Nuffnang

Monday, 2 March 2015

Terus Fokus Dan Bertindak

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera


Salam pagi Isnin dan salam ceria untuk pengunjung blog WAHM Corner.

Hari-hari yang mendatang mesti diteruskan dengan penuh semangat dan rasa tanggungjawab. Setiap pagi kita bangun dengan penuh rasa syukur dan rasa seronok untuk melaksanakan perancangan yang telah dirancang. Moga kita semua terus kekal positif dan setiap detik waktu kita lalui dengan penuh rasa syukur dan dipermudahkan segalanya.

Alhamdulillah minggu ini telah masuk bulan Mac 2015. Pagi ini saya belek semula Buku Catatan Peribadi dan review semula perancangan tahun 2015. Saya lihat agak perlahan sedikit aktiviti saya sejak penghujung tahun 2014 kerana fokus lebih kepada urusan keluarga. Tapi ini tidak bermaksud urusan lain ditinggalkan begitu sahaja. Sebagai WAHM, kita mesti pandai seimbang masa antara urusan peribadi, urusan keluarga dan urusan bisnes. Perkara inilah kadang-kadang saya sendiri pun kalah dengan diri sendiri. Adakalanya kita akan rasa susah sangat untuk laluinya. Tapi apapun kita kembali kepada Yang Maha Esa. Sabar, redha dan terus bangkit untuk laluinya dengan penuh rasa syukur. InsyaAllah, Dia akan permudahkan urusan kita dan tunjukkan jalannya.


Sedikit makluman terkini yang saya ingin kongsikan, bermula Mac 2015 saya akan fokus kepada apa yang saya minat selama ini. InsyaAllah tahun ini saya akan mula rancak menambah kemahiran dan ilmu dalam seni jahitan. Untuk itu, saya telah membina sebuah lagi blog khusus tentang ilmu jahitan. Jadi, blog yang sedia ada ini saya akan fokus kepada kepada sebarang update terkini berkenaan Akademi Bekerja Di Rumah sahaja. 

Jemput ke blog baru saya di link ini : www.yatidbahri.blogspot.com. Saya bermula dari zero dalam jahitan. InsyaAllah setiap ilmu dan kembara ilmu saya dalam jahitan akan saya kongsikan dalam blog ini. 

Mohon juga doa kalian semoga apa yang saya rancang ini dipermudahkan oleh-Nya. InsyaAllah.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG