Nuffnang

Monday, 10 August 2015

Entri Blog Dan Bisnes Madu Kelulut

Teks: Haryati Dulbahri

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Salam 25 Syawal 1436H. 

Tahun 2015 adalah tahun kedua saya berblogging secara serius. Mula belajar asas blog secara serentak dalam kelas blog yang dianjurkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Saya sertai ABDR pada tahun yang lalu dan ketika itu hanya lebih kurang 700 penyertaan. Tapi kini hampir mencecah 2000 blogger. Alhamdulillah, satu perkembangan yang amat positif dan seronok masih kekal bersama jemaah ABDR sehingga kini.

Alhamdulillah, blog yang dibina banyak membantu bisnes dari rumah yang dijalankan. Antara bisnes yang memberi kesan adalah bisnes madu kelulut. Kalau ikutkan bisnes madu kelulut ini, saya dan suami lakukan secara sambilan sahaja dan 90% adalah secara offline sahaja. 10% lagi saya buat secara online dengan hanya menulis beberapa entri di blog WAHM Corner ini pada tahun lalu dan sedikit promosi di laman facebook.

Walaupun hanya 10% secara online, alhamdulillah pada tahun ini jualan madu kelulut meningkat permintaannya. Pelanggan kami tidak putus walaupun tidak melakukan promosi. Lebih daripada itu, ramai antara mereka yang repeat order. Pelik juga daripada mana pelanggan dapat tahu yang kami menjual madu kelulut. Bila kami tanya, ramai yang memberi jawapan mendapat maklumat daripada blog saya. 









Nampak tak kesan entri blog yang kita tulis tu? Benarlah kata guru online kami di ABDR, menulis di blog ini seperti kita menanam pokok. Setiap hari kena dibaja, disiram dan sebagainya. Nanti bila sampai masanya, kita tuailah hasilnya. Nampak tak kaitan cerita bisnes madu kelulut saya tadi dengan kata guru online kami di ABDR ni?

Ya, entri blog yang berpengaruh mampu menukar daripada pembaca kepada pelanggan kita! Mudah bukan? Kita pasakkan entri di blog, pembaca suka baca apa yang kita tulis dan akhirnya bertukar menjadi pelanggan kita. Bayangkan kalau kita konsisten menulis setiap hari, berapa banyak pembaca kita yang bertukar menjadi pelanggan? Cuba kita fikir sejenak.

Saya ambil contoh bisnes madu kelulut yang saya buat 10% secara online sahaja. Bayangkan sekiranya 100% secara online. Sudah tentu meletop hasil jualannya. (Dalam hati sudah mula angan-angan...he3).

Pokok pangkalnya, kita kena komited dan berusaha bersungguh-sungguh. Bila sudah mula mesti selesaikan. Tiada usaha, maka tiada lah hasilnya. Semua terletak di tangan kita sendiri. 

p/s: Sekadar peringatan untuk diri sendiri yang sudah lama tidak update blog dengan entri yang berpengaruh. Jom kita sama-sama mulakan semula.


********************************************

Mahu belajar asas blog penulisan dan blog bisnes? Sertai kami sekarang di ABDR!


Akademi Bekerja di rumah (ABDR) ialah

> kumpulan sokongan khas untuk suri belajar basic berbisnes online 
> kumpulan sokongan khas untuk suri belajar menjana pendpatan hanya di rumah 
> kumpulan sokongan khas untuk suri bekerjaya menjana pendapatan secara sampingan
> kumpulan sokongan untuk mereka bergelar wahm
> platform untuk belajar berbisnes produk fizikal secara dropship dan produk digital ebook dan servis.

2 pakej kelas utama yang popular sepanjang tahun:-

1. Kelas asas blog dan penulisan
-belajar konsisten menulis
-belajar menulis mengikut fokus produk
-belajar menulis dengan analisa tahu siapa sasaran pembaca
-pembaca ini kita tukar kepada pelanggan

2. Kelas asas blog dan bisnes online
-bina kedai online
-borang tempahan
-lima label utama
-pautan blog dan fanpage
-boleh juga menjual produl digital
-boleh menjual produk fizikal
-produk borong-telekung solat
-mahu simpan stok boleh, tidak mahu simpan stok juga boleh

Jom kita jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Insya-Allah.
Pendaftaran berlangsung setiap hari. Boleh mula daftar bagi yang sudah sedia.

Hubungi:

Yati Dbahri
Pengurus Online ABDR
SMS/ Watsap/Teleram: 019-6627100
PM di FB: yati.dbahri
Email: haryatidulbahri@gmail.com
Blog: http://www.haryatidulbahri.blogspot.com/p/borang-tempahan.html

4 comments:

  1. Sy nk bli madu n propolis,ade agent di klang x?

    ReplyDelete
  2. Salam Pn Hazreen,
    Untuk senarai pengedar/agen di Klang, puan boleh terus hubungi pejabat Syamille di talian berikut:-
    05-7520209 @ 012-3755590
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Salam Pn Hazreen,
    Untuk senarai pengedar/agen di Klang, puan boleh terus hubungi pejabat Syamille di talian berikut:-
    05-7520209 @ 012-3755590
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Salam Pn Hazreen,
    Untuk senarai pengedar/agen di Klang, puan boleh terus hubungi pejabat Syamille di talian berikut:-
    05-7520209 @ 012-3755590
    Terima kasih.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG