Nuffnang

Saturday, 7 February 2015

Kembali Bersiaran

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Salam hujung minggu semua!

Lama benar saya menyepi daripada penulisan di blog WAHM Corner. Ibarat rumah yang sudah lama ditinggalkan, begitulah juga blog ini yang sudah mula bersawang dan suram sahaja daripada sebarang entri dan info terkini.

Alhamdulillah, saya sudah kembali bersiaran. Seribu kemaafan dipohon kerana sudah lama benar menyepi daripada penulisan blog. Bermula daripada Oktober tahun lepas, saya sibuk dalam urusan perpindahan ke rumah baru dan berterusan apabila Januari yang lalu anak yang sulung bermula alam persekolahan untuk tahun satu. Apa-apapun urusan keluarga adalah menjadi keutamaan. Urusan bisnes saya terpaksa perlahankan seketika dan kini alhamdulillah sudah kembali beroperasi seperti biasa. InsyaAllah.

Hari ini sebenarnya genap setahun saya bersama Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Sekejap sahaja masa berlalu. Daripada zero tentang blog, alhamdulillah kini saya sudah mampu membina blog yang hidup berdasarkan panduan yang telah dipelajari dalam kelas asas blog. Tentang bisnes pula, alhamdulillah, daripada zero tentang bisnes online, saya sudahpun menjalankan bisnes online bersama ABDR dan juga menjadi agen dropship untuk produk yang lain. Seperti yang pernah saya katakan dalam entri terdahulu, tahun 2014 adalah tahun permulaan sebagai latihan dalam menjalankan bisnes dari rumah. Ini termasuklah latih tubi menjawab maklumbalas pelanggan, konsistensi dalam penulisan blog, kemahiran mempromosikan produk/servis dan sebagainya.



Ya, moga lebih sukses untuk tahun 2015. Saya selalu pesan pada diri sendiri, jangan sesekali berputus asa. Teruskan bangkit dan bertindak untuk capai apa yang kita rancang. InsyaAllah.

Alhamdulillah, selamat datang pelajar Februari 2015 ke Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Pendaftaran kelas-kelas ABDR berikut dibuka setiap hari:-

1. Kelas Asas blog dan penulisan} - online & offline
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes} - online & offline
-produk sendiri
-makanan sunnah
-telekung solat borong dan runcit http://gedungtelekungsolat.blogspot.com/
-produk islamik
-projek raya http://dropshipbisnesmakanan.blogspot.com/
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho
- Grup Coaching 
- Kelas Online 
- Bengkel Asas Akaun
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
8. Pendaftaran pengurus online - online dan offline
9. Kelas asas wordpress

Servis yang kami ada:
1. Tempahan blog bisnes - 5-7 hari siap
2. Beriklan di SOHO Directory juga bersama pautan kami lebih dari 900 blog

*** Kami juga mengadakan kelas offline asas blog di Shah Alam, boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut tentang jadual dan tarikh kelas. Setakat ini, jadual guru kelas offline adalah hanya pada hari Selasa dan Khamis.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG