini sampai ke garisan penamat. Almaklumlah, saya orang akaun, jika diberi permasalahan matematik cepat saya menghabiskannya tetapi bab penulisan ini, dari sekolah rendah saya dah angkat bendera putih. Penulisan adalah perkara baru buat saya, disebabkan tekad saya berusaha untuk "graduate".

MATLAMAT AWAL
Sebenarnya dari dahulu saya bercita-cita menjadi seorang pendidik. Tahun demi tahun, walaupun saya tidak ke arah itu tetapi jiwa mendidik tetap ada. Bagi saya, menjadi pendidik bukan semata-mata menjadi seorang guru tetapi ianya lebih dari itu. Apa yang penting, ilmu didada. Dengan ilmu yang ada, kita boleh berkongsi dengan ramai orang. Bila kita berkongsi ilmu, ilmu itu makin bertambah tidak akan berkurang walau sedikitpun. Ajaib bukan?

Ulangtahun graduasi saya yang ke-sepuluh tahun ini, menyaksikan beberapa perubahan dalam kehidupan saya. Bisnes saya semakin stabil dan bermula tahun lepas saya ada mendapat permintaan untuk mengajar akaun. Saya sambut permintaan itu dengan besar hati kerana itu bermakna, saya telah mencapai cita-cita saya iaitu menjadi seorang pendidik. Malah pelajar-pelajar yang rata-ratanya usahawan ada menggelarkan saya cikgu dan tidak kurang juga yang memberi ucapan ketika Hari Guru tempoh hari. Berbunga rasa di hati hanya Allah sahaja yang tahu.

Bertitik tolak dari peristiwa itu, saya sering mendengar rintihan mereka yang mahu belajar akaun tetapi mempunyai masalah untuk hadir ke kelas. Pada mulanya saya bersikap dingin kerana bagi saya untuk mencari ilmu, seseorang itu perlu mencari "guru" bukannya guru yang mencari anak murid. Sejenak berfikir, saya fahami mereka, kasihan pada mereka. Jika saya tidak membuka ruang kepada mereka, siapa lagi yang patut mereka tuju.

Sunday, 8 February 2015

Kita Ada Dua Pilihan

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Salam pagi ahad ;-)

Hari ini saya nak kongsikan pesanan daripada seorang kenalan yang saya hormati suatu ketika dahulu pada tahun 2004. Kata beliau, dalam kehidupan kita ada dua pilihan. Setiap hari kita ada dua pilihan untuk perancangan kita pada hari tersebut.

Pilihan pertama adalah YA. Ya maksudnya kita pilih untuk fikir positif dalam apa-apa sahaja tindakan kita. Sekiranya kita pilih Ya maka apa-apa yang berlaku pada hari tersebut akan menjadi positif kerana kita telah memilih Ya. Ya untuk fikir positif. Ya untuk terus berusaha. Ya untuk bertindak melakukan sesuatu yang ditargetkan. Ya juga untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan sebagainya. Kesimpulannya, apabila minda kita positif insyaAllah ianya akan mempengaruhi tindakan kita yang seterusnya. Jadi kita mesti rasional dan selalu positifkan minda kita. Barulah hasilnya pun nanti positif.

Pilihan kedua pula adalah TIDAK. Tidak maksudnya disini kita pilih untuk fikir negatif. Setiap tindakan yang kita lakukan ada sahaja alasan dan negatifnya. Apabila kita berfikiran negatif, segala masalah atau sesuatu yang berlaku akan menjurus kepada sesuatu outcome yang negatif dan tiada jalan penyelesaiannya. Tidak juga akan membuatkan kita rasa malas, tidak mahu berusaha, tidak bersemangat, tidak yakin dan sebagainya. Kesimpulannya, cuba untuk tidak memilih pilihan yang kedua ini kerana sudah tentu ianya akan mempengaruhi emosi dan fikiran kita untuk hari tersebut.



Saturday, 7 February 2015

Kembali Bersiaran

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Salam hujung minggu semua!

Lama benar saya menyepi daripada penulisan di blog WAHM Corner. Ibarat rumah yang sudah lama ditinggalkan, begitulah juga blog ini yang sudah mula bersawang dan suram sahaja daripada sebarang entri dan info terkini.

Alhamdulillah, saya sudah kembali bersiaran. Seribu kemaafan dipohon kerana sudah lama benar menyepi daripada penulisan blog. Bermula daripada Oktober tahun lepas, saya sibuk dalam urusan perpindahan ke rumah baru dan berterusan apabila Januari yang lalu anak yang sulung bermula alam persekolahan untuk tahun satu. Apa-apapun urusan keluarga adalah menjadi keutamaan. Urusan bisnes saya terpaksa perlahankan seketika dan kini alhamdulillah sudah kembali beroperasi seperti biasa. InsyaAllah.

Hari ini sebenarnya genap setahun saya bersama Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Sekejap sahaja masa berlalu. Daripada zero tentang blog, alhamdulillah kini saya sudah mampu membina blog yang hidup berdasarkan panduan yang telah dipelajari dalam kelas asas blog. Tentang bisnes pula, alhamdulillah, daripada zero tentang bisnes online, saya sudahpun menjalankan bisnes online bersama ABDR dan juga menjadi agen dropship untuk produk yang lain. Seperti yang pernah saya katakan dalam entri terdahulu, tahun 2014 adalah tahun permulaan sebagai latihan dalam menjalankan bisnes dari rumah. Ini termasuklah latih tubi menjawab maklumbalas pelanggan, konsistensi dalam penulisan blog, kemahiran mempromosikan produk/servis dan sebagainya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG