Nuffnang

Thursday, 3 September 2015

Ulasan Kelas Asas Blog Dan Fanpage - Puan Nasriah Abdullah

Ulasan Kelas Asas Blog Dan Fanpage (Mula Bisnes Online)
=============================================

Protege: Nasriah Abdullah
Guru ABDR: Anys Idayu Zakaria

Assalamualaikum...

Syukur alhamdulillah...selesai sudah 44 cabaran entri pertama semenjak sah bergelar warga ABDR. Sebenarnya entri ulasan ni boleh di masukkan sekali dalam cabaran 44 entri pertama. Namun saya memilih untuk jadikan ianya entri khas untuk ulasan ABDR selepas berjaya melaksanakan tugasan pertama.

Teringat kisah sewaktu mula membina blog. Tragis sungguh diri ini. Nampak sangat kurangnya ilmu teknologi baru. Walau pun pada ketika itu dunia blog sudah jauh glamour di kalangan anak-anak muda masa kini apatah lagi remaja sekolah. Dunia blog umpama dunia baru yang ingin di terokai. Sana sini maklumat membina blog diterokai melalui carian google. Pelbagai jenis maklumat di perolehi.  Yang sukar mahupun yang senang dan mudah di fahami.

Mula belajar dan berusaha membina blog hanya dengan bantuan 'uncle google'. Satu per satu step membina blog diikuti. Namun terhenti di bahagian 'java script'. Maklmumlah bila terserempak dengan gadget 'HTML/JavaScript' mulalah mata berpinar, otak jadi blur sebab tak reti dan tak faham apa sebenarnya yang di inginkan. Hendak bertanya tapi tak tahu pada siapa. Sudahnya mencari kenalan facebook yang mahir berblog. Niat hati ingin berguru dan menimba sedikit ilmu membina blog. Namun, tiada siapa yang ingin berkongsi ilmu dan menjadi pembimbing di kala memerlukan.

Semangat meneruskan perjuangan membina blog sendiri semakin pudar hanya kerana gagal bertemu seorang guru yang mempunyai sifat ingin membimbing dan berkongsi pengetahuan. Blog yang di bina atas nama http://ummyadhwa.blogspot.com terkubur seketika dengan gadget yang tidak tersusun atur dengan kemas.

Semangat yang semakin pudar untuk mempunyai blog sendiri sering di sirami dan dihujani dengan kata-kata motivasi yang tak pernah putus dari upline Shaklee saya, PM Nur Laila Mukthar. Semangat itu kembali subur dan perasaan cemburu pada kawan-kawan seperjuangan yang mempunyai blog sendiri. Apatah lagi blog yang penuh dengan informasi yang diperlukan serta gadget yang cantik bergaya.

Perasaan cemburu pada mereka yang mempunyai blog yang mewah dengan informasi menjadikan diri ini bangkit  dan mempunyai azam baru untuk terus berusaha mempunyai satu blog yang di sukai ramai dan menjadi pilihan utama dalam carian google.

Bertemu dengan Pn. Anys Idayu Zakaria melalui carian google dan seterusnya menjadi kenalan facebook membuatkan diri ini terjebak secara langsung dalam keluarga besar ABDR. Syukur yang tak terkata nilainya atas tunjuk ajar dan perkongsian ilmu yang diberikan. Walau hanya belajar 100% melalui online tanpa pernah berjumpa secara bersemuka dengan guru online saya, Pn. Anys Idayu Zakaria, beliau umpama berada di depan mata. Kelas yang di adakan juga mengikut kesusuaian masa saya sebagai suri rumah sepenuh masa dan peniaga online tanpa rasa tertekan. Apatah lagi dalam menyempurnakan tugasan yang diberikan.

Digital E-book Kelas Asas Blog merupakan ebook pertama yang wajib di khatam sebelum memulakan kelas. Panduan dan analisa yang diberikan banyak membantu saya mendalami sedikit sebanyak dunia blog. Gadget-gadget penting yang perlu ada dalam blog bagi peniaga online seperti saya.

Jutaan terima kasih buat Puan Pengetua ABDR, Pn. Masayu Ahmad kerana memperkenalkan ebook ini yang sangat membantu dalam merialisasikan azam saya agar mempunyai blog atas nama sendiri. Seterusnya menjadikan saya sebagai salah seorang Pengurus Online Akademi Bekerja Di Rumah atau lebih mesra di kenali sebagai ABDR.

Alhamdulillah melalui penjenamaan diri yang saya praktikkan dalam kelas ini, hasilnya membuatkan saya sangat teruja apabila nama saya muncul dalam carian Google. Sebelum ini, memang langsung tak 'bertapak' atau 'terjejak' saya dalam carian ini. Wah! Gembiranya hati sehingga ingin dilaungkan satu dunia 'Aku dah pemes!', 'Uncle google dah kenal siapa aku!'.

Sungguh tak terkata gembiranya saya, pelaburan dalam membayar yuran penyertaan sebagai keluarga besar ABDR sangat berbaloi. Buktinya, belum pun sempat saya menghabiskan tugasan wajib 44 entri pertama, saya telah berjaya menerima prospek yang mengupah saya untuk mebuat 'FB Page' dan akan datang prospek yang sama mengupah saya untuk membuat blog. Sedangkan tidak pula pernah terlintas di hati untuk mengambil upah buat 'FB Page dan Blog'.

Zaman dunia IT semakin moden dan semakin canggih! Sesiapa pun boleh menggunakan aplikasi Google untuk belajar tentang apa-apa sahaja secara percuma. Namun, harus diingat bahawa setiap ilmu baru yang ingin dipelajari harus disertai dengan mentor/guru untuk membimbing kita. Jika tidak, kita mungkin tersasar dari matlamat sebenar.

Benarlah kata orang, tanpa ilmu pengetahuan, perkara yang senang akan jadi susah dan sukar untuk dilaksanakan. Kesukaran itu akan jadi batu penghalang untuk kita mengorak langkah ke hadapan. Penawar kesukaran itu hanya mampu di atasi jika kita mempunyai ilmu dan mentor. Carilah mentor yang ikhlas berkongsi ilmu pengetahuan dan mampu membimbing kita untuk menjadi yang lebih baik dari sekarang atau lebih baik dari mentor kita sendiri.

Senang sangat untuk menjana pendapatan secara online ni. Duduk rumah diam-diam tak payah sibuk keluar, kita ada produk fizikal dan juga digital, juga perkhidmatan kelas online dan offline. Semua ada SOP.

Bagi yang mahu mula bekerja hanya dari rumah, boleh mendaftar sebagai pengurus online di ABDR. Sangat sesuai mula dari sekarang, bila musim perayaan pos tutup kita masih boleh terus berjualan, kerana semuanya atas talian.

*      Anda Suri Rumah Berkerjaya?
*      Anda Peniaga Online?
*      Inginkan Pendapatan Sendiri Tanpa Satu Sen Modal?
*      Inginkan Duit Masuk Akaun Setiap Hari Tanpa Keluar Rumah?

Jika YA, maka andalah orang yang kami cari...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Mengapa perlu ada blog?
1. Blog sebagai platform untuk kita catatkan pengalaman, kemahiran dan minat yang kita miliki. Seterusnya melalui penulisan di blog, seterusnya ia boleh dijadikan naskhah ebook atau buku.
2. Jadikan platform blog sebagai salah satu cara untuk berkongsi kisah motivasi dan inspirasi
3. Untuk bina pengaruh dan khalayak sendiri di blog. Apabila blog sudah menjadi blog yang berpengaruh, secara tidak langsung pembaca tetap kita berpotensi untuk menjadi pelangan kita pula.
4. Blog sangat efektif untuk mempengaruhi atau mempromosi sesuatu produk dan perkhidmatan. Teknik dan cara yang betul amat penting dalam mengiklankan sesuatu bisnes di blog yang sudah diikuti pembaca.

Dua (2) kelas online asas yang ditawarkan di Akademi Bekerja DI Rumah (ABDR):-

1. Kelas Online Asas Blog Dan Penulisan
Kelas ini khusus untuk membina blog yang berpengaruh, blog yang disukai pembaca dan belajar menulis blog dengan betul yang dapat menarik aliran traffik ke blog.

Melalui kelas ini, kita akan pelajari:
  • Menulis cara santai, tetapi masih mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
  • Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/ bakal pelanggan.
  • Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
  • Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
  • Bergabung dengan ramai blogger. Sehingga kini lebih kurang 600 blog dalam ABDR, untuk membantu aliran traffik ke blog.
  • Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
  • Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
  • Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.

2. Kelas Online Asas Blog dan Fanpage Niaga (Mula Bisnes)
Kelas ini khusus untuk yang mahu mulakan bisnes online dan benar-benar zero tentang urus niaga online. Belajar urusniaga mudah dengan menggunakan medium percuma blog dan fanpage di Facebook. 
  • Mahu mula tetapi tidak tahu cara
  • Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang pengiklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di ABDR.
  • Belajar menjana pendapatan bermula RM5, RM10, RM20, RM50 dan seterusnya. Bagi yang tidak ada produk kami sediakan produk untuk bisnes dropship. (Ini adalah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta).
  • Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjaya yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal untuk mula bisnes dari rumah. Kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
  • Apabila sudah pandai, boleh belajar lagi dengai otai-otai pemasaran yang lain. Juga bina jaringan bisnes secara online.
  • Apa yang kita belajar di dalam kelas ini: analisa dahulu untuk kenalpasti produk apa yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat fanpage, belajar buat pautan, belajar pautan antara blog untuk aliran traffik.
  • Analisa soalan akan dilakukan dahulu sebelum kelas online bermula.
Bila sudah sedia untuk sertai ABDR, boleh hubungi saya melalui:

Facebook Official: Yati Dbahri

Facebook Fanpage: WAHM Corner
SMS/WhatsApp/Telegram: 019-6627100
Email: haryatidulbahri@gmail.com


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

POPULAR ENTRI DI WAHM CORNER

KLIK JER!

KLIK JER!

KLIK JER!

NUFFNANG