Nuffnang

Wednesday, 19 August 2015

Catatan Harian Vs. Catatan Pengalaman

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Hari ini buka semula nota peribadi Kelas Asas Blog dengan tujuan untuk 'refresh' ilmu penulisan blog yang telah dipelajari sebelum ini.

Baik, dua label penting yang wajib ada dalam blog adalah:

1. Catatan harian
2. Catatan pengalaman

Beza dua label ini pula, catatan harian lebih kepada catatan aktiviti harian kita. Kita boleh menulis apa sahaja seperti kita menulis di dalam diari harian. Cuma di sini kita tulis semula atau tulis secara terus di dalam blog. Ianya bertujuan untuk membantu kita menulis dan menulis setiap hari sehingga mahir.

Catatan pengalaman pula lebih kepada analisa seperti pengalaman kerja, pengalaman bisnes, pengalaman kita sebagai surirumah, pengalaman kita sebagai WAHM dan sebagainya. Kita boleh kongsikan pengalaman yang pernah kita lalui samada ianya pengalaman manis atau pahit. Dengan tujuan pada pengakhiran entri nanti ada pengisian dan manfaat yang boleh dikongsi bersama.

Tugasan asas semasa menyertai kelas asas blog ABDR pula adalah untuk menyiapkan 44 entri pertama. Jadi kaitan dua label yang saya terangkan tadi sangat-sangatlah membantu dan memudahkan kita untuk menulis setiap hari. Ini adalah sebagai latihan asas menulis setiap hari sehingga cukup 44 entri. Apabila sudah cukup 44 entri, sudah tentu kita sudah biasa dan kuasai teknik penulisan di blog. Usaha ini diteruskan dengan kekal konsisten untuk menulis di blog sekurang-kurangnya 1 hari 1 entri blog. Jadi tidak jemulah pembaca bila datang ke blog kita. Ibarat tetamu datang ke rumah, kita pasti akan berikan layanan dan hidangan istimewa kepada mereka. Samalah juga dengan blog, bila ada entri barulah seronok dan meriah pembaca hendak baca dan baca lagi ;-)

Akan tetapi pastikan juga apa yang kita tulis tersebut merupakan satu entri yang mempunyai pengisian dan manfaatnya. Barulah matlamat utama menulis di blog tercapai. Daripada hanya sekadar pembaca blog telah bertukar kepada pelanggan kita.


Bila dua label tersebut telah kita kuasai, kita boleh menambah lagi label-label lain yang fokus kepada tajuk blog kita. Cukupkan sekurang-kurangnya sehingga 5 label. Kembangkan penulisan entri blog kita melalui pembahagian label yang kita telah buat tadi. InsyaAllah, mudah sahaja bila kita sudah tahu tekniknya. Yang penting kita mahu belajar, kekal fokus dan komited. Mula dan selesaikan dengan jayanya. Barulah blog kita sentiasa hidup dan disukai pembaca.

Untuk ketahui lebih tips dan panduan penulisan blog, boleh belajar bersama kami di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Tidak rugi kita belajar lagi walaupun kita sudah mempunyai blog.

===============================

Dua (2) kelas online asas yang ditawarkan di Akademi Bekerja DI Rumah (ABDR):-

1. Kelas Online Asas Blog Dan Penulisan
Kelas ini khusus untuk membina blog yang berpengaruh, blog yang disukai pembaca dan belajar menulis blog dengan betul yang dapat menarik aliran traffik ke blog.

Melalui kelas ini, kita akan pelajari:
  • Menulis cara santai, tetapi masih mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
  • Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/ bakal pelanggan.
  • Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
  • Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
  • Bergabung dengan ramai blogger. Sehingga kini lebih kurang 600 blog dalam ABDR, untuk membantu aliran traffik ke blog.
  • Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
  • Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
  • Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
2. Kelas Online Asas Blog dan Fanpage Niaga (Mula Bisnes)
Kelas ini khusus untuk yang mahu mulakan bisnes online dan benar-benar zero tentang urus niaga online. Belajar urusniaga mudah dengan menggunakan medium percuma blog dan fanpage di Facebook. 
  • Mahu mula tetapi tidak tahu cara
  • Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang pengiklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di ABDR.
  • Belajar menjana pendapatan bermula RM5, RM10, RM20, RM50 dan seterusnya. Bagi yang tidak ada produk kami sediakan produk untuk bisnes dropship. (Ini adalah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta).
  • Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjaya yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal untuk mula bisnes dari rumah. Kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
  • Apabila sudah pandai, boleh belajar lagi dengai otai-otai pemasaran yang lain. Juga bina jaringan bisnes secara online.
  • Apa yang kita belajar di dalam kelas ini: analisa dahulu untuk kenalpasti produk apa yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat fanpage, belajar buat pautan, belajar pautan antara blog untuk aliran traffik.
  • Analisa soalan akan dilakukan dahulu sebelum kelas online bermula.
Dan yang terbaru, kini kita ada pakej kelas belajar asas blog, bina fanpage di facebook dan beriklan di instagram sekali. Tarikh yang terdekat seperti berikut:



Bila sudah sedia untuk sertai ABDR, boleh hubungi saya melalui:


Facebook Official: Yati Dbahri
Facebook Fanpage: WAHM Corner
SMS/WhatsApp/Telegram: 019-6627100
Email: haryatidulbahri@gmail.com



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG