Nuffnang

Sunday, 8 February 2015

Kita Ada Dua Pilihan

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Salam pagi ahad ;-)

Hari ini saya nak kongsikan pesanan daripada seorang kenalan yang saya hormati suatu ketika dahulu pada tahun 2004. Kata beliau, dalam kehidupan kita ada dua pilihan. Setiap hari kita ada dua pilihan untuk perancangan kita pada hari tersebut.

Pilihan pertama adalah YA. Ya maksudnya kita pilih untuk fikir positif dalam apa-apa sahaja tindakan kita. Sekiranya kita pilih Ya maka apa-apa yang berlaku pada hari tersebut akan menjadi positif kerana kita telah memilih Ya. Ya untuk fikir positif. Ya untuk terus berusaha. Ya untuk bertindak melakukan sesuatu yang ditargetkan. Ya juga untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan sebagainya. Kesimpulannya, apabila minda kita positif insyaAllah ianya akan mempengaruhi tindakan kita yang seterusnya. Jadi kita mesti rasional dan selalu positifkan minda kita. Barulah hasilnya pun nanti positif.

Pilihan kedua pula adalah TIDAK. Tidak maksudnya disini kita pilih untuk fikir negatif. Setiap tindakan yang kita lakukan ada sahaja alasan dan negatifnya. Apabila kita berfikiran negatif, segala masalah atau sesuatu yang berlaku akan menjurus kepada sesuatu outcome yang negatif dan tiada jalan penyelesaiannya. Tidak juga akan membuatkan kita rasa malas, tidak mahu berusaha, tidak bersemangat, tidak yakin dan sebagainya. Kesimpulannya, cuba untuk tidak memilih pilihan yang kedua ini kerana sudah tentu ianya akan mempengaruhi emosi dan fikiran kita untuk hari tersebut.





Apa-apapun sebenarnya terpulang kepada kita untuk memilih. Saya selalu berpesan pada diri sendiri, setiap pagi apabila bangun saya akan memilih Ya untuk hari ini. Saya mesti berfikiran positif untuk capai apa yang dirancang. InsyaAllah semua tindakan kita akan positif. Ada orang kata, "It's all about attitude". Semuanya adalah tentang sikap. Ya, untuk berjaya sikap kita adalah salah satu faktor penentu kejayaan kita. Sekiranya kita selalu bersikap negatif sampai bila pun kita tidak akan maju dan berjaya.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

*****

Pendaftaran kelas-kelas Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) berikut dibuka setiap hari
1. Kelas Asas blog dan penulisan} - online & offline
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes} - online & offline
-produk sendiri
-makanan sunnah
-telekung solat borong dan runcit http://gedungtelekungsolat.blogspot.com/
-produk islamik
-projek raya http://dropshipbisnesmakanan.blogspot.com/
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho
-Grup Coaching
-Kelas Online
-Bengkel Asas Akaun
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
8. Pendaftaran pengurus online - online dan offline
9. Kelas asas wordpress
Servis yang kami ada:
1. Tempahan blog bisnes - 5-7 hari siap
2. Beriklan di SOHO Directory juga bersama pautan kami lebih dari 900 blog


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG