Nuffnang

Tuesday, 24 February 2015

Kelas Asas Akaun - Mac 2015

[KELAS ASAS AKAUN MAC 2015]

Pendaftaran Kelas Asas Akaun anjuran Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) bagi bulan Mac 2015 sudah dibuka sekarang.


Boleh pilih kelas dan tarikh berikut:

1. Kelas Asas Akaun secara ONLINE
Tarikh: 13 Mac 2015, Jumaat 
dan 27 Mac 2015, Jumaat
Masa: 9.30pg - 12.30tgh

2. Bengkel Asas Akaun
Tarikh: 21 Mac 2015, Sabtu 
Masa: 9.15am-5.15pm
Kelas dalam kumpulan Besar (20-35 pax)
Lokasi: Shah Alam.

3. Grup Coaching (Min 6-10 peserta)
Tarikh: 11/3, 18/3 atau 25/3 2015, Rabu
Masa: 9.15am-4pm
Lokasi: Putrajaya.

Monday, 9 February 2015

Doa Pagi

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Salam pagi Isnin 20 Rabiul'akhir 1436H. Semoga pagi ini semua dalam rahmat Allah swt. Saya kongsikan doa ini yang saya perolehi daripada grup di watsap. Amin.

                                   
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن   
                             
Ya Allah, ampunilah kami Ya Allah.

Ya Allah kami hanyalah hamba-Mu yang berlumur dosa dan maksiat, sangat hina diri kami ini di hadapan-Mu, tidak pantas rasanya kami meminta dan selalu meminta maghfirah-Mu, sementara kami selalu melanggar larangan-Mu.

Justeru itu Ya Allah, izinkan kami untuk senantiasa bersimpuh memohon maghfirah dan rahmat-Mu.

Ya Allah tunjukkanlah kami jalan terang menuju cahaya-Mu.

Ya Allah tunjukkanlah kami pada jalan yang lurus, agar kami tidak sesat dan tersesat.

Ya Allah permudahkan segala urusan kami, jauhkan kami dari urusan yang susah, lindungilah kami daripada kejahatan diri kami dan keburukan amalan kami, lindungi kami dari azab api neraka, azab kubur, fitnah hidup dan mati serta fitnah al-Dajjal.

Dengan nama Allah kami berserah diri kepada Mu Ya Allah, tiada daya dan kekuatan kami kecuali pertolongan Mu Ya Allah.

Ya Allah berilah kami kekuatan untuk kami mengerjakan amal ibadat di sepanjang masa dan muga-muga kami mendapat rahmat dari Mu Ya Allah.

Hazwani Abd Hamid - Selesai 44 Entri

Blog pilihan hari ini. Ulasan daripada Pn Hazwani Abd Hamid setelah selesai 44 entri Kelas Asas Blog dan Penulisan.

******************************


Bismillah.. Assalammualaikum..

Sedar tidak sedar perjalanan kelas saya sudah sampai ke penghujungnya. 44 latihan penulisan yang saya mulakan Mac lepas kini sampai ke garisan penamat. Almaklumlah, saya orang akaun, jika diberi permasalahan matematik cepat saya menghabiskannya tetapi bab penulisan ini, dari sekolah rendah saya dah angkat bendera putih. Penulisan adalah perkara baru buat saya, disebabkan tekad saya berusaha untuk "graduate".

MATLAMAT AWAL
Sebenarnya dari dahulu saya bercita-cita menjadi seorang pendidik. Tahun demi tahun, walaupun saya tidak ke arah itu tetapi jiwa mendidik tetap ada. Bagi saya, menjadi pendidik bukan semata-mata menjadi seorang guru tetapi ianya lebih dari itu. Apa yang penting, ilmu didada. Dengan ilmu yang ada, kita boleh berkongsi dengan ramai orang. Bila kita berkongsi ilmu, ilmu itu makin bertambah tidak akan berkurang walau sedikitpun. Ajaib bukan?

Ulangtahun graduasi saya yang ke-sepuluh tahun ini, menyaksikan beberapa perubahan dalam kehidupan saya. Bisnes saya semakin stabil dan bermula tahun lepas saya ada mendapat permintaan untuk mengajar akaun. Saya sambut permintaan itu dengan besar hati kerana itu bermakna, saya telah mencapai cita-cita saya iaitu menjadi seorang pendidik. Malah pelajar-pelajar yang rata-ratanya usahawan ada menggelarkan saya cikgu dan tidak kurang juga yang memberi ucapan ketika Hari Guru tempoh hari. Berbunga rasa di hati hanya Allah sahaja yang tahu.

Bertitik tolak dari peristiwa itu, saya sering mendengar rintihan mereka yang mahu belajar akaun tetapi mempunyai masalah untuk hadir ke kelas. Pada mulanya saya bersikap dingin kerana bagi saya untuk mencari ilmu, seseorang itu perlu mencari "guru" bukannya guru yang mencari anak murid. Sejenak berfikir, saya fahami mereka, kasihan pada mereka. Jika saya tidak membuka ruang kepada mereka, siapa lagi yang patut mereka tuju.

Sunday, 8 February 2015

Kita Ada Dua Pilihan

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Salam pagi ahad ;-)

Hari ini saya nak kongsikan pesanan daripada seorang kenalan yang saya hormati suatu ketika dahulu pada tahun 2004. Kata beliau, dalam kehidupan kita ada dua pilihan. Setiap hari kita ada dua pilihan untuk perancangan kita pada hari tersebut.

Pilihan pertama adalah YA. Ya maksudnya kita pilih untuk fikir positif dalam apa-apa sahaja tindakan kita. Sekiranya kita pilih Ya maka apa-apa yang berlaku pada hari tersebut akan menjadi positif kerana kita telah memilih Ya. Ya untuk fikir positif. Ya untuk terus berusaha. Ya untuk bertindak melakukan sesuatu yang ditargetkan. Ya juga untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan sebagainya. Kesimpulannya, apabila minda kita positif insyaAllah ianya akan mempengaruhi tindakan kita yang seterusnya. Jadi kita mesti rasional dan selalu positifkan minda kita. Barulah hasilnya pun nanti positif.

Pilihan kedua pula adalah TIDAK. Tidak maksudnya disini kita pilih untuk fikir negatif. Setiap tindakan yang kita lakukan ada sahaja alasan dan negatifnya. Apabila kita berfikiran negatif, segala masalah atau sesuatu yang berlaku akan menjurus kepada sesuatu outcome yang negatif dan tiada jalan penyelesaiannya. Tidak juga akan membuatkan kita rasa malas, tidak mahu berusaha, tidak bersemangat, tidak yakin dan sebagainya. Kesimpulannya, cuba untuk tidak memilih pilihan yang kedua ini kerana sudah tentu ianya akan mempengaruhi emosi dan fikiran kita untuk hari tersebut.



Saturday, 7 February 2015

Kembali Bersiaran

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Salam hujung minggu semua!

Lama benar saya menyepi daripada penulisan di blog WAHM Corner. Ibarat rumah yang sudah lama ditinggalkan, begitulah juga blog ini yang sudah mula bersawang dan suram sahaja daripada sebarang entri dan info terkini.

Alhamdulillah, saya sudah kembali bersiaran. Seribu kemaafan dipohon kerana sudah lama benar menyepi daripada penulisan blog. Bermula daripada Oktober tahun lepas, saya sibuk dalam urusan perpindahan ke rumah baru dan berterusan apabila Januari yang lalu anak yang sulung bermula alam persekolahan untuk tahun satu. Apa-apapun urusan keluarga adalah menjadi keutamaan. Urusan bisnes saya terpaksa perlahankan seketika dan kini alhamdulillah sudah kembali beroperasi seperti biasa. InsyaAllah.

Hari ini sebenarnya genap setahun saya bersama Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Sekejap sahaja masa berlalu. Daripada zero tentang blog, alhamdulillah kini saya sudah mampu membina blog yang hidup berdasarkan panduan yang telah dipelajari dalam kelas asas blog. Tentang bisnes pula, alhamdulillah, daripada zero tentang bisnes online, saya sudahpun menjalankan bisnes online bersama ABDR dan juga menjadi agen dropship untuk produk yang lain. Seperti yang pernah saya katakan dalam entri terdahulu, tahun 2014 adalah tahun permulaan sebagai latihan dalam menjalankan bisnes dari rumah. Ini termasuklah latih tubi menjawab maklumbalas pelanggan, konsistensi dalam penulisan blog, kemahiran mempromosikan produk/servis dan sebagainya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG